Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:09 PG | Posted in

sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Dari Kerusi Roda Hanipa Teruskan Perjuangan

Posted: 11 Aug 2016 12:21 AM PDT

Ahli Parlimen Sepang, YB Mohamed Hanipa Maidin telah membuat satu kejutan apabila melakukan penampilan sulungnya menghadiri Program Sambutan Hari Lahir DS Anwar Ibrahim di hadapan Penjara Sungai Buloh malam tadi, Rabu 10 Ogos 2016.

Hanipa yang telah berehat di rumahnya selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat pada 4 April lalu. Beliau telah menjalani pembedahan selepas itu.

Malam tadi, beliau yang juga Pengerusi Biro Undang-undang & Guaman Parti Amanah Negara (KANUN) kelihatan sihat walaupun badannya masih lemah dan terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana tidak boleh berdiri lama.


"Saya sudah bosan duduk kat rumah kerana tidak ada BN dan Umno yang hendak dilawan," kata Hanipa dalam majlis malam tadi.

Sebelumnya beliau telah menyeru rakyat negara ini untuk bersatu menghadapi kezaliman kerajaan UMNO BN yang diterajui oleh Najib.

Belia sangat berharap beliau akan dapat menjalankan tugasnya semula sebagai ahli parlimen pada bulan Oktober nanti.

Sementara itu seorang lagi pemimpin AMANAH iaitu Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil menyeru rakyat untuk sama-sama turun ke Himpunan Aman TANGKAP MO1 yang akan diadakan pada 27 Ogos ini yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Beliau mengimbau kenangan hubungan akrab Annwar dengan almarhum bapanya, Ustaz Fadzil Noor yang ketika itu menjadi Presiden PAS.

"Perjuangan untuk membebaskan Anwar diteruskan kerana Anwar adalah simbol (perjuangan) untuk menentang kezaliman pemerintahan kerajaan UMNO BN," katanya.

"Malah dalam kes 1MDB, Anwarlah orang pertama yang membongkar penyellewengan 1MDB iaitu sejak tahun 2011 lagi," tambahnya.

Beribu-ribu penyokong dan keluarga turun ke perkarangan penjara Sungai Buluh malam tadi bagi menyambut harijadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke 69.

Hampir kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan hadir termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, naib presiden Amanah, Hasanudin Mohd Yunus di samping pemimpin PKR dan keluarga Anwar.

Mereka memberikan ucapan selamat harijadi untuk Anwar yang berada di dalam penjara itu di samping ucapan-ucapan politik.

Satu kek hari jadi yang besar telah dibawa ke pentas di mana ahli keluarga dan rakan-rakan Anwar berkumpul pada kira-kira pukul 11.30 malam.

Isteri Anwar yang juga dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memotong kek bersama anak perempuannya Nurul Izzah, Nurul Hana dan Nurul Nuha, selepas laungan "Allah selamatkan kamu".

Dalam ucapannya, Wan Azizah berkata, rakyat tidak harus putus asa dalam perjuangan mereka untuk perubahan, yang bermula pada 1998 apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan kemudiannya menjalani hukuman penjara.










FEATURED ADS


PAS Berkecuali Lagi, Lebih Baik Balik Ke Pangkuan UMNO

Posted: 10 Aug 2016 06:48 PM PDT

Sudah tiba masa untuk PAS kembali ke pangkuan UMNO

Keputusan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak yang memilih untuk berkecuali dalam pemilihan Tuan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini jelas memaparkan sikap sebenar dan pendirian politik parti itu yang cenderung berpihak kepada UMNO.

Mengakui kecewa dengan keputusan berkenaan, Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh berkata, sikap berdegil PAS itu akan terus membantu UMNO untuk kekal sebagai kerajaan.

Katanya dengan sikap PAS itu, tidak mustahil pertembungan tiga penjuru seperti mana yang berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan berulang dalam Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang.


"PAS pada hari ini jelas lebih cenderung dan berhasrat untuk menyambut salam yang dihulurkan oleh UMNO sejak bulan Disember tahun lalu.

"Kita tidak lagi nampak PAS memainkan peranannya sebagai suatu parti pembangkang dalam isu-isu yang melanda negara sekarang, terutamanya skandal 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kah Woh yang juga Adun Canning menyifatkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang "yang hanya tinggal pada nama" sahaja, dan wajar ditolak.

"Pengundi-pengundi perlu jelas bahawa setiap undi kepada PAS akan menguatkan UMNO dan selanjutnya memenangkan calon UMNO," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya Pakatan Harapan atau mana-mana parti komponen di setiap peringkat tidak lagi melakukan rundingan secara rasmi mahupun tidak rasmi melibatkan apa-apa isu dengan PAS.

"Sudah sampai masa supaya PAS balik ke pangkuan UMNO secara rasminya," katanya.

Dewan Undangan Negeri Perak terbahagi kepada 28 Adun Pakatan Harapan, empat PAS dan 31 BN.

Bekas Ketua Wanita MIC Perak, S. Thangeswary hari ini dipilih sebagai Yang Dipertua DUN Perak yang baharu menggantikan Datuk Seri S.K Devamany yang meletak jawatan.

Beliau memperoleh 30 undi berbanding calon pembangkang yang juga Anggota Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar yang hanya mendapat 24 undi, setelah empat lagi Adun PAS memilih untuk berkecuali.

ULASAN GB

Sekali lagi PAS mengambil sikap berkecuali.

Sama seperti di Parlimen dimana PAS mengambil sikap berkecuali di dalam isu Bajet 2016.

Sikap dan tindakan PAS tersebut ternyata membuktikan bahawa PAS sudah tidak lagi Blok Pembangkang, tetapi sudah seperti menjadi wakil Bebas yang mesra-UMNO BN.

Najib memang amat senang hati dengan PAS di era kepimpinan Haji Hadi. Itu sebab mengapa Haji Hadi mendapat pujian dari Najib.


Perkara di atas bukan fitnah. Ia memang pendirian Haji Hadi sendiri. Tetapi kenyataan serta tindakan Haji Hadi itulah yang sebenarnya menimbulkan fitnah terhadap partinya sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Quo Vadis PAS?




FEATURED ADS


Comments (0)