Followers

Nuffnang

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:29 PTG | Posted in

sumber :-

™ kaasii peecaahhh laaa...®


SALAH SEORANG PROKSI AZMIN DALAM PEMAJU DITEMUI

Posted: 14 Aug 2016 12:17 PM PDT


Bukti korupsi ditemui : 7 hari diberi atau akan mula desakan meletakkan jawatan

Kenyataan Umum
15 Ogos 2016
SALAH SEORANG PROKSI AZMIN DALAM PEMAJU DITEMUI

1.       Seperti dijanjikan 14 Ogos seharian pasukan yang terbentuk sejak Mac 2016 apabila kita mendapat maklumat awal berkenaan isu pertukaran status Paya Indah Wetland. Alhamdulillah kita mula menemui apa yang kami cari, ternyata kami sudah mula menemui proksi yang merupakan seorang yang sangat rapat dengan YAB Datuk Seri AzminAli di ambil dan ditempatkan dalam syarikat pemaju. Watak ini dikesan melalui beberapa dokumen yang dihantar termasuk ke penjawat awam dengan terakam kedudukan beliau yang menggambarkan hubungan beliau dengan Menteri Besar.

2.       7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan.

3.       Pendedahan ini bukan pendedahan kosong sejak dari awal Berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri berikut ialahkronologinya :

Mac 2016 :pasukan khas dibentuk bagi meneliti maklumat bahawa ada yang tidak kena dengan pertukaran status tanah lot 68054, Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat.

April , Mei & Jun 2016 : Dokumen – dokumen rasmi diperolehi dari banyak pertemuan termasuk dengan pegawai – pegawai kerajaan cukup menyakinkan ada sesuatu yang tidak kena.

26 Julai 2016       : Kenyataan pertama dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA" dengan desakan tukar kembali status tanah tersebut.

26 Julai 2016       : Exco Kerajaan negeri YB Elizabeth Wong, dalam kenyataan yang dikeluarkanfreemalaysiatoday.com dan sehari kemudian berita sama disiarkan oleh Selangorkini, memanggil saya pemberontak PKR dan menafikan wujud sebarang pertukaran status tanah mahupun perlengkungan semula di kawasan tersebut. Penafian beliau merujuk kenyataan media pertama saya dengan tajuk "PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA"

27 Julai 2016 : saya mengeluarkan kenyataan menyatakan penafian Elizabeth Wong merupakan penafian palsu , saya memberikan Elizabeth Wong sehingga Isnin (1 Ogos) untuk menunjukkan bukti penafiannya terhadap kenyataan media saya 26 Julai itu salah atau saya munculkan bukti dan dia harus letak jawatan.

2 Ogos : Mungkin eli tidak tahu apa hendak diperjelaskan maka dia telah senyap sehingga Isnin (1 Ogos) maka 2 Ogos saya telah muncul dengan Dokumen Rasmi Kerajaan Negeri yang mengesahkan tanah lot 68504 itu telah ditukar status dan saya bawa juga petikan minit mesyuarat Kerajaan negeri Selangor (Febuari 2014) yang ketika itu dipengerusikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dengan jelas menolak permohonan pertukaran status tanah Lot 68054 dengan alas at dalam minit tersebut kerana lot tersebut terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetland.

2 Ogos 2016 : Menteri Besar dilaporkan media lari dari wartawan bila ditanya soalan berkenaan pendedahan tersebut dan menyerahkan kepada Exco untuk menjawab. Inilah sejarah kali pertama Azmin lari dari bertemu wartawan. Mungkin ketika peringkat awal Elizabeth Wong menafikan berlaku perubahan status sambil menyelar saya pemberontak dia tak menyangka saya telah bersedia dan punya dokumen rasmi. Panik dengan itu dia telah memanggil sidang media dengan menyebut lot tanah yang lain kononya masih tidak ditukar. Bila ditanya wartawan mengenai lot 68054 dia tidak menjawab kerana katanya tidak relevan.

9 Ogos 2016 : telah diadakan sidang media dengan mendedahkan peranan sebuah kapitalis besar yang tersenarai di BSKL, GAMUDA disebalik #skandalAzmin68054. GAMUDA telah membeli tanah tersebut dengan mengambil alih Salak Land Development Sdn Bhd dari tauke cina pemilik asal.
Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat "#‎survey" berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh GAMUDA. Antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai? soalan paling panas ialah "Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur? Apakah yang membuat GAMUDA berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik.

Dalam kenyataan bertarikh 9 Ogos 2016 dengan tajuk LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? saya sudah bangkitkan mengenai peranan GAMUDA di Selangor dan usaha mencari proksi.

10 Ogos 2016 : Apabila mula terkait kapitalis besar maka media telah mengecilkan liputan. Maka diumumkan satu hash tag #skandalAzmin68054 bagi memudahkan sebaran dan carian maklumat berkaitan kes ini. Diumumkan juga aka nada rapat khusus bagi mengumpulkan semua yang terlibat pasukan yang dibentuk bagi merumuskan dan meneliti beberapa penemuan baru.

14 Ogos 2016 : Setelah rapat selama 7 jam akhirnya ditemui beberapa dokumen yang mana dikenal pasti wujud seorang yang sangat rapat dengan Azmin Ali diberikan kedudukan dalam projek lot 68054.
Kesalahan jelas berlaku :

1.       Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh 'proksi' ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar.

2.       Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai – pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba – tiba mengubah pendirian.

3.       Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan 'proksi' dalam pemaju.

Maka diulang dengan tegas, 7 hari diberikan kepada Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat Selangor atas kesalahan yang dilakukan. Dia juga perlu menukar semula status tanah tersebut. Jika gagal selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundakan akan dimulakan juga desakan selepas itu cuma satu dia harus meletakkan jawatan.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Untuk rujukan :
1.       Kenyataan Media pertama (26 Julai ) dengan tajuk PERTUKARAN STATUS TANAH LOT 68054, 619 HEKTAR MUKIM TANJONG 12 KUALA LANGAT JEJAS KAWASAN HUTAN WARISAN DUNIA link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/pertukaran-status-tanah-lot-68054-619.html

2.       Kenyataan Media (27 Julai ) Kerajaan negeri menipu dalam penafiannya link http://chegubard.blogspot.my/2016/07/kerajaan-negeri-menipu-dalam-penafiannya.html

3.       Penafian palsu Exco diberi sehingga Isnin linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/07/penafian-palsu-exco-dibri-sehingga-isnin.html

4.       Pengaruh Korporat besar disebalik pertukaran status 68054 ? link http://chegubard.blogspot.my/2016/08/pengaruh-korporat-besar-disebalik.html

5.       Sah tanah 68054 Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/sah-tanah-68054-mukim-tanjong-dua-belas.html

6.       Kenyataan Media 2 Ogos : Bukti penafian palsu kerajaan negeri klik http://chegubard.blogspot.my/2016/08/bukti-penafian-palsu-kerajaan-negeri.html

7.       Kenyataan Media tidak bertarikh Exco hari ini , hanya penipuan menutup penipuan linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/kenyataan-media-tidak-bertarikh-exco.html

8.       Kenyataan Media ( 9 Ogos) LOBI KORPORAT DI BELAKANG PERTUKARAN STATUS LOT 68054 ? SIAPA PROKSI DAN BERAPA NILAI BERTUKAR TANGAN ? linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/lobi-korporat-di-belakang-pertukaran.html

9.       Kenyataan umum (11 Ogos) #skandalAzmin68054 Bila mula menyentuh korporat besar liputan media perdana mula terhad , proksi yang dijejaki mula ditemui linkhttp://chegubard.blogspot.my/2016/08/skandalazmin68054-bila-mula-menyentuh.html

Comments (0)