Followers

Nuffnang

Episode Sebuah Perjuangan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:14 PTG | Posted in

sumber :-

Episode Sebuah Perjuangan


PAS Sedia Bersemuka

Posted: 27 Aug 2016 03:08 PM PDT

Datuk Seri Ong Ka Chuan Setiausaha Agung MCA telah menempelak tindakan sebuah NGO, iaitu Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak atau lebih dikenali sebagai Geng Ustaz yang telah mengadakan "report" polis kelmarin ke atas tindakan Persatuan Hokkien ekoran tindakan persatuan itu mengadakan kempen kutip tandatangan membantah pindaan Akta 355.
Saya melihat "report" polis yang diambil oleh NGO ini ialah kerana melihat tindakan mereka menghasut golongan bukan Islam supaya menolak pindaan Akta 355 yang menjadi urusan khusus ummat Islam tanpa terlebih dahulu mereka mendapatkan maklumat yang betul dan jelas mengenainya. Sedang tindakan itu boleh mencetus kebencian dan ketegangan sesama masyarakat negara kita yang melibatkan muslim dan non muslim.

Justeru itu, bagi pihak PAS in'sya-Allah kami  sedia bersemuka dan memberi penjelasan terhadap isu Pindaan Akta 355 ini kepada mana mana pihak termasuk Persatuan Hokkien. Ia penting bagi meredakan salah faham dan mengelak ketegangan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Inilah Penyelesaian Kita"

Comments (0)