Followers

Nuffnang

Episode Sebuah Perjuangan

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:34 PTG | Posted in

sumber :-

Episode Sebuah Perjuangan


Gesa Kerajaan Lebih Fokus Selesai Isu FGV

Posted: 13 Aug 2016 01:02 PM PDT

Krisis yang melanda syarikat korporat Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) masih diperkatakan sehingga ke hari ini. Daripada konflik kepimpinan yang menerajuinya sehinggalah kepada prestasi pasaran semasa dan kedudukan saham FGV yang masih kekal di bawah RM2.00.
Ketiadaan fokus yang lebih jitu bagi menyelesaikan masalah yang semakin membengkak, FGV pula sebaliknya dilihat menyalurkan sejumlah besar wangnya bagi kempen melindungi beruang matahari di Terengganu.

Fokus kerajaan bagi memulihkan kedudukan saham FGV merupakan suatu perkara yang sangat mustahak. Jika jutaan ringgit dapat disalurkan bagi menyelamatkan kepupusan spesis haiwan tersebut, apakah suatu yang terlalu sukar bagi kerajaan memenuhi harapan 100,000  peneroka yang pernah dijanjikan dengan keuntungan berlipat kali ganda hasil pelaburan daripada FGV suatu ketika dahulu.

Namun, persoalan yang masih tinggal tanda tanya adalah apakah langkah strategik kerajaan bagi meningkatkan prestasi pasaran saham yang pernah mencapai nilai RM5.39 pada awal-awal hari saham tersebut diniagakan pada 2012 yang lalu?

Apakah faktor tersebut benar-benar berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dunia atau sememangnya krisis kepimpinan Felda telah mengalami 'deficit-trust' yang menyumbang kepada kesan negatif terhadap keyakinan para pelabur. Rakyat khususnya peneroka Felda berhak mendapatkan jawapannya.

Peratus Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Masih Rendah

Posted: 13 Aug 2016 12:59 PM PDT

Malaysia akan terperangkap dengan kelembapan peningkatan tenaga kerja berkemahiran tinggi sekiranya tiada inisiatif baru yang diambil menjelang tahun 2020. Secara tidak langsung, pertumbuhan ekonomi negara akan perlahan dan banyak bergantung kepada sumber luar. Malaysia mesti mencapai sekurang-kurangnya 45 peratus jumlah tenaga kerja mahir untuk meningkatkan produktiviti negara berbanding hanya sekadar 28 peratus sahaja pada tahun ini.
Saya bimbang kerana peningkatan jumlah siswazah tidak disokong dengan kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Peratusan kategori ini semakin menurun daripada 27.6% pada tahun 2010 kepada 25.2% pada tahun 2014. Ini bermakna lambakan jumlah siswazah kebanyakannya mungkin memenuhi kategori tenaga kerja berkemahiran separuh mahir. Fakta menunjukkan peratusan tenaga kerja berkemahiran separuh mahir meningkat secara signifikan daripada 7.3% (2010) kepada 8.4% (2014).

Pada masa yang sama, keadaan ini bertambah buruk apabila pergantungan negara terhadap buruh asing semakin tinggi bagi mengisi tenaga kerja berkemahiran rendah. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah pekerja asing yang berdaftar telah mencecah lebih 2 juta orang dan ia meningkat secara mendadak sebanyak 150% sejak dari tahun 2000. Hal ini bermakna, kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia tempatan mungkin akan melebar kerana tidak dapat memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Keadaan 'mismatched' dalam pasaran buruh akan menjejaskan rentak pertumbuhan ekonomi dan tidak mustahil ramai golongan berpendidikan tinggi akan mendapat pulangan yang tidak setimpal dengan tahap pendidikan mereka. Malah, lebih parah lagi jika mereka berhijrah ke negara-negara luar. Keadaan ini menunjukkan pasaran buruh di Malaysia semakin tidak kompetetif dan satu penggemblengan usaha mesti dilakukan dengan lebih segera.

Comments (0)