Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:58 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


AHLI UMNO SAMAN KERAJAAN

Posted: 05 Aug 2016 06:36 AM PDT

shahbudindotcom


Seorang ahli UMNO daripada Melaka, Muhammad Zahid Md Arip hari ini tampil mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Kata Zahid, beliau mengemuakan saman itu bagi pihak rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, selain sesuai dengan janji kerajaan sendiri sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu laporan audit untuk mengetahui fakta sebenar mengenai 1MDB.

Dalam samannya yang difailkan melalui peguam Hanif Khatri, Zahid menamakan Perdana Menteri, Najib Razak,  Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Alasan-alasan yang dikemukakan dalam tuntutannya ialah:-

- bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA adalah bercanggah dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ketua Audit  Negara mengemukakan laporan itu kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudian hendaklah ia dibentangkan di Parlimen, sekaligus menjadikannya dokumen awam;

- bahawa terdapat pertembungan kepentingan yang jelas dalam keputusan itu di mana responden pertama (Najib) terpalit secara langsung dalam skandal salah laku kewangan 1MDB, justeru atas prinsip keadilan asasi, responden pertama tidak berhak untuk memberikan sebarang kuasa kepada responden kedua (Ambrin) untuk mengklasifikasikan laporan audit itu di bawah OSA;

- bahawa responden-responden telah melangkaui kuasa yang sepatutnya kerana Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan pilihan, sebaliknya meletakkan kewajipan untuk menyemukakan laporan audit 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian hendaklah menyebabkan ia dibentangkan di Parlimen dan sekaligus dijadikan dokumen awam;

- bahawa ia suatu keputusan yang tidak munasabah kerana telah meninggalkan untuk mengambil kira perkara penting yang sepatutnya diambil kira iaitu berkenaan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, selain menuntut Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada cengkaman OSA dan dijadikan dokumen awam yang boleh ditatap oleh semua rakyat, Zahid juga menuntut kos permohonan, kos sampingan dan lain-lain relief yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah daripada responden-responden yang dinamakannya itu.


Zahid bersama peguam Hanif Khatri dan Khairuddin Abu Hassan menunjukkan surat saman yang dikemukakannya itu.


Zahid diiringi oleh kira-kira 100 penyokongnya ketika ditemubual media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Salinan muka depan saman yang dikemukakannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM tak faham isu 1MDB, soal Kanun

Posted: 05 Aug 2016 06:31 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Wan Anwar Timbalan Pengerusi Kanun AmanahWan Anwar Timbalan Pengerusi Kanun Amanah


Biro Undang-Undang Parti Amanah Negara (KANUN) membidas kenyataan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Zakaria bahawa skandal 1MDB bukan isu rasuah.

Timbalan pengerusi Kanun Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, amat menghairankan apabila Zakaria menyatakan bahawa skandal 1MDB bukan isu rasuah sebaliknya hanya isu penipuan dan pelaburan.

"Kanun mempersoal sama ada bekas TKP SPRM tersebut tidak membaca laporan yang disediakan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) berkenaan skandal berkenaan.

"Perenggan 102 laporan DOJ tersebut jelas menunjukkan penglibatan 'Malaysian Official 1' yang menerima USD681 juta ke dalam akaun peribadinya manakala perenggan 28 pula mendefinisikan 'Malaysian Official 1' sebagai seorang penjawat awam berkedudukan tinggi dan pada masa yang sama mempunyai otoriti dalam 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Zakaria dalam ceramah anjuran Pas di Putrajaya berkata, polis yang sepatutnya menyiasat skandal 1MDB kerana ia melibatkan isu pelaburan, penipuan manakala Bank Negara perlu menyiasat isu melibatkan pelaburan yang berlaku itu.

Wan Anwar berkata, mengikut konvensyen SPRM sendiri, memang terdapat kes-kes rasuah yang disiasat boleh didakwa di bawah akta-akta lain jika fakta dan keterangan menunjukkan kesalahan lain yang boleh dibuktikan seperti seksyen 420 Kanun Keseksaan berkenaan penipuan.

"Adakah laporan DOJ tersebut tidak mempunyai sebarang merit untuk untuk SPRM menjalankan siasatan di bawah seksyen 16 dibaca bersama seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)?" soalnya.

Beliau juga khuatir Zakaria tidak memahami isu sebenar berkaitan 1MDB sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Adakah bekas TKP SPRM tersebut tidak faham isu sebenar skandal kewangan terburuk tersebut yang jelas telah menjatuhkan imej dan reputasi negara?" soalnya lagi.

Aktivis fail saman bebas laporan Ketua Audit Negara dari OSA

Posted: 05 Aug 2016 06:29 AM PDT

 
 
Muhammad Zahid Md Arip (tengah) hadir memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia memohon perintah mahkamah supaya laporan Ketua Audit Negara dibebaskan daripada Akta Rahsia Rasmi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 05 Ogos 2016.
Muhammad Zahid Md Arip (tengah) hadir memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia memohon perintah mahkamah supaya laporan Ketua Audit Negara dibebaskan daripada Akta Rahsia Rasmi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
 
 
Bekas Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip petang ini, memfailkan saman terhadap kerajaan memohon perintah mahkamah agar membebaskan laporan Ketua Audit Negara dari diletakkan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
 
Ketika ditemui di mahkamah Jalan Duta, beliau menjelaskan, laporan Ketua Audit Negara berhubung kertas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah hak umum.
 
Oleh itu, katanya, keputusan siasatan itu harus dijelaskan kepada rakyat kerana kes 1MDB telah diletakkan sebagai kepentingan umum, bukan menjadi rahsia kerajaan.
 
"Saya berharap mahkamah dapat memulakan prosiding ini kerana kita menganggap laporan Ketua Audit Negara tidak wajar dan tidak ada sebab untuk diletakkan bawah OSA," katanya.
 
Pada Mac lalu, Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin dilaporkan berkata, laporan akhir terhadap pengauditan syarikat 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah OSA 1972.
 
Perkara itu turut dimaklumkan kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang ketika membentangkan laporan akhir itu di Parlimen pada 4 Mac lalu.
 
PAC dikatakan akur dan memahami keperluan serta tindakan yang diambil Jabatan Audit Negara bagi mengklasifikasikan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai dokumen rahsia rasmi.
 
Ketua Audit Negara juga dikatakan mempunyai kuasa perundahan untuk berbuat demikian bagi menjana kredibiliti dan integriti jabatan itu.
 
Mengulas lanjut, Muhammad Zahid berkata, tindakan meletakkan dokumen berkenaan di bawah OSA sebagai pelik dan meragukan berikutan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan rakyat akan diberitahu hasil siasatan itu.
 
Bagaimanapun, jelas beliau, apabila PAC mengumumkan siasatan sudah selesai dan keputusan sudah diperolehi, tiba-tiba kerajaan meletakkan dokumen berkenaan bawah OSA.
 
"Sehingga sekarang rakyat tidak tahu apa berlaku dalam siasatan 1MDB dan sekadar mendengar jawapan daripada sebelah kerajaan pihak yang cuba menyembunyikan jawapan sebenar," katanya. - MalaysiaGazette
 
 

Anak Cari Bapa Untuk Jadi Wali Nikah

Posted: 05 Aug 2016 06:22 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KOTA TINGGI: Seorang bakal pengantin, Kartika Madani  mahu mencari bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya pada 17 September ini.

Kartika, 20, yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah sekolah di Tebrau, Johor Baharu mencari Madani Makbul, 50-an seorang warga Indonesia yang dikatakan menghilangkan diri ketika beliau berusia empat tahun.

Ibu saya Sutayah Saini (49 tahun) hanya memaklumkan bahawa ayah saya keluar rumah untuk bekerja dan sehingga sekarang tidak pulang dan gagal dihubungi.

Usaha menjejaki ayah sudah menemui jalan buntu," katanya.

Beliau yang kini menetap di Kampung Sungai Telor di sini meminta mereka  yang mengenali bapanya agar menghubungi ibunya di talian 019-707 4864 atau kakaknya Salmah Anwar di talian 013-787 6825.

Dapatkan nasihat peguam, Husam bakal saman bank ternama AS berkaitan 1MDB

Posted: 05 Aug 2016 06:21 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Husam bakal saman bank di AS berkaitan penyelewengan 1MDBHusam bakal saman bank di AS berkaitan penyelewengan 1MDB


Adun Salor, Datuk Husam Musa sedang berunding untuk mendapat nasihat dari peguam-peguam dari Amerika Syarikat (AS) bagi meneliti penyelewengan beberapa pihak yang bersekongkol dengan pihak yang melesapkan harta rakyat negara ini dalam skandal 1MDB.

"Saya dan beberapa rakan sedang meneliti langkah-langkah untuk menuntut pihak-pihak yang bekerjasama dengan pemain-pemain dalam sakandal 1MDB di AS," kata beliau dalam ceramah sempena rumah terbuka raya Amanah di Wakaf Bharu, Tumpat Malam tadi.

Berdasarkan pandangan peguam dari AS sendiri kata beliau beberapa pihak seperti bank dan broker-broker yang turut berperanan menjalankan transaksi haram ini harus mengambil tanggungjawab kepada rakyat negara ini.

Orang ramai penuh sesak mengikuti ceramah Amanah di padang hadapan Bank Islam Wakaf BharuOrang ramai penuh sesak mengikuti ceramah Amanah di padang hadapan Bank Islam Wakaf Bharu

"Bagi tujuan itu saya dan beberapa rakan selaku rakyat Malaysia yang turut berhak ke atas harta tersebut akan membuat tuntutan melalui proses undang-undang di AS sendiri," katanya.

Berdasarkan kerjasama peguam dan beberapa pihak katanya sebahagian besar maklumat telah diperolehi dan sudah cukup untuk dikemukakan kepada pihak pengendali keadilan di negara berkenaan.

"Kita akan kemukakan segala kaedah tuntutan yang selari dengan kehendak undang-undang di AS termasuk mengemukakan saman di mahkamah," katanya.

Menurut makluman yang diberitahu kepada beliau, sebuah bank ternama AS jelas melakukan kaedah transaksi wang MDB yang nyata salah di sisi undang-undang.

"Kita yakin dengan bantuan yang bakal diberi pelbagai pihak di AS sendiri kita akan dapat kemukakan tuntutan ini termasuk menyaman sebuah bank ternama di sana.

"Kalau perlu saya sendiri akan ke AS untuk menjayakan tuntutan ini," katanya.

Majlis ceramah yang dihadiri ribuan pendengar di padang berhadapan Bank Islam Wakaf Bharu itu turut dihadiri Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Husain.

"Selesaikan Cara Baik," Rayu Shabery Kepada MB, Ahmad Said

Posted: 05 Aug 2016 06:18 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 

KEMAMAN: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek merayu agar Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menamatkan kemelut politik di negeri ini.

Ahmad Shabery yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman berkata kemelut itu harus diselesaikan secara bijaksana demi masa depan Umno dan rakyat.

"Saya merayu kepada semua pihak sama ada menteri besar atau bekas menteri besar untuk memikirkan jalan yang terbaik khususnya bagi masa depan Umno dan tidak mengambil tindakan yang boleh merosakkan parti.

"Saya bimbang perpecahan akan berlaku dan kita tak boleh mendakwa bahawa Umno akan sentiasa kuat...saya yang berada di Kemaman pun tidak boleh menjamin bahawa semua kerusi yang ada di sini dapat kita pastikan kemenangan walaupun kita berusaha menjaga rakyat dan walaupun rekod dari segi kecemerlangan Umno di Kemaman ini ada," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada 21 nelayan di Kemasik yang dilanda ribut.

Ahmad Shabery berkata kemelut sedemikian juga akan menimbulkan keraguan rakyat terhadap parti dan sokongan terhadapnya juga mungkin akan terjejas.

"Bila berlaku perpecahan, sokongan keseluruhan berdasarkan kepada anggota Umno itu mungkin sekitar 45 hingga 48 peratus dan pembangkang mungkin tak sekuat itu tetapi yang menentukan sokongan ialah rakyat yang mungkin tidak berparti...yang mungkin tak berada dalam mana-mana parti politik, tetapi mereka melihat sebuah parti yang diterajui oleh pemimpin yang tak boleh duduk sekali, jadi mereka tak ada keyakinan untuk memberikan sokongan kepada parti ini.

"Bagi saya walau macam mana kuat sekalipun seseorang Yang Berhormat menjaga kawasan, menjaga anak buah tetapi bila sebahagian besar rakyat melihat negeri yang diterajui oleh pemimpin yang sentiasa berbalah, mereka akan kehilangan kepercayaan.

"Umpamanya seperti rumah kita, kalau ibu bapa dilihat bergaduh, anak tak mahu balik rumah...baginya siapa betul dan siapa salah tak penting, dia mahukan sesuatu yang aman, mesra dan damai di rumah mereka dan perbalahan yang berterusan ini akan menyebabkan rakyat menjadi keliru dan kekeliruan akan menyebabkan rakyat meninggalkan Umno. Ini pandangan ikhlas saya, tolonglah cari jalan yang terbaik," katanya.

Ahmad Shabery berkata sekiranya kemelut itu terus berlanjutan,segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang selama ini bekerja keras untuk berjasa dan berbakti kepada rakyat juga akan turut musnah.

"Umno dah banyak buat untuk rakyat dan negeri, kita jaga nelayan yang susah, kita jaga petani yang susah, kita jaga rakyat, kita bangunkan negeri ini tapi ia boleh dimusnahkan akibat perbalahan sesama sendiri.

"Kalau kita sayang parti, kita buat untuk rakyat...bukannya untuk pemimpin. Jangan kita lihat sekarang ini, sekarang perbalahan bukan perbalahan mengenai dasar, perbalahan apa yang kita buat untuk rakyat tetapi perbalahan peribadi atas kedudukan, jawatan.

"Jadi bila melihat cara peribadi, cara perbalahan itu berbeza dengan cara perbalahan berdasarkan ideologi, dasar dan sebagainya... perbalahan peribadi ini tak ada rasionalnya, semuanya berasaskan emosi dan ini tak menguntungkan parti dan negara," katanya.

Ahmad Shabery menasihatkan semua pihak supaya tidak terburu-buru membuat keputusan dan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kemelut politik dalaman.

"Saya harap supaya semua pihak lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan terutama sekali dalam media kerana apa pun perbezaan dalam kalangan kita seharusnya diselesaikan secara dalaman dan kita mesti bijak mencari jalan dan pendekatan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku, " katanya. - BERNAMA

Gempa Bumi Lemah Di Ranau

Posted: 05 Aug 2016 06:16 AM PDT

MSTAR OLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah 6.30 petang Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi itu berpusat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 11km barat Ranau.

Gegaran dirasai di Ranau tetapi tidak mengakibatkan ancaman tsunami. - BERNAMA

Pokemon Go Haram - Mufti Wilayah Persekutuan

Posted: 05 Aug 2016 06:10 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
KUALA LUMPUR: Karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan, kata Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.

"Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat.

"Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku - pengintipan pihak luar; pencerobohan ruang peribadi; faktor keselamatan seperti kemalangan; kelalaian dan sebagainya," katanya lagi.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta tidak mempunyai usur khurafat. - BERNAMA

Noh didakwa mungkir janji salurkan RM1.8juta baik pulih pendawaian eletrik, jeriji PPRT

Posted: 05 Aug 2016 05:07 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Tan Sri Noh OmarTan Sri Noh OmarTan Sri Noh Omar didakwa tidak menunaikan janji untuk menurunkan peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang laluan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad, mendakwa Noh menarik semula peruntukan itu selepas Kerajaan Negeri mengumumkan akan melaksanakan kerja pembaikian.

Katanya, ia sekali gus bercanggah dengan janji dibuat Noh yang ketika itu Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor pada Januari 2015.

"Peruntukan itu memang terdapat di dalam Belanjawan Kerajaan Negeri tetapi kalau begitu alasannya senang sekali untuk mencari publisiti.

"(Noh) umum peruntukan untuk kerja yang memang diperuntukkan Kerajaan Negeri dan bila kita laksanakan, (Kerajaan Persekutuan) tarik balik peruntukan dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan dipetik portal Selangorku.

iskandar01Pada masa sama, Iskandar turut mengulangi gesaannya supaya Noh bersikap seperti negarawan dan bukan Ketua Cawangan.

Semalam, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara sebelum ini.

"Memandangkan Kerajaan Negeri sudah umumkan hendak beri peruntukan khas, kita tangguh peruntukan itu tetapi dalam pada itu Kerajaan Persekutuan turut membelanjakan RM800,000 untuk pembangunan di kawasan PPR berkenaan.

"Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kerajaan Negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal," katanya dalam sidang media.

Penduduk mahu pengurusan dewan kembali kepada Kerajaan Negeri

Posted: 05 Aug 2016 05:05 AM PDT


OLEH LIZAWATI MADFA

SELAYANG: Barisan Nasional (BN) digesa mengembalikan semula pengurusan Dewan Orang Ramai di Kampung Lee Kim Sai kepada agensi Kerajaan Negeri.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang, berkata parti politik tidak berhak mentadbir dewan yang digazetkan sebagai kegunaan awam.

Katanya, agensi kerajaan seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) lebih sesuai menguruskan dewan orang ramai.

"Kita mahu MCA serah balik kepada JKKK supaya penduduk ada tempat sesuai untuk menjalankan segala aktiviti demi kebaikan penduduk.

"Kita bukan mahu menggunakannya untuk tujuan parti dan politik," katanya kepada SelangorKini.

BN Selangor didakwa menyalahguna lapan dewan orang ramai di Rawang sebagai bangunan dan cawangan parti komponennya.

DSC_6862 kecil

Dewan berkenaan adalah Dewan MCA Desa Kuala Garing, Dewan MIC Kuala Garing, Dewan MCA Bukit Rawang Jaya, Dewan MCA Bandar Country Homes, Dewan MCA Taman Sri Hijau, Dewan Perpustakaan Kampung Sungai Terentang, Dewan MCA Kampung Lee Kim Sai dan Dewan Umno Bandar Country Homes.

Chu Sang berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) pernah menulis surat supaya menyerahkan kunci dan mengosongkan bangunan, namun diabaikan pihak berkaitan.

"Pengerusi Cawangan MCA pernah minta kita terima hakikat pilihan raya umum, jadi kita pun mahu dia buat yang sama, terimalah yang Selangor ditadbir Pakatan.

"Serah pada kita dewan yang memang hak kita. Jika Pakatan tewas dalam pilihan raya nanti, saya pasti kunci dewan akan diserah balik kepada kerajaan yang berhak," katanya.-AA-

Salah guna dewan beban masyarakat setempat

Posted: 05 Aug 2016 05:02 AM PDT

DSC_6797 kecil

OLEH LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Tindakan parti komponen pembangkang menyalah guna dewan orang ramai sebagai hak milik parti menyusahkan komuniti setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei, berkata persatuan penduduk kadangkala terpaksa membayar sewa kepada parti politik untuk menggunakan dewan yang sepatutnya terbuka secara percuma kepada orang awam.

Katanya, tindakan itu tidak adil kepada penduduk selain memberi bebanan untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan.

"Seperti contoh di Bukit Rawang Jaya, Persatuan Penduduk membuat cadangan baik supaya dewan orang ramai diuruskan mereka tetapi masalahnya dewan di situ juga dipegang MCA.

"Kalau dilihat dari segi undang-undang, itu bukan sepatutnya prosedur yang perlu dilalui kerana dewan dibina di atas tanah kerajaan.

"Ia milik kerajaan dan hanya agensi kerajaan berhak untuk tadbir dan uruskan segala yang berkaitan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini

DSC_6816 kecil

Terdahulu, beliau mengiringi Exco Negeri, Ean Yong Hian Wah dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman melawat Dewan MCA Kampung Lee Kim Sai.

Pada 15 Oktober 2012, dewan berkenaan digazetkan sebagai suatu tapak untuk tujuan dewan orang ramai dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Pei Nei berkata, siri rundingan secara baik sehingga kini tidak membuahkan hasil, malah parti politik berkenaan terus menduduki secara haram Dewan MCA Kampung Lee Kim Sai.

"Kita bertuah kerana Kerajaan Negeri menyediakan tempat berbumbung di sini, namun mesyuarat terpaksa diadakan di rumah anggota JKKK.

"Sepatutnya ini tidak berlaku kerana kita ada dewan orang ramai, namun tidak dapat digunakan kerana parti politik," katanya.-AA-

Menteri Perumahan akui mungkir janji?

Posted: 05 Aug 2016 04:40 AM PDT


OLEH NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Tan Sri Noh Omar mengakui tidak menunaikan janji untuk menurunkan peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian elektrik dan jeriji penghadang laluan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato' Iskandar Abdul Samad, berkata Noh menarik semula peruntukan itu selepas Kerajaan Negeri mengumumkan akan melaksanakan kerja pembaikian.

Katanya, ia sekali gus bercanggah dengan janji dibuat Noh yang ketika itu Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor pada Januari 2015.

"Peruntukan itu memang terdapat di dalam Belanjawan Kerajaan Negeri tetapi kalau begitu alasannya senang sekali untuk mencari publisiti.

"(Noh) umum peruntukan untuk kerja yang memang diperuntukkan Kerajaan Negeri dan bila kita laksanakan, (Kerajaan Persekutuan) tarik balik peruntukan dijanjikan," katanya.
iskandar01Pada masa sama, Iskandar turut mengulangi gesaannya supaya Noh bersikap seperti negarawan dan bukan Ketua Cawangan.

Semalam, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menafikan bahawa Kerajaan Persekutuan memungkiri janji untuk memberi peruntukan RM1.8 juta bagi membaik pulih kerosakan pendawaian dan jeriji penghadang di PPR Kota Damansara sebelum ini.

"Memandangkan Kerajaan Negeri sudah umumkan hendak beri peruntukan khas, kita tangguh peruntukan itu tetapi dalam pada itu Kerajaan Persekutuan turut membelanjakan RM800,000 untuk pembangunan di kawasan PPR berkenaan.

"Bukan kita tidak tunai janji. Soalnya kenapa mereka (Kerajaan Negeri) tidak umum (peruntukan) lebih awal," katanya dalam sidang media.-AA-

BN Selangor didakwa salah guna dewan orang ramai

Posted: 05 Aug 2016 04:38 AM PDT


OLEH LIZAWATI MADFA


SELAYANG: Parti komponen pembangkang Selangor didakwa menduduki lapan dewan orang ramai di Rawang secara haram dengan menjadikannya bangunan atau cawangan parti politik masing-masing.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baharu dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, berkata semakan menunjukkan kesemua dewan berkenaan tidak memperoleh kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) berkaitan.

Katanya, rundingan secara budi bicara dan notis juga pernah dikeluarkan, namun tiada kerjasama parti politik berkenaan.

"Kita terpaksa mengambil tindakan sesuai mengikut undang-undang dan secara profesional bagi mengembalikan dewan untuk kegunaan orang ramai.

"Jadi, tidak timbul isu mengambil menggunakan cara tidak sesuai kerana ini sememangnya didirikan atas tanah kerajaan.

"Jika mengikut Kanun Tanah Negara sekalipun, apa-apa bangunan atas tanah kerajaan itu milik kerajaan dan harus ditadbir agensi kerajaan," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

DSC_6836 kecil

Turut serta, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang, Gan Pei Nei dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman.

Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan MCA Desa Kuala Garing, Dewan MIC Kuala Garing, Dewan MCA Bukit Rawang Jaya, Dewan MCA Bandar Country Homes, Dewan MCA Taman Sri Hijau, Dewan Perpustakaan Kampung Sungai Terentang, Dewan MCA Kampung Lee Kim Sai dan Dewan Umno Bandar Country Homes.

Ean Yong berkata, kebanyakan dewan berkenaan berusia lebih 10 tahun dan dibina sebelum 2008.
"Dahulu mungkin mereka boleh buat apa sahaja mereka suka sebagai kerajaan, namun di bawah Pakatan kita perlu ikut undang-undang," katanya.-AA-

1MDB: Senator AS mahu Obama kaji semula hubungan dengan Najib

Posted: 05 Aug 2016 04:32 AM PDT

Oleh Aliff Fikri


KUALA LUMPUR: Senator Amerika Syarikat menggesa Presidennya Barrack Obama untuk mengkaji semula hubungan dua hala dengan Malaysia.

Mereka berkata, tindakan perlu diambil berikutan penolakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke atas siasatan kerugian US$11 bilion dan sumbangan derma US$700,000 1MDB yang sedang disiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

NAJIB-1MDB


Menurutnya, tanpa mengira keputusan siasatan tersebut, skandal itu telah membawa rekahan mendalam antara Najib dan institusi kerajaan berkenaan bagaimana untuk menangani perkembangan rasuah.

"Hasilnya, sokongan domestik Najib telah jatuh merudum dan krisis berterusan ini memburukkan lagi perbezaan kaum, agama dan mewujudkan persekitaran politik bahaya.

"Keadaan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peranan jangka panjang Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menangani keganasan.

"Kami berharap untuk bekerja dengan anda untuk menyokong usaha-usaha mengembangkan perkongsian komprehensif bersama Malaysia berdasarkan kemajuan substantif ke arah demokrasi, undang-undang, anti rasuah dan hak asasi manusia," kata Benjamin L Cardin dan John McCain dalam surat kepada Obama bertarikh 3 Februari itu.

Menurut mereka lagi, hubungan dengan Malaysia mestilah dibina melalui asas dan prinsip-prinsip demokrasi.

Katanya, tindakan Najib jelas telah menimbulkan kebimbangan apakah Malaysia merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai di rantau ini.

"Kami berharap anda akan mengajukan permasalahan ini dalam mesyuarat bersama pemimpin Malaysia pada persidangan ASEAN Summit akan datang," tegas mereka.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dikaji semula

Posted: 05 Aug 2016 04:29 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Datuk Hamzah Zainuddin


KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses mengkaji semula Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 selepas terdapat persatuan peniaga mendakwa akta berkenaan menyekat kebebasan mereka berniaga dan ia tidak merangsang pelaburan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya berharap satu mekanisme baharu dapat diadakan sebagai jalan penyelesaian supaya semua pihak iaitu peniaga dan pengguna berasa selesa.

"Jika bercakap soal kepenggunaan sudah tentu ada peniaga dan pembeli. Jika peniaga berhemah, sudah tentu pengguna akan membeli barangan secara selesa tanpa ada rasa syak wasangka.

"Hari ini apa yang membuatkan kita selesa adalah akta itu sendiri di mana ia dapat membuktikan banyak barangan dijual dengan harga yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa di sini malam tadi.

Beliau berkata kajian berkenaan dilakukan agar peniaga dapat merasakan terdapat keuntungan dan pengguna pula merasa harga berpatutan.

"Dalam isu ini, kita kena ada perjumpaan dengan semua pihak iaitu peniaga dan orang ramai supaya dapat mencari mekanisme baharu serta seterusnya memberikan keselesaan kepada semua pihak," kata Hamzah.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan bukannya untuk memberi ketidakselesaan kepada peniaga dan tidak timbul soal untuk menyekat peniaga daripada mencari keuntungan.

"Kita akan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi apa sahaja masalah yang timbul termasuklah membawanya ke jemaah menteri," katanya.

Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dikuatkuasakan pada 1 April 2011 merupakan akta amat penting bagi pengguna kerana ia dapat melindungi pengguna daripada peniaga yang menjual barang dengan harga yang tinggi dan tidak munasabah, dengan tujuan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Haris Husin dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Rohana Mohamed.

Satu lawan satu: Tuan Ibrahim mula dapat sokongan dalam Pas

Posted: 05 Aug 2016 04:21 AM PDT

ANALISIS Oleh BORHAN AHMAD
 
 
Cadangan Tuan Ibrahim kini mula mendapat sokongan dalam Pas walaupun beliau terpaksa kata itu cadangan pribadi sebelum ini.Cadangan Tuan Ibrahim kini mula mendapat sokongan dalam Pas walaupun beliau terpaksa kata itu cadangan pribadi sebelum ini.


Walaupun tidak mendapat sokongan majoriti pimpinan Pas Pusat agar pertandingan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya umum akan datang, cadangan timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kini mula mendapat sokongan pimpinan parti itu.

Ia dimulakan oleh naib presiden yang juga timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Abdullah dan kemudiannya mendapat sokongan dari ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa menyarankan, parti pembangkang supaya berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Menurutnya, untuk mewujudkan pertandingan 'satu lawan satu' melawan BN itu, tidak semestinya parti-parti pembangkang berada dalam satu gabungan sahaja sebagaimana yang ditunjukkan pada beberapa siri PRU yang lalu.

Beliau menambah, oleh kerana PRU14 dijangka berlaku lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya pada 2018 nanti, maka parti-parti pembangkang perlu berusaha mencari formula tersebut.

"PRU14 dijangka diadakan tidak lewat daripada 2017, maka parti pembangkang mesti berusaha mencari formula pertandingan 'satu lawan satu' menentang BN. Inilah prioriti parti-parti pembangkang sekarang," ujarnya yang menyokong kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berhubung perkara itu.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan saranan Mohd Amar yang berkata perlu ada 'under standing' kalangan pembangkang seperti yang berlaku sebelum ini dalam misi menafikan penguasaan BN.

Katanya status quo kerusi yang ditandingi sebelum ini hendaklah dikekalkan biarpun tiada pakatan pembangkang seperti dahulu.

"Apabila pembangkang mempertahankan status quo lama kita dapat fokus untuk berdepan satu lawan satu dengan BN pada PRU14 nanti.

"Kalau ada kalangan pembangkang yang berminat untuk mengacau kerusi seperti dipertahankan sebelum ini, ia boleh memberi kemenangan lebih mudah kepada BN," katanya di Kota Bharu.

Mustafa Ali sokong cadangan Tuan Ibrahim.Mustafa Ali sokong cadangan Tuan Ibrahim.Mustafa menambah, rakyat sekarang semakin tertekan akibat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Umno BN yang terus memerintah dengan beberapa isu seperti 1MDB, GST dan sebagainya.

Katanya, bukan sahaja golongan marhaen seperti petani, nelayan, peniaga kecil dan lain-lain yang sengsara akibat pengurusan ekonomi negara yang pincang, bahkan masalah pengangguran termasuk dalam kalangan lepasan universiti yang berjumlah puluhan ribu turut terkesan.

"Ini adalah kesan yang sangat parah kerana tidak ada pengurusan ekonomi dan good governance dalam negara yang diperintah Umno BN sekarang," ujarnya lagi.

Sikap Pas yang mahukan 'satu lawan satu' jelas kelihatan selepas calon Pas kalah teruk di dua pilihan raya kecil iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebelum ini, cadangan Tuan Ibrahim agar genjata senjata di antara pembangkang dibuat untuk membolehkan 'satu lawan satu' berlaku dalam pilihan raya lalu ditolak presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ini kerana, kata Hadi, tidak perlu genjatan senjata kerana tidak ada peperangan berlaku.

"Tidak ada genjatan senjata (gencatan serangan). Kita berdialog, berbahas, berhujah secara demokrasi dengan semua pihak. Tidak ada dan tidak timbul genjatan senjata," kata presiden Pas dalam wawancara dengan media di Alor Setar itu.

Beliau menyalahkan laman web khasnya Malaysiakini yang kononnya tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu.

"Kita perlu baca kenyataan timbalan presiden dalam Harakahdaily bukan dalam Malaysiakini. Malaysiakini memetik separuh sahaja tidak ambil semua. Yang ambil semua dalam Harakahdaily. Kalau baca separuh saja tidak adil," kata Hadi dalam sidang media itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat selepas kenyataan Tuan Ibrahim juga tidak membuat seberang pendirian.

Hanya Tuan Ibrahim sahaja membuat kenyataan dengan berkata, "Itu pendirian pribadi saya."

Indonesia tangkap 6 individu cuba lancar roket ke Marina Bay

Posted: 05 Aug 2016 04:09 AM PDT

 
Semua suspek ditahan di Batam, lokasi di mana serangan roket berkenaan dirancang untuk dilancarkan ke arah Singapura.


Boy-Rafli-Amar1


SINGAPURA: Pihak berkuasa Indonesia menahan enam suspek pengganas bagi membantu siasatan dakwaan satu rancangan serangan menggunakan roket yang dilancarkan dari Batam ke Marina Bay di sini, berjarak kurang 30km, lapor media tempatan.

Suspek berumur antara 19 hingga 46 tahun itu ditahan pagi tadi oleh Unit Khas 88, skuad elit counter-terroris Indonesia.

Kumpulan itu dikatakan ada kaitan dengan Bahrun Naim, individu yang dipercayai menjadi dalang dalam serangan di Jakarta awal tahun ini.

Menurut laporan Batam Pos, suspek itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Batam, termasuk di kawasan perumahan Mediterranean di pusat bandar, Kompleks Masyeba, Kluster Sakura Botania, Kompleks Taman Carina dan Kompleks Taman Indah Batuaji.

"Benar, kami menahan enam orang," kata pegawai polis kanan, Boy Rafli Amar dipetik daripada Batam Pos.

Akhbar itu melaporkan enam suspek itu dikenali sebagai Gigih Rahmat Dewa, 31; Trio Syafrido, 46; Eka Saputra, 35; Tarmidzi, Hadi Gusti Yanda, 20; dan M Tegar Sucianto, 19. Semua suspek bekerja di sebuah kilang kain kecuali Trio yang dilaporkan sebagai eksekutif bank.

Sebuah stesen TV Indonesia mengenal pasti Gigih sebagai ketua kumpulan itu.

Salah seorang jiran Gigih berkata suspek berkahwin empat tahun lalu dan tidak menunjukkan sikap mencurigakan.

"Dia jarang keluar, dan sebenarnya kami tidak tahu apa-apa mengenai mereka. Setakat ini pasangan itu baik," kata seorang jiran sebagai berkata kepada Batam Pos.

Bahrun Naim, seorang militan Indonesia, sangat terkenal dalam kalangan agensi keselamatan.

Menteri Dalam Negeri Singapura K Shanmugam berkata pada Mac, Bahrun Naim disyaki menggalakkan serangan di Singapura.

Dia dikatakan menjadi antara perancang serangan bom dan tembakan di plaza beli-belah Jakarta pada 14 Januari yang membunuh lapan orang, termasuk empat penyerang dan mencederakan lebih 20 yang lain.

Ketua Polis Indonesia Badrodin Haiti turut menamakannya sebagai salah seorang pemimpin utama di wilayah itu dalam jaringan dengan pro IS.

Exco bakal ikut jejak Tengku Abdullah keluar FAM

Posted: 05 Aug 2016 04:07 AM PDT

Kejutan itu dijangka dibuat dalam Mesyuarat Exco FAM pada 15 Ogos ini.

Tengku-Abdullah_fam_600


PETALING JAYA: Barisan exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mahu meninggalkan badan induk itu bagi mengikut jejak langkah presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Harian Metro melaporkan seorang sumber dalaman FAM dipetik sebagai berkata, kejutan itu akan dibuat dalam Mesyuarat Exco FAM pada 15 Ogos ini, seandainya hasrat Tengku Abdullah diterima.

"Mereka (exco FAM) rela pemilihan baru diadakan semula. Kemungkinan Kongres Pemilihan yang sepatutnya diadakan pada 2018 akan dipercepatkan menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), jika bukan Disember ini, mungkin awal tahun depan.

"Tindakan ini dilihat sebagai tanggungjawab bersama barisan kepimpinan dan bukannya atas desakan mana-mana pihak," katanya.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Tengku Abdullah bakal meninggalkan badan induk itu tidak lama lagi dan lebih mengejutkan jawatan ditinggalkan itu akan digantikan dengan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagaimanapun, perkara itu belum diputuskan lagi dan masih dalam perbincangan dan ia turut diakui Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

"Itu kena tunggu dulu selepas mesyuarat exco (FAM)," katanya ringkas ketika ditanya sama ada Tunku Ismail bakal menerajui FAM menggantikan Tengku Abdullah.

Penglibatan Tunku Ismail dalam badan induk bola sepak negara itu dilihat 'semakin jelas' apabila Bendahari FAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bertemu dengannya dan membentangkan laporan kewangan persatuan tersebut.

Sementara itu, cubaan FMT untuk mendapatkan reaksi Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin belum berjaya.

Hamidin ketika ditanya mengenai isu itu hanya berkata:"Berkenaan isu itu saya enggan ulas lagi. Saya akan memberi komen minggu depan berhubung isu itu. Jumpa saya minggu depan," katanya.

Kenapa Petronas tak jawab?

Posted: 05 Aug 2016 04:01 AM PDT

HARAKAHDAILY 





Keadaan politik negeri Terengganu kembali berkocak hasil daripada berbalas serangan antara dua orang kuat Umno Terengganu mantan MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (DSAS) dan juga MB Terengganu sekarang YAB Encik Ahmad Razif Abdul Rahman (ARAR).

Perbalahan bermula dengan kenyataan DSAS minggu lepas berkenaan kepincangan ARAR mentadbir negeri sehinggakan muncul isu mahu menjatuhkan MB dengan kenyataan sokongan oleh Adun Ajil yang dikatakan juga tidak berpuashati dengan MB. Khabarnya portfolio Exco dari Ajil itu tidak dipedulikan MB, peruntukan juga banyak yang tak dapat, entahlah. Mungkin itu sebabnya dia mahu menyokong DSAS di samping dengan tali persaudaraan beliau dengan DSAS, mungkin…?

Saya tertarik dengan kenyataan balas MB kepada serangan DSAS hari ini, iaitu berkaitan dengan telaga minyak Bertam yang beliau dakwa ianya bukan kepunyaan Terengganu, oleh itu beliau tidak pernah menandatangani sebarang dokumen berkenaan Bertam.

Kata beliau lagi, Bertam berada di luar tiga batu nautika daripada pantai Terengganu, jadi ianya hak kerajaan Persekutuan. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri sedang berusaha membuat permohonan rasmi untuk PM membuat pertimbangan agar digunakan kembali asas komitmen yang telah diberikan sebelum ini.

Persoalan yang timbul sekarang ini, rakyat ingin tahu kenapa royalti yang dinikmati oleh kerajaan Negeri Terengganu semenjak pertemuan minyak pada tahun 70-an dahulu, Umno hapuskan, dan kemudiannya mengemis kembali wang royalti itu dengan nama wang ehsan atau Dana Persekutuan.

Kenapa ketika kerajaan pusat meluluskan Akta Laut tetapi kerajaan negeri tiada membuat apa-apa bantahan untuk pertahan hak negeri bahkan kerajaan negeri menolak agar usul tergempar yang hendak dibawa oleh Adun Paka YB Ustaz Saiful Bahri tentang Akta Laut di persidangan Dun? Sepatutnya persidangan Dun boleh menggunakan kuasa menolak akta yang diluluskan ini.

Lebih menghairankan lagi, Umno mengatakan bahawa wang itu bukan perjanjian royalti kerana penafsiran batu nautika, tetapi tahun lepas, mereka meluluskan Akta Laut 750 yang menafsirkan semula kiraan batu nautika yang jelas akta itu mahu menguasai laut negeri-negeri di luar tiga batu nautika.

Jika sudah betul tafsiran Akta Laut itu dahulu, kenapa dibuat tafsiran baru tahun lepas. Tafsiran kepada bayaran royalti itu sebenarnya telah dijelaskan oleh dua daripada tiga orang yang menandatangani perjanjian royalti iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Salleh Abas, tetapi sayang bagi rakyat Terengganu kerana Umno tetap menginjak-injak maruah Terengganu.

Dalam sidang Dun tahun lepas DSAS telah mendedahkan bahawa Bertam hanya berada 120 km dari pantai Terengganu. Hanya Bertam A dan B yang dikatakan berada di perairan Pahang, tetapi hasilnya adalah sedikit sahaja.

Beliau mendakwa telah menulis surat kepada Petronas tetapi Petronas mendiamkan diri tanpa jawapan. Rakyat Terengganu mahukan jawapan yang jelas, bukan tujuan untuk menutup perbalahan dalaman Umno.

Kekal wang royalti dirompak dengan nama lain, ubah Akta Laut, status Bertam tidak dipastikan. Ayuh rakyat Terengganu bersama PAS dengan kepimpinan yang damai dan bertanggungjawab serta bina negeri yang lebih baik, insya Allah.

USTAZ MOHD NOR HAMZAHM Ketua Penerangan PAS Terengganu

TMJ tak setuju jadi presiden FAM

Posted: 05 Aug 2016 03:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menerima jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) seperti yang dibayangkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin semalam.
 
TMJ menolak jawatan tersebut bagi mengelak wujudnya konflik kepentingan melibatkan kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dimiliki beliau.
 
"Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT.
 
"Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya," katanya menerusi laman Facebook rasmi kelab Harimau Selatan, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi.
 
Semalam Khairy memberi bayangan mengenai kemungkinan besar penglibatan TMJ di dalam FAM pada masa akan datang. 
 
Sebelum ini terdapat desas-desus menyatakan TMJ bakal mengambil alih pucuk pimpinan tertinggi FAM selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meninggalkan badan induk itu tidak lama lagi. 
 
 

MAIWP larang umat Islam main Pokemon Go

Posted: 05 Aug 2016 03:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan kepada umat Islam. 
 
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata larangan itu diputuskan Isnin lalu selepas mengadakan perbincangan bersama ahli jawatankuasa berkenaan. 
 
Katanya, ketetapan itu juga dibuat berdasarkan nas dan faktor maslahah serta kemudaratan yang berlaku. 
 
"Justeru, masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan diharap tidak terbabit dalam aplikasi permainan berkenaan. 
 
"Selepas meneliti pendapat ulama dan fatwa dikeluarkan (di luar negara), kami berpendapat fatwa dikemukakan ada asas dan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri perlu dijauhkan jika ia membawa mudarat," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman web rasminya, http://muftiwp.gov.my, hari ini.
 
Zulkifli menjelaskan, permainan itu mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, ditambah boleh membawa kepada perjudian. 
 
"Kami berpendapat hujah yang dikemukakan mengenai hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes lalu, membawa bahaya dari segi pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, kemalangan serta kelalaian," katanya.
 
 

Semua ADUN PAS dijangka sokong undi tak percaya pada MB Terengganu - ADUN Cukai

Posted: 05 Aug 2016 03:48 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lagi ADUN PAS menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ahmad Said jika benar ADUN Kijal itu benar-benar membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.  
 
ADUN Cukai, Hanafiah Mat ketika dihubungi Antarapos tidak menolak semua ADUN PAS akan turut menyokong usul tersebut.
 
"Kita (ADUN PAS) belum pasti lagi usul ini ada atau tidak. Sehingga hari ini tiada satu perbincangan dengan pihak (Datuk Seri) Ahmad Said, kalau berlaku spontan begitu kita tidak pasti. 
 
"Kalau ikutkan usul dahulu sebahagian besar ADUN PAS menyokong undi tidak percaya yang dibawa oleh Ahmad Said. Yang (usul baru) ini, tidak ada lagi perbincangan sehingga hari ini," katanya.
 
Bagaimanapun, semua ADUN PAS Terengganu masih menunggu arahan daripada kepimpinan PAS Pusat sama ada menyokong atau tidak usul berkenaan.
 
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ahmad Said mengugut mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad Razif.
 
"Saya tidak pasti (ada perbincangan dengan PAS Pusat) tetapi pendirian kita di peringkat negeri begitulah (adakan pilihanrayan mengejut) dimana PAS Terengganu bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri," ujarnya.
 
Setakat ini, Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zuber Embong mengesahkan DUN Terengganu masih belum menerima notis usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif. 
 
Biarpun tiada notis awal dikemukakan, usul berkenaan masih boleh dibawa kerana mengikut Peraturan Tetap DUN, mana-mana ADUN boleh berbuat demikian pada hari persidangan dengan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
 
Hanafiah kemudiannya berkata rakyat Terengganu harus diberikan mandat untuk sekali lagi memilih kerajaan manakah yang harus mentadbir negeri itu.
 
Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah PAS bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut, jika usul berkenaan diteruskan.
 
"Pendirian kita, kita minta supaya kembalikan semula kepada rakyat untuk rakyat menentukan siapakah yang akan menjadi wakil rakyat dan membentuk kerajaan negeri Terengganu. Itu yang terbaik. 
 
"Kita seperti mana Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi) kata kita nak menang secara 'gentlemen', kita nak ambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri Terengganu secara menang dalam pilihan raya," katanya.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada awal Mac lalu.
 
 

PAS sedia ambil alih Terengganu adalah pendirian parti - Nik Zawawi

Posted: 05 Aug 2016 03:45 AM PDT

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan kesediaan parti untuk mengambil alih Terengganu sekiranya berlaku pilihan raya mengejut, adalah keputusan parti dan bukanlah pendirian peribadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Malah beliau menolak kemungkinan wujudnya perbezaan pandangan berhubung perkara ini antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalan presiden seperti yang pernah berlaku sebelum ini. 
 
"Itu adalah pendirian parti iaitu mana-mana negeri di dalam negara ini PAS bersedia untuk ambil alih," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim bahawa PAS bersedia mengambil alih kerajaan negeri Terengganu dan akan menyokong usaha ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
 
Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar.
 
PAS sebelum ini mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
 
Hadi ketika itu menegaskan PAS sama sekali tidak terlibat dalam krisis pentadbiran Terengganu dan menyerahkan kepada Umno untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi parti itu.
 
Katanya, PAS memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu tersebut hingga tamat penggal tempoh mandat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-13.
 
Sebelum ini, Presiden dan Timbalan Presiden PAS beberapa kali berlainan pendirian mengenai beberapa isu sehingga menyebabkan kekeliruan.
 
 

PRU14 boleh diadakan seawal November ini, pembangkang diseru bersatu - Mustafa Kamil

Posted: 05 Aug 2016 03:44 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
KOTA DAMANSARA: Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) boleh diadakan seawal November ini, selepas kerajaan Persekutuan mengumumkan Bajet 2017, kata bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.
 
Justeru, parti-parti pembangkang harus segera menyelesaikan pertelingkahan antara mereka dan kembali fokus mengekang kemaraan Umno Barisan Nasional (BN).
 
Ujarnya, Pakatan Harapan termasuk PAS perlu mengakui trend sokongan kini cenderung kepada Umno BN memandangkan parti itu menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
"Pasukan pembangkang perlu bergerak pantas, saya setuju seawalnya PRU14 boleh berlaku bulan 11 tahun ini selepas bajet dibentangkan pada bulan 10 sebab 'good facto' (BN) tu ada. 
 
"(Pertelagahan kerusi) memang akan macam tu, namun mereka akan selesaikan dengan cara yang diterima pelbagai pihak dengan pendekatan masing-masing. Jika tak bersedia dengan keadaan demikian, apa bayaran yang perlu dilakukan? Tumbang Pulau Pinang? Kelantan, Selangor? 
 
"Saya tak fikir PKR mahu tumbang di Selangor atau DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. Jadi pilihan yang ada kena duduk bersama dan itu rakyat nak lihat, rakyat akar umbi sedia untuk berubah tetapi yang perlu diusahakan adalah model pertandingan (iaitu) satu lawan satu di peringkat nasional," katanya ketika ditemubual Antarapos.   
 
Prestasi pembangkang setakat ini semakin merudum selepas kalah teruk dalam PRN Sarawak dan dua PRK akibat kegagalan capai kata sepakat membabitkan agihan kerusi antara mereka.
 
Pertelingkahan berpanjangan parti pembangkang semakin parah selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
 
Tegas Mustaffa lagi, mungkin pembangkang masih tidak menemui 'formula' untuk berdamai sesama mereka, tetapi PAS dan PKR kini dilihat semakin positif untuk bermuafakat dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. 
 
"Benar pembangkang belum bersiap sedia untuk bermuafakat sepenuhnya tetapi bunga-bunganya sudah ada jadi mereka (pembangkang) kena pertimbangkan.
 
"Dengan beberapa kenyataan pembangkang, PAS PKR secara terbuka perlunya satu lawan satu dan sedia untuk bermuafakat dan seumpamanya. Saya agak itu adalah mesej kepada BN ada satu perkembangan muafakat baru dalam pembangkang," katanya lagi.
 
Malah beliau mengingatkan BN tidak merasa selesa dengan kemenangan yang diperoleh itu, kerana perkara itu berlaku adalah disebabkan kegagalan pembangkang untuk bersatu padu.            
 
"BN juga merasa selesa dengan kemenangan PRN, PRK tetapi kedua-dua itu berlaku kerana faktor perpecahan yang tuntas dan mendalam dikalangan pembangkang," ujar beliau.
 
 

Cukai lebih murah jika MAS jadi syarikat penerbangan tambang rendah - Liow

Posted: 05 Aug 2016 03:38 AM PDT

astro awani


Cukai lebih murah jika MAS jadi syarikat penerbangan tambang rendah - Liow
LIOW: Lainlah kalau MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah. -Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah klia2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu.

"Oleh itu, saya tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. Lainlah kalau MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah.

"Suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi kami mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah," katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran Perlindungan & Indemniti Malaysia Sdn Bhd (P&I Malaysia), insurans maritim yang diwujudkan atas inisiatif kerjaan bagi vesel kecil di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan berulang kali ketua pegawai eksekutif MAS Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di KLIA dan klia2.

Bellew dilaporkan berkata MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke klia2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.

Mengenai insurans maritim yang dilancarkan itu, Liow berkata skim itu, yang akan diwajibkan, bukan sahaja memberi perlindungan yang diperlukan oleh vesel kecil dengan berat kurang daripada 300 tan berdaftar kasar pada kadar premium berpatutan, tetapi juga akan menempatkan semula dan mengukuhkan lagi industri maritim tempatan agar menjadi lebih berdaya saing di peringkat global.

Liow menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 vesel kecil yang tidak mempunyai liputan insurans.
P&I Malaysia, yang diperbadankan pada Ogos 2015, menyediakan liabiliti marin bagi kapal kecil untuk liputan hingga had tunggal tergabung RM1.4 juta.
Skim ini meliputi liabiliti bagi kecederaan diri atau kehilangan nyawa untuk penumpang dan anak kapal, liabiliti anak kapal, kerosakan harta, pencemaran alam sekitar dan pengalihan bangkai vesel.

Comments (0)