Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:01 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


#TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Pemuda UMNO Kedah

Posted: 29 Aug 2016 07:29 AM PDT

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
#TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Pemuda UMNO Kedah
PEMUDA UMNO KEDAH: #TangkapMO1: 'Mahasiswa cari publisiti murahan' - Gambar fail
 
 
KUALA LUMPUR: Mahasiswa yang menyertai himpunan Protes 'Tangkap Malaysian Official 1' (#TangkapMO1) merupakan segelintir kumpulan pelajar yang hanya mahu mencari publisiti murahan dan kabur dalam perjuangan masing-masing.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, mereka juga jelas diperalat pimpinan pembangkang yang mahu mahasiswa hilang fokus dalam pembelajaran di universiti.

"Golongan ini memilih untuk berdemo di jalan raya di sebalik pelbagai peluang bersuara disediakan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Parlimen Belia, Parlimen Mahasiswa dan Majlis Permuafakatan Mahasiswa Negara.

"Tindakan itu tidak mencerminkan jiwa intelektual sebenar. Pertama, isu yang diperjuangkan masih dalam keadaan samar, kedua sekadar menurut rentak gendang dipalu pembangkang dan ketiga mengkhianati amanah dan citra negara yang mahukan golongan ini menjadi cendekiawan yang mampan dengan pencapaian cemerlang akademik dan sahsiah yang terpuji," katanya kepada Astro AWANI, di sini hari ini.

BACA: #TangkapMO1: Tindakan akan diambil terhadap pelajar tajaan MARA

BACA: Polis akan panggil penganjur perhimpunan haram - Timbalan KPN

Pada Sabtu, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini diadakan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tanda mendesak identiti 'MO1', yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan.

Dalam pada itu tegas Shaiful, mahasiswa juga lebih baik untuk menumpukan isu dalam kampus yang bersifat setempat berbanding perkara yang masih belum jelas difahami mereka sendiri.

"Apa yang seharusnya diberi keutamaan oleh golongan ini misalnya kebajikan pelajar, kemudahan asrama, peningkatan kualiti pengajaran dan kondusifnya kondisi pembelajaran.

"Namun golongan yang digelar pejuang mahasiswa ini gagal melihat isu berkenaan sebaliknya memilih jalan politik partisan dan ingin cepat glamour dengan cara dan kaedah yang salah.

"Inilah yang saya gelarkan sebagai kelompok mahasiswa yang masih belum berjiwa merdeka, lebih memalukan majoriti yang terlibat ialah mahasiswa Melayu," jelasnya.

BACA: #TangkapMO1: 'Pembangkang jadikan mahasiswa keldai politik' - Armand
 
Katanya lagi, segelintir mahasiswa Melayu ini masih terus dengan cara lama dan tidak menguntungkan sesiapa.

"Selain memberi kredit pada pakatan pembangkang, mahasiswa bukan Melayu terus berjuang di medan kecemerlangan akademik dengan beroleh keputusan terbaik dan menjamin pekerjaan yang hebat.

"Mahasiswa sejujurnya perlu lebih kental jiwa merdeka dengan tidak membiarkan diri terus terpenjara dengan agenda murahan puak yang berkepentingan merebut kuasa," tegasnya. 
 
 

Pelajar maut ketika selamatkan beg rakan

Posted: 29 Aug 2016 07:26 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE








Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2) mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di sini pagi tadi.

Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika cuba menyelamatkan beg rakannya ddalam kejadian pukul 9.40 pagi itu.

Difahamkan, punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah dibuang keluar oleh kawan lain di kelas yang sama.

"Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar, beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterusnya jatuh ke bawah," menurut sumber hari ini.

Pelajar tingkatan 3 Elit SMK Presint 9 (1) itu kini dihantar oleh polis ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.--MalaysiaGazette


Mansuh diskaun Bumiputera pastikan harga berpatutan untuk semua’

Posted: 29 Aug 2016 07:22 AM PDT

 
Chang menggesa kerajaan negeri Selangor memastikan tiada pemaju perumahan mengambil kesempatan untuk meningkatkan keuntungan mereka pada margin sama.


Chang-Kim-Loong


PETALING JAYA: Pemansuhan diskaun 10% untuk Bumiputera membeli tiga jenis hartanah mampu milik di Selangor akan memastikan rakyat berbilang kaum yang memerlukan rumah boleh menikmati harga berpatutan.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor memansuhkan potongan harga 10% untuk pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo di negeri itu.

Beliau berkata, langkah itu akan memastikan tiada rakyat ketinggalan dalam membeli rumah mampu milik dan harga RM230,000 hingga RM270,000 ditetapkan untuk Soho dan Sovo di negeri itu berpatutan.

"Apabila peratusan tertentu unit rumah dijual pada harga diskaun, harga untuk baki hartanah perlu dinaikkan bagi memastikan unjuran keuntungan mencapai sasarannya.

"Pemaju hartanah adalah entiti berorientasikan keuntungan, bukannya untuk kerja-kerja amal," katanya kepada FMT hari ini.

Chang berkata, adalah tidak bermakna untuk memberi diskaun kepada satu kaum tertentu dengan mengorbankan orang lain, apabila semua pembeli mempunyai kriteria pendapatan isi rumah yang sama.

Beliau berkata, HBA membantah tindakan memihak kepada mana-mana kaum dalam skim perumahan mampu milik, rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana.

"Sesiapa sahaja yang layak perlu mendapatkan sebuah rumah, jika kedudukan kewangannya mengizinkan," katanya.

Chang turut menggesa kerajaan negeri Selangor memastikan tiada pemaju perumahan mengambil kesempatan untuk meningkatkan keuntungan mereka pada margin sama.

Beliau berkata, sektor hartanah sudah lama dianggap sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi dan ia tidak patut dihalang dasar ketinggalan zaman seperti diskaun Bumiputera.

Nanyang Siang Pau memetik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Kim berkata, diskaun itu akan dibatalkan menerusi pelaksanaan garis panduan pembangunan perumahan baharu mulai Khamis ini.

Exco Selangor itu berkata, di bawah garis panduan perumahan mampu milik, harga tertinggi untuk pangsapuri perkhidmatan ialah RM270,000 manakala Soho dan Sovo pula berharga RM230,000 setiap unit.

Bill Kayong: Polis, Interpol kerjasama buru ‘Datuk’

Posted: 29 Aug 2016 07:14 AM PDT

| August 29, 2016


Polis menunggu maklumat Interpol berhubung lokasi terkini Datuk itu yang kali terakhir dikesan berada di Singapura pada 3 Julai lepas ketika dalam perjalanan menuju ke Australia.


Sarawak-CID-chief-SAC-Dev-Kumar


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan lokasi lelaki bergelar 'Datuk' yang disyaki dalang utama pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong pada Jun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pihaknya sedang menunggu maklumat daripada Interpol berhubung lokasi terkini Datuk berusia 45 tahun itu yang kali terakhir dikesan berada di Singapura pada 3 Julai lepas ketika lelaki itu dalam perjalanan menuju ke Australia.

"Polis masih berhubung dengan pihak Interpol bagi mengesan lokasi terkini suspek dan setakat ini, kami masih belum terima apa-apa maklumat," katanya.

Ditanya sama ada polis akan mengekstradisi suspek, beliau berkata pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berikutan lokasi suspek masih belum dikenal pasti.

Dalam perkembangan sama, Dev berkata pihaknya dalam proses membatalkan lesen 7 senjata api yang dimiliki lelaki berkenaan.

"Semua senjata api milik suspek mempunyai lesen yang sah dan kami kini dalam proses untuk membatalkannya," katanya.

Dalam satu serbuan di kediaman lelaki itu di Miri, Sarawak Khamis lepas (24 Ogos), polis menemukan dan merampas 7 senjata api dan lebih 600 butir peluru.

Dua pistol yang dirampas itu dimiliki lelaki berkenaan untuk keselamatan diri dan lesen dikeluarkan oleh polis, manakala 5 senapang patah untuk digunakan polis bantuan dengan lesen dikeluarkan Pejabat Daerah Miri.

Senjata api yang dirampas adalah sepucuk pistol jenama Glock, sepucuk rifle jenama Ruger Ranch Rifle .223 dan 5 senapang patah.

Peluru yang dirampas termasuklah 416 butir peluru pistol, 206 peluru senapang patah dan sebutir peluru GFL 9MM Luger.

Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, ditembak mati dalam Toyota Hilux kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun, di persimpangan lampu isyarat di Lutong dekat pasar raya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu.

PRM tahan Tan Sri, pengerusi syarikat bank

Posted: 29 Aug 2016 07:10 AM PDT

 
SPRM turut membekukan akaun bank individu itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta.


azam-baki-sprm


KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta dibekukan.
"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya.

Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga dari bank berkenaan ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, 3 penjawat awam, 2 daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik ketua pesuruhjaya pada 1 Ogos.

Anak muda menganggur, satu sorotan global

Posted: 29 Aug 2016 07:04 AM PDT

rencana_anakmudamenganggur

Oleh Ahmad Salami


Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan bahawa kadar pengangguran belia global dijangka mencecah 13.1 % pada tahun 2016 dan kekal pada tahap itu sehingga 2017. Peratusan ini meningkat berbanding 12.9 % pada tahun 2015. ILO merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menangani isu-isu buruh.

Berdasarkan laporan 48 muka surat 'World Employment and Social Outlook 2016, Trends for Youth' yang dikeluarkan oleh ILO pada 24 Ogos 2016 menunjukkan bilangan belia global yang menganggur dijangka meningkat sehingga setengah juta orang tahun ini iaitu mencapai 71 juta, peningkatan yang pertama seumpamanya dalam masa 3 tahun.

Lebih membimbangkan adalah bahagian dan bilangan anak muda ini selalunya di negara-negara yang dikategorikan 'emerging country' (negara pesat) dan 'developing country' (negara membangun), hidup dalam kemiskinan melampau atau sederhana walaupun mempunyai pekerjaan. Angka direkodkan adalah 156 juta atau 37.7 % daripada belia yang bekerja, hidup dalam kemiskinan melampau atau sederhana. Ia berbeza berbanding dengan 26 % daripada orang dewasa yang bekerja.

'Kadar kemiskinan yang bekerja' (working poverty rate) ditakrifkan sebagai bahagian bagi populasi bekerja dalam kemiskinan melampau atau sederhana, sebagai contoh pendapatan atau penggunaan per kapita kurang daripada USD 3.10 (lebih kurang RM12.50) setiap hari. Belia ditakrifkan sebagai berumur antara 15-24 tahun.

"Peningkatan mengejutkan dalam pengangguran belia membimbangkan bagi anak muda yang bekerja tetapi masih hidup dalam kemiskinan. Ia suatu kesukaran untuk mencapai matlamat global untuk menghapuskan kemiskinan menjelang 2030. Melainkan jika kita melipatgandakan usaha kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kerja yang bersesuaian. Kajian ini juga menggariskan jurang perbezaan yang luas antara golongan wanita dan lelaki dalam pasaran buruh yang perlu ditangani oleh ahli ILO dan rakan-rakan sosial dengan segera," kata Deborah Greenfield, Timbalan Ketua Pengarah Dasar ILO.

Peluang yang tidak sama rata

Di sebahagian petunjuk pasaran buruh, jurang perbezaan meluas ini wujud antara wanita dan lelaki, menjadi asas dan menyumbang kepada jurang yang lebih luas semasa peralihan ke alam dewasa. Pada 2016, misalnya, kadar penyertaan tenaga buruh untuk lelaki muda berada pada 53.9 % berbanding 37.3 % bagi wanita muda, menunjukkan perbezaan jurang sebanyak 16.6 mata peratusan.

Cabaran ini bertambah buruk di Asia Selatan, Negara Arab dan Afrika Utara, di mana kadar keterlibatan belia wanita masing-masing 32.9, 32.3 dan 30.2 mata peratusan. Ia lebih rendah berbanding dengan belia lelaki pada 2016.

Peningkatan pengangguran didorong oleh kelembapan dalam ekonomi pesat

Pertumbuhan ekonomi global pada 2016 dianggarkan berdiri pada 3.2 peratus, 0.4 peratus mata lebih rendah daripada angka yang diramalkan pada akhir 2015.

"Ini didorong oleh kemelesetan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan di beberapa negara pesat membangun (emerging countries) pengeksport komoditi dan pertumbuhan tidak berkembang di beberapa negara maju (developed countries). Peningkatan kadar pengangguran belia terutamanya ditandai di negara-negara pesat membangun," kata Steven Tobin, Ahli Ekonomi Kanan ILO dan ketua penulis laporan ini."

Di negara-negara pesat ini, kadar pengangguran dianggarkan akan meningkat daripada 13.3 % (52.9 juta) pada 2015 kepada 13.7 % (53.5 juta) pada tahun 2017. Di Amerika Latin dan Caribbean sebagai contoh, kadar pengangguran dijangkakan meningkat daripada 15.7 % pada 2015 kepada 17.1 % pada tahun 2017; di Asia Barat dan Tengah, daripada 16.6 % kepada 17.5 %; di Asia Tenggara dan Pasifik, daripada 12.4 % kepada 13.6 %.

Pekerjaan berkualiti rendah yang tidak seimbang terus mempengaruhi belia. Walaupun dengan perbezaan serantau yang besar. Sebagai contoh, Sub Sahara Afrika terus mengalami kadar kemiskinan belia bekerja tertinggi di peringkat global yang mana hampir 70%. Kadar kemiskinan bekerja di kalangan orang muda juga tinggi di negara Arab (39 %) dan Asia Selatan (49%).

Di negara maju pula, terdapat bukti pertumbuhan dalam taburan umur kemiskinan yang mana belia mengambil tempat golongan lebih tua bagi kumpulan yang berada pada risiko kemiskinan tertinggi (ditakrifkan bagi ekonomi maju berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan median). Sebagai contoh pada tahun 2014, bahagian bagi pekerja muda dalam EU-28 dikategorikan sebagai berada pada risiko kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak 12.9% berbanding 9.6% daripada pekerja umur perdana (umur 25-54). Cabaran yang dihadapi adalah meruncing di beberapa negara di mana berada dalam risiko kemiskinan bagi pekerja muda iaitu melebihi 20%.

Migrasi

Antara banyak sebab untuk berhijrah atau migrasi sebagai contoh kebiasaan; konflik bersenjata, bencana alam, dan lain-lain, kadar pengangguran yang tinggi, kecenderungan meningkat bagi miskin bekerja dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti adalah faktor utama membentuk keputusan belia ini untuk berhijrah ke luar negara secara kekal atau sebagai penduduk tetap.

Di peringkat global, bahagian anak muda berusia antara 15 hingga 29 tahun yang sanggup untuk berhijrah secara tetap ke negara lain berada pada kadar 20 peratus pada tahun 2015. Kecenderungan tertinggi untuk migrasi ke luar negara pada kadar 38 peratus adalah dalam sub-Sahara Afrika dan Amerika Latin serta Caribbean, diikuti oleh Eropah Timur pada 37 peratus. – Roketkini.com

*Ahmad Salami adalah alumni Sekolah Demokrasi


Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'

Posted: 29 Aug 2016 06:53 AM PDT

MALAYSIA DATELINE

Adun Salor Datuk Husam MusaAdun Salor Datuk Husam Musa


Masih ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!, begitulah sanjungan Adun Salor, Datuk Husam Musa kepada mahasiswa yang berjaya menjayakan himpunan #TangkapMO1 Sabtu lalu.

"Ogos 2016, anak-anak pelajar sudah pandai menuntut beliau ditangkap!

"Jenayah mengatur penyelewengan wang negara sebesar gunung untuk diri, keluarga, kroni, orang dan syarikat asing yang tidak ada mengena dengan negara ini semakin jelas.

"Malaysia bernasib baik kerana ada lagi mahasiswa yang 'masih hidup'.

"Ada 'tulang belakang' dan 'air muka'. Bravo!

"Mereka ada hak untuk menggerakkan tangkapan ke atas penjenayah negara. Penjenayah kepada masa depan mereka semua.

"Tahniah mahasiswa Malaysia! Dan syukur," kata beliau dalam satu kenyataan khas menghargai para pelajar terbabit.

Menurutnya, sehari selepas acara mahasiswa Malaysia menangkap MO1 di KL, seluruh dunia melaporkan aksi itu.

"Antara lain pusat-pusat utama dunia membuat fokus berikut:
BBC : Malaysia protest against PM Najib Razak draw thousands

The Star.com Toronto : Malaysian Students Rally Demands Arrest of PM Najib Razak Over Fraud Allegations

Reuters : Malaysian Student Protesters Demand 1MDB Arrest

Aljazeera : Hundreds of Malaysian Protesters Call For 1MDB Arrest

Asian Correspondent : Malaysian Students Lead Mass Protest Demanding 1MDB Arrest

Today Online Australia : Students Plan Protest To Call For 1MDB-linked Arrest

Malunya negara kita," catat beliau.

Beliau menzahirkan kehairanan dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadapi situasi ini

"Anda Najib, bagaimana?!," soalnya.

Jika anda bukan MO1 katanya, kenapa anda sebagai PM yang berkuasa tidak bertindak menangkap dan menghukum MO1?

"MO1 ada anak tiri yang bernama sekian.

"MO1 terlibat dalam 1MDB sebagai kuasa tertinggi.

"MO1 adalah pemimpin paling berkuasa dalam negara ini.

"MO1 mempunyai akaun peribadi dengan wang sebesar gunung berpunca dari 1MDB.

"Sifat dan ciri MO1 jelas," katanya.

Beliau mengingatkan Najib, mahasiswa itu semua bukan begitu dungu tidak mengenal siapa MO1?
"Anda MO1, anda masih enggan meletakkan jawatan?

"MO1 tetap akan memburu anda.

"Jawatan bukan milik mutlak anda.

"Maruah sepatutnya milik anda yang lebih berharga dari jawatan anda dan milik orang yang bermaruah," katanya.

Bagi Husam, Perdana Menteri hanya ada dua pilihan.

"Anda menangkap MO1 atau anda meletakkan jawatan.

"Mahasiswa, saya percaya, akan terus mara !!!," katanya.

Selepas Sarawak berjaya, Terengganu diajak tuntut hak yang sama

Posted: 29 Aug 2016 06:44 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.Dr Syed Azman, Adun Batu Burok, Terengganu.Berikutan kejayaan kerajaan negeri Sarawak dalam pelbagai tuntutan terhadap kerajaan Pusat, rakyat Terengganu juga diajak membuat tuntutan yang sama.

Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam satu kenyataannya berkata, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjaya dalam tuntutan tujuh perkaranya setelah 'membekukan' operasi Petronas di Sarawak.

"Malunya rakyat Terengganu," kata Syed Azman dalam satu kenyataannya.

Menurut beliau, setelah memberi sumbangan hasil minyak dan gas kepada kerajaan Persekutuan hampir 50 tahun yang bernilai berbilion juta kini semua telaga minyak yg terletak di perairan Terengganu bukan lagi milik 'sah' kerajan Terengganu.

"Kerajaan Terengganu kini tiada sebarang hak!" dakwa beliau dalam kenyataan itu.

Katanya, royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak berpuluh tahun kini hanya sebagai 'Ihsan' dan 'dana khas' dari kerajaan Persekutuan.

"Royalti minyak sudah terbatal," katanya.

Bagi beliau, Terengganu kini tiada sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak dan gas yang terletak diperairan negeri tersebut.

Telaga minyak BERTAM yang di temui baru-baru ini dan sah terletak diperairan negeri Terengganu kini di'serah' sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang.

Beliau meminta rakyat negeri itu bandingkan apa yang dicapai oleh kerajaan Sarawak kini.

Petronas dan kerajaan Sarawak mencapai persetujuan dalam 7 perkara selepas pertemuan diadakan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ia ekoran kemelut tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri beku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.

Antara yang diperolehi Sarawak selepas itu adalah:

1. Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

2. 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petro­nas perlu berunding­ dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

3. Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

4. Petronas juga komited menyokong dua industri petroki­mia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain dengan kerajaan negeri ini.

5. Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri

6. menerima pelan kerja Petronas untuk me­ningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

7. Tuntutan kerajaan negeri memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Terengganu bangkit dari tidur lena selepas hak mereka dirampas.

Balu PI Bala gagal tuntut RM840 ribu dari Najib dan lain-lain

Posted: 29 Aug 2016 06:41 AM PDT

 
 
Istana kehakimanIstana kehakiman


Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman sivil yang difailkan oleh balu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam terhadap Deepak Jaikishan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan panel lima hakim dengan sebulat suara membenarkan rayuan Jaikishan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan saman itu dan memerintahkan kes saman itu didengar oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau memberi jawapan tidak kepada satu persoalan undang-undang. Persoalan itu ialah sama ada pemfailan notis rayuan tunggal berkaitan lapan permohonan interlokutori yang berasingan dan berlainan adalah mematuhi kaedah-kaedah prosedur seperti termaktub di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah Rayuan 1995.

Mahkamah turut disidangi oleh Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Datuk Balia Yusof Wahi.

Pada 18 Dis, tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan memihak kepada A. Santamil Selvi untuk mengekalkan saman sivil terhadap Jaikishan dan untuk beliau meneruskan saman atas sifat peribadinya dan bukan bagi pihak suaminya.

Jaikishan ialah seorang daripada sembilan defendan yang disaman oleh Santamil Selvi dan anak-anaknya berhubung tuntutan bagi kerugian yang ditanggung sepanjang berada di luar negara selama 56 bulan dari 4 Julai 2008 hingga 15 Mac 2013 apabila Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung selepas kembali dari India.

Yang lain ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dua adik (Najib), Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya Sunils, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arunampalam.

Pada 24 April tahun lepas, Santamil Selvi dan anak-anaknya gagal dalam usaha akhir di Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan saman sivil mereka terhadap lapan daripada mereka, yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam kenyataan tuntutan, beliau berkata suaminya dipaksa menarik balik Akuan Berkanun pertama yang dibuat pada 1 Julai 2008, berkaitan fakta-fakta tertentu dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Santamil Selvi dan anak-anaknya memohon ganti rugi berjumlah hingga RM840, 000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah anak-anaknya dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.

Pada 4 Mei, tahun ini, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Jaikishan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai tiga persoalan undang-undang.

Tiada penutupan sekolah akibat jerebu

Posted: 29 Aug 2016 06:37 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan nafi mengeluarkan kenyataan media penutupan sekolah di beberapa negeri esok berikutan jerebu.
 
Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kenyataan media disebarkan menerusi Facebook menggunakan logo Kementerian Pendidikan itu adalah palsu.
 
"Saya menafikan bahawa kementerian mengeluarkan kenyataan media itu," katanya mengulas laporan itu dalam Facebook rasminya, hari ini.
 
Mengikut kenyataan media palsu berkenaan, semua sekolah di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak ditutup esok.
 
 
 
Ini kononnya berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 101 hingga 200 tidak sihat dan IPU 201 hingga 300 sangat tidak sihat.
 
 

Video bapa ADUN DAP minta 'wang untuk perumahan rakyat' kini viral

Posted: 29 Aug 2016 06:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic


GEORGE TOWN: Sebuah klip video yang menunjukkan bapa kepada seorang ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Pinang didakwa meminta rasuah daripada mereka yang mahu mendapatkan rumah kos rendah telah muncul di media sosial.

Video itu, yang menunjukkan bapa kepada ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim, disiarkan di sebuah blog pada Ahad.

"Kami mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku.
"Bila perkara ini berlaku? Bila rundingan antara kedua-dua pihak berlaku?" kata pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong pada sidang akhbar, Isnin.

Siew Khim bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa ayahnya meminta rasuah, dengan mendakwa serangan itu tidak berasas.

"Terdapat sebuah klip video yang tersebar di media sosial menuduh bapa saya meminta wang daripada pengadu yang mahu mendapatkan rumah kos sederhana rendah.

"Nama saya disebut kerana menyalahgunakan kuasa.

"Saya ingin menegaskan bahawa bapa saya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang. Begitu juga saya.

"Serangan Gerakan adalah tidak berasas dan tiada asas," katanya, membaca satu kenyataan pada sidang media di pusat khidmatnya di Jelutong.

Beliau mengesahkan lelaki dalam video itu ayahnya tetapi berkata dia tidak meminta rasuah.

Beliau mendakwa tuduhan terhadap ayahnya disebabkan oleh pemimpin Gerakan sedang berusaha untuk mendapatkan kawasan Sungai Pinang.

"Oh Tong Keong mencuba sedaya upaya untuk memainkan isu ini.

"Saya nasihatkan mangsa buat laporan polis jika terdapat sebarang usaha untuk mendapatkan wang daripada mereka bagi mendapatkan perumahan kerajaan,dan pihak polis digesa untuk menyiasat," katanya.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow juga mengesahkan lelaki dalam video itu adalah bapa Siew Khim.

Enggan mengulas lanjut, Kon Yeow berkata apa yang didengarinya adalah bapa Sie Khim telah mengambil wang daripada beberapa 'pelanggan', tetapi mengembalikannya selepas gagal mendapatkan rumah kos rendah untuk mereka.

Kon Yeow berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Simpang Ampat di sini pada Isnin.


Kes seleweng RM15 juta: Jeneral bersara beri keterangan

Posted: 29 Aug 2016 06:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Seorang jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan melibatkan dana RM15 juta.
 
Sumber memberitahu The Star bahawa lelaki berusia 65 tahun itu hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya.
 
"Dia disoal siasat pegawai SPRM di sana.
 
"SPRM akan memutuskan sama ada tangkapan perlu dilakukan," kata jurucakap SPRM pada Isnin.
 
Terdahulu, The Star melaporkan individu kedua dari institusi kewangan itu dipanggil SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan tersebut.
 
Pada Khamis lalu, pengarah urusan bank tersebut berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain.
 
SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.
 
Ia membawa kepada penahanan enam suspek setakat ini.
 
Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.
 
Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.
 
 

BUKU APA KOSNYA SAMPAI RM15 JUTA?

Posted: 29 Aug 2016 12:32 AM PDT

shahbudindotcom


 
 
Sehingga ini enam orang sedang ditahan reman untuk disoal siasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dana sebanyak RM15 juta melibatkan sebuah bank berkaitan kerajaan untuk menerbitkan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

Selain pengarah urusan bank berkenaan bersama lima yang lain daripada syarikat penerbitan dan syarikat proksi sudah ditahan reman sejak minggu lalu, pengerusi bank yang merupakan bekas jenderal juga turut disoal siasat.
 
 
 
 
Seiring dengan soal siasat itu, SPRM juga merampas sebuah rumah teres, sebuah Rolls Royce, Ferrari, Toyota dan dua buah motorsikal. Sebelum itu, wang tunai berjumlah RM30 ribu dan enam utas jam tangan berharga RM20 ribu setiap satu juga  dirampas serta beberapa akaun bank bernilai hampir RM10 juta telah dibekukan.

Selain disiasat berhubung penerbitan buku, pengarah urusan dan pengerusi bank berkaitan kerajaan itu juga dipercayai disoal siasat berhubung projek naik taraf sistem perbankan yang bernilai ratusan juta ringgit.

Jika kita mengecilkan skop pencarian, sebenarnya tidaklah sukar mengenalpasti bank, pengarah urusan dan pengerusi yang sedang disoal siasat itu kerana hanya ada beberapa buah bank berkaitan kerajaan saja yang ada di negara ini.
 
 
 
 
Bank terbabit juga sebelum ini pernah menjadi isu nasional sehingga kepada perdebatan di Parlimen berikutan pemberian keistimewaan pinjaman kepada seorang  ahli perniagaan kontroversi.

Disoal siasat berkaitan projek menaik taraf sistem bank mungkin tidak berapa mengejutkan kita, tetapi yang paling menghairankan ialah mengenai penerbitan sebuah buku melibatkan tokoh pemimpin negara yang menelan kos RM15 juta.

Bekas pemimpin negara yang mahu dibukukan kisahnya itu dipercayai pernah memerintah negara suatu ketika dahulu, tetapi anaknya kini masih berada dalam pentadbiran kerajaan.

Buku bagaimana dan seperti apa sehingga menelan kos sampai RM15 juta?

Apakah buku tersebut ditulis dengan tulisan bersalut emas sehingga kosnya begitu mahal?
 
 
 
 
Apakah wang RM15 juta itu benar-benar untuk menerbitkan buku atau ia tidak lebih merupakan suatu komplot terancang untuk menggelapkan wang bank yang kemudian diagih-agihkan sesama sendiri ibarat penyamun membahagi-bahagikan hasil samunan mereka?

Seorang penulis dan penerbit buku yang pro UMNO dan kerajaan secara bergurau memberitahu, jika beliau diberikan RM15 juta, beliau bahkan mampu menulis dan menerbitkan buku mengenai setiap menteri-menteri dalam kabinet yang ada sekarang. 

Harga sebuah buku nampaknya lebih mahal daripada kos buat bangunan lima enam tingkat. 
 
 
 

Beli unit Soho di Selangor tiada lagi diskaun Bumiputera

Posted: 29 Aug 2016 12:08 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Bumiputera yang membeli pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo di Selangor tidak akan menikmati potongan harga 10% lagi, susulan pelaksanaan garis panduan pembangunan perumahan baru oleh kerajaan negeri itu mulai Khamis ini.
 
Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang dipetik Nanyang Siang Pau berkata, kuota 30% peruntukan rumah untuk Bumiputera akan dikekalkan.
 
Pada masa sama, katanya, kelulusan untuk membina pangsapuri perkhidmatan, Soho dan Sovo yang dibekukan sejak 1 Januari lalu dibatalkan, tetapi harga bagi tiga jenis hartanah itu akan ditetapkan kerajaan negeri.
 
"Di bawah garis panduan perumahan mampu milik, harga tertinggi untuk pangsapuri perkhidmatan ialah RM270,000 di kawasan A, manakala RM250,000 untuk kawasan B.
 
"Soho dan Sovo pula berharga RM230,000 setiap unit. Perumahan mampu milik ini terbuka kepada golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum," katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.
 
Beliau berkata, pendapatan isi rumah pemohon juga dinaikkan daripada RM8,000 sebelum ini kepada tidak lebih RM15,000.
 
"Bagaimanapun, pembeli dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000 akan didahulukan. Jika mereka gagal mendapatkan pinjaman, baru ia akan dibuka kepada keluarga berpendapatan lebih RM10,000," katanya.
 
Beliau berkata, butiran lanjut mengenai garis panduan pembangunan perumahan baru itu yang diluluskan mesyuarat exco dua minggu lalu akan diumumkan 1 September ini.
 
"Kerajaan Selangor sudah berbincang dengan persatuan pemaju perumahan negeri dan mengkaji cadangan dikemukakan mereka sebelum memperkenalkan garis panduan baru ini.
 
"Kami percaya semua pihak akan berpuas hati dengannya, termasuk kerajaan negeri, pembeli dan pemaju perumahan," katanya

PAS terus berharap wakil rakyat Islam sokong Akta 355

Posted: 29 Aug 2016 12:08 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
SHAH ALAM: Tinggal lebih kurang sebulan setengah untuk usul Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta 355 Mahkamah Syariah dibahaskan di Parlimen.
PAS masih mengharapkan sokongan wakil rakyat yang beragama Islam untuk menyokong usul yang dibawa oleh presidennya Datuk Seri Abd Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat Mei lalu.
Menurut Pengarah Penerangan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Najhan Halim, usaha memartabatkan dan meninggikan ajaran Islam adalah tanggungjawab agama bagi setiap orang yang beriman.
"Sememangnya setiap perkara yang baik itu terdapat halangannya seperti mana Usul Pindaan RUU Akta 355 ini yang turut mendapat tentangan daripada beberapa pihak khasnya dari segelintir kalangan golongan bukan Islam dan sebahagian orang Islam sendiri. 
"Namun, sebagai umat Islam yang berprinsip, janganlah kita terdorong dengan mereka yang jahil dan tidak beriman. 
"Sikap dan pendirian kita orang yang beriman hendaklah berpandukan kepada petunjuk Ilahi iaitu apabila melibatkan perkara prinsip dasar agama, maka kita mestilah berpihak kepada agama," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah usul ini perlu dilihat untuk menjadikan Mahkamah Syariah sebagai salah satu institusi penting Islam yang menjadi tempat mendapatkan keadilan yang perlu dipertingkat dan dipinda supaya sesuai dengan keperluan semasa.
"Usul meminda Akta 355 ini seharus dan sewajibnya tidak dilihat sebagai polemik politik atau kepartian kerana ia adalah berkait langsung dengan hal ehwal umat Islam. 
"Dengan pindaan ini, Mahkamah Syariah akan bertambah kemampuannya dan keefektifannya dalam menangani isu perundangan umat Islam dan juga berupaya memberi keadilan yang sepatutnya kepada pihak yang menuntut hak mereka," ujar beliau lagi.
Hadi memohon menangguhkan usul meminda Akta 355 walaupun rang undang-undang persendirian itu diberikan keutamaan untuk dibahaskan pada sidang Parlimen Mei lalu.
Hadi memohon usul itu ditangguhkan ke sesi akan datang dan ia diluluskan oleh Speaker Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata RUU untuk meminda Akta 355 yang bertujuan membuka ruang kepada pelaksaan hudud di Kelantan ditangguhkan bagi memberi peluang 'masa' kepada ahli Parlimen.

Peserta kayuhan meninggal dunia

Posted: 28 Aug 2016 11:57 PM PDT

Peserta kayuhan meninggal dunia
Allahyarham Muhamad Zukhi. -Foto Facebook Romeo Bravo
 
 
BAGAN DATOH - Seorang peserta program Bagan Datoh Merdeka Mountain Bike Challenge, meninggal dunia ketika mengayuh basikal berhampiran Jalan Baru Kampung Tebuk Semani, pagi tadi.

Mangsa Muhamad Zukhi Zakaria, 58, dari No 10. Lorong Berembang Dua, RPA Simpang Empat, Perlis dikatakan terbabas ketika menghampiri check point ketiga pertandingan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, mangsa sedang mengayuh basikal daripada garisan permulaan.

"Mangsa kemudiannya terbabas sendiri ketika berada dari jarak dua kilometer sebelum check point ketiga kayuhan berkenaan.

"Muhamad Zukhi dikatakan telah mengayuh basikal selama dua jam 15 minit dengan jarak lebih kurang 27 kilometer daripada jarak keseluruhan kayuhan," katanya.

Difahamkan semua peserta program Bagan Datoh Merdeka Mountain Bike Challenge perlu menghabiskan kayuhan sejauh 53 kilometer.

Menurut Wan Hassan, waris mangsa sudah dihubungi dan dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.


'Pendrive' TMJ: Saya tak akan lindungi sesiapa

Posted: 28 Aug 2016 11:54 PM PDT

SINAR HARIAN
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy‎ Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya didapati ada ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Khairy berkata, ketika ini beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isi kandungan pemacu pena yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat lepas.

"Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut... secepat mungkin.

"Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan pemacu pena tersebut. Saya akan maklumkan kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah saya kaji isi kandungan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama atlet paralimpik negara di sini hari ini.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya. - Bernama


Raja Kamarul: Kenapa agamawan, ulama membisu?

Posted: 28 Aug 2016 11:36 PM PDT

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Raja Kamarul Bahrin Shah


SHAH ALAM – Agamawan dan ulama diminta tidak hanya 'membisu' ketika anak muda sudah memulakan langkah menyuarakan keluhan terhadap isu yang melanda negara.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia sepatutnya sebahagian peranan dan tanggungjawab ulama dalam menentang kemungkaran yang berlaku di dalam negara ini.

"Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang menghadapi pelbagai dugaan pemotongan bantuan murid miskin dari RM200 juta sehingga tinggal hanya RM10 juta sahaja yang diluluskan di Parlimen, pemotongan biasiswa, tuntutan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan peningkatan kos sara hidup.

"Ayah dan emak mereka pula dikenakan GST, kenaikan harga minyak serta elektrik dan kejatuhan nilai ringgit yang membebankan tanggungan anak-anak yang belajar di luar negara. Setelah susah payah mendapat ijazah mereka bergelut pula membayar hutang PTPTN dan itu pun kalau bernasib baik mendapat pekerjaan. Itulah nasib yang menimpa anak muda hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Kamarul turut membidas sikap membisu agamawan apabila seorang mufti dikritik kerana cuba bersuara atas isu panas yang melanda negara.

Menurut Raja Kamarul, agamawan dan ulama bukan hanya 'menutup sebelah mata' atas isu tersebut malah turut menutup kedua belah mata apabila melihat mufti tersebut dikritik.

"Kalau anak muda telah bersuara, kenapa para agamawan telah 'bersara' dari menjalankan tanggungjawab mereka ? Ramai anak muda yang menaruh harapan yang tinggi untuk para ulama menjadi penyelamat Ummah. Ramai yang sayang kepada para ulama dan agamawan yang makin sering mengecewakan rakyat.

"Semua orang yang memegang tugas mesti menjalankan tanggungjawab mereka seperti kami bersuara di Parlimen. Ahli politik pembangkang telah bersuara, anak muda telah bersuara... bagaimana yang belum bersuara?," soalnya.


Comments (0)