Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:14 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kanak-kanak 3 tahun pula alami‎ difteria

Posted: 24 Aug 2016 07:53 AM PDT

SINAR HARIAN
Difteria
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Satu kes difteria melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri‎ Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak itu tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati.

"Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah sejak 13 Ogos lalu. Pesakit dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas (18 Ogos) kerana sesak nafas dan terus dimasukkan ke Unit

Rawatan Rapi untuk rawatan dan pengawasan rapi.

"Ujian kultur swab tekak pesakit ini didapati positif bakteria Corynebacterium difteria. Pesakit telah menerima rawatan antitoksin dan kini masih diberi rawatan antibiotik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setakat ini, kesemua 14 kontak terdekat kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat termasuk tiga daripada mereka tinggal serumah dengan pesakit dan 11 lagi di rumah pengasuh, namun status imunisasi kesemua kontak adalah tidak lengkap dan pemantauan ke atas mereka masih diteruskan.

Noor Hisham berkata bilangan kes disahkan difteria di Malaysia setakat ini, meningkat kepada 27 kes termasuk lima kematian iaitu sembilan kes di Kedah dengan satu kematian, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sabah dengan tiga kematian, tiga kes di Melaka dengan satu kematian, dua kes di Pulau Pinang dan satu kes terbaru di Selangor.

Beliau menegaskan bahawa istilah vaksin homeopati tidak diiktiraf oleh badan-badan homeopati antarabangsa termasuklah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.

"Malah, badan-badan ini menyokong pemberian vaksin konvensional sebagai satu cara yang berkesan dan selamat bagi melindungi daripada penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya.

"Vaksin sedia ada telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian saintifik berskala besar sebelum ia digunakan ke atas manusia," katanya.   

Justeru, beliau menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun diberikan imunisasi.

Pastikan mereka mendapat imunisasi lengkap untuk keberkesanan optima bagi mengelak jangkitan penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya, kata beliau. - Bernama


Mana ada nak bertunang dengan Shahir - Erra Fazira

Posted: 24 Aug 2016 07:39 AM PDT



Pelakon popular, Erra Fazira mengakui dia kali terakhir bertemu dengan lelaki yang dikaitkan bakal menjadi tunangannya iaitu penyanyi Shahir setahun yang lalu.

Justeru, Erra, 42, pelik dengan berita bahawa dia dan juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu bakal bertunang dalam masa terdekat ini.

Malah menegaskan dia kini masih solo dan status dirinya kini boleh diibaratkan tidak terikat dan juga tidak terbuka dengan mana-mana lelaki.

"Mana ada kami nak bertunang? Saya pun tidak tahu macam mana berita itu timbul. Cerita yang tidak kecoh kata saya nak bertunang sebelum ini bukan keluar dari mulut saya pun.

"Tapi saya mengaku kami dalam fasa saling mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami banyak di whatsapp dan kali terakhir bertemu setahun yang lalu.

"Saya ni jenis mana keluar rumah kalau tidak ada benda yang penting," katanya.

Erra ditemui pihak media selepas pelancaran pelancaran minyak wangi miliknya iaitu Lovable dan Forget Me Not di Hotel Royal Chulan di sini hari ini.

Ramadan lalu, Erra akhirnya dikatakan membuat pengakuan dia sedang menjalin hubungan istimewa Shahir, 28.

Erra sebelum itu menafikan dakwaan kononnya juara Akademi Fantasia musim kelapan itu merancang mahu meminang dirinya dan tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Memetik laporan sebuah portal, Erra meluahkan tentang isi hatinya yang pernah mencari lelaki yang lebih berusia kerana kematangan.

Bagaimanapun ibu tunggal anak satu itu mengakui dia sukar untuk menolak cinta Shahir.

Namun jelas Erra, tiada apa yang boleh diulaskan lagi kerana mereka masih di peringkat awal dan saling mengenali antara satu sama lain.

Erra pernah berkahwin dengan Yusry KRU pada tahun 2003 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kemudian, Erra mendirikan rumah tangga kedua kalinya dengan Engku Emran pada tahun 2007, namun rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2014.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata sulung perempuan bernama Engku Aleesya, yang kini berusia tujuh tahun.– MalaysiaGazette


Insiden pelajar MCKK keracunan, Anwar minta kaji seluruh aspek kebersihan

Posted: 24 Aug 2016 07:30 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebagai institusi pengajian ulung di negara harus mengkaji semula semua aspek termasuk isu kebersihan serta pengendalian kantin untuk memastikan insiden 56 pelajar yang mengalami masalah keracunan makanan tidak berulang.

Insiden itu mendapat perhatian saudara Anwar Ibrahim yang merupakan bekas pelajar MCKK dan berharap kejadian itu dapat perhatian dan tindakan sewajarnya sebagaimana saranan beliau tersebut.

anwar1


"Saya doakan para pelajar cepat sembuh," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam kenyataan, pagi ini.

Dilaporkan tiga daripada keseluruhan pelajar terbabit dirujuk kepada Hospital Kuala Kangsar semalam.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Juita Ghazali, antara faktor menyebabkan berlaku keracunan adalah disebabkan penggunaan perkakas yang kotor semasa menyediakan makanan.

Siasatan awal mendapati perkakasan seperti dulang, penapis air, mangkuk dan pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.

Malah, menurutnya, van yang digunakan untuk mengangkut makanan dari dapur ke dewan makan juga didapati dalam keadaan kotor.

Kondo RM1.5j Untuk Chong Wei

Posted: 24 Aug 2016 07:18 AM PDT


Ganjaran buat jaduh negara. Eng Wei Chun bergambar bersama model kondominium Lavile Kuala Lumpur yang bakal menjadi kediaman buat Lee Chong Wei dan keluarganya sebaik sahaja ia siap dibina pada 2020.
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa hari sebelum berangkat ke Olimpok Rio, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkunjung ke bilik pameran di Cheras untuk meninjau peluang pelaburan dalam kediaman kondominium.

Sekarang, pemaju hartanah yang ditemui Chong Wei, Orando Holdings mahu menghadiahkan sebuah unit bernilai RM1.5 juta kepada pemain badminton berusia 32 tahun itu di atas sumbangannya kepada sukan negara.

Unit kediaman yang berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik tidur itu merupakan kondominium eksklusif Laville yang dirancang di Taman Maluri, dengan lokasinya menghadap Kuala Lumpur City Centre dan dilengkapi perabot.

"Pada masa ini, kita tidak mempunyai gelanggang badminton di kondominium. Mungkin kita akan minta arkitek untuk membina sekurang-kurangnya satu gelanggang yang kita boleh namakan sempena Datuk Lee Chong Wei," kata Pengarah Urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun.

Wei Chun berkata, Chong Wei telah menunjukkan minatnya untuk membeli unit berkenaan sebelum terbang ke Brazil, sambil menambah bahawa beliau sebelum itu telah pun berhasrat untuk memberikan satu unit kepada pemain badminton itu.

"Saya secara sukarela melakukannya. Saya tunggu sehingga dia habis bermain di Olimpik dan beritahunya kemudian.

"Saya mahu berikan kejutan. Dia telah banyak menyumbang untuk negara," kata Wei Chun sambil menambah bahawa beliau berharap ia dapat menggalakkan lebih ramai golongan muda di negara ini untuk berjaya dalam bidang sukan.

Ditanya mengapa Chong Wei hanya seorang sahaja penerima pingat Olimpik negara yang menerima sebuah unit percuma daripada Orando, Wei Chun berkata, ia kerana Chong Wei merupakan wajah kontinjen Malaysia di temasya sukan antarabangsa dan pembeli yang berminat dengan hartanah itu.

"Akan ada peluang lain untuk penerima pingat Olimpik akan datang. Saya melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat.

"Kita mahu negara mempunyai masa depan yang cerah dan harmoni. Sukan menuju ke arah itu. Ia merupakan cara saya untuk memajukan sukan kita demi masa depan lebih baik buat Malaysia," katanya.
Kondominium setinggi 38 tingkat itu dijangka siap pada 2020.

Ia bukan satu-satunya ganjaran yang diterima oleh penerima pingat Perak di temasya Sukan Olimpik sebanyak tiga kali, selepas tewas kepada Chen Long dari China pada aksi final perseorangan lelaki.

Chong Wei bakal menerima RM637,888 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebuah kereta Proton Suprima S 1.6L Turbo Premium dan sebuah kerusi urut Osim uDiva Classic.

Beliau juga akan menerima pencen bulanan sebanyak RM3,000 seumur hidup.

Chong Wei dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama kontinjen Malaysia pada pukul 1.30 petang Rabu.

PKR gagal dapat sokongan MPP pecat keahlian Chegubard

Posted: 24 Aug 2016 07:11 AM PDT

 
 
Badrul Hisham Shaharin menunjukan surat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada sidang media di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 23 Ogos 2016.
Badrul Hisham Shaharin menunjukan surat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada sidang media di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR
 
 
Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard masih kekal sebagai ahli seumur hidup PKR, walaupun ada usaha daripada Jawatankuasa Disiplin parti hendak menggugurkannya kerana dikatakan telah melanggar etika.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada media hari ini dengan berkata, Jawatankuasa Disiplin PKR gagal mendapat sokongan dua per tiga daripada ahli Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) untuk memecatnya dari parti.

"Status keanggotaan saya dalam PKR memang dalam pengetahuan saya setelah dimaklumkan oleh beberapa teman anggota MPP. "Mereka (MPP) memaklumkan menerusi aplikasi Whatsapp, bahawa 'kartel Azmin' (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) cuba mengajak anggota MPP lain untuk menyatakan sokongan dengan membuat Pekeliling Resolusi MPP bagi membolehkan keahlian saya dipecat.

"Malangnya mereka gagal memperoleh sokongan majoriti bagi memecat keahlian saya," katanya pada sidang media di Dewan Restoran Amjal, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul mengesahkan parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status ahli yang digantung, Chegubard dalam masa terdekat.

Beliau dilaporkan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Displin yang akan diadakan beberapa hari lagi bakal membincangkan beberapa isu termasuk kemungkinan pemecatan Chegubard.

Menurutnya, keputusan sama ada keahlian Chegubard digugurkan atau sebaliknya akan diputuskan oleh MPP, bukan Biro Politik parti itu.

Jelas Chegubard, majoriti anggota MPP tidak setuju keahliannya digugurkan kerana beliau tidak menyerang parti, tetapi mempertikaikan perlakuan salah pemimpin yang merosakkan PKR.

Katanya, beliau pasrah dalam perihal status keanggotaannya, tetapi saya percaya teman-teman PKR tidak mahu menghantar mesej kepada umum bahawa PKR tidak jauh beza dengan lawan politiknya. - MalaysiaGazette


Polis Perak siasat pencabulan seksual di maahad tahfiz

Posted: 24 Aug 2016 07:08 AM PDT

Oleh Bernama
 
 


Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di sini yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

"Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.

"Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek," katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.

Abdul Rahim diminta mengulas mengenai viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul, selain berlaku seks luar tabii.

Menurut Abdul Rahim, kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.

"Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar," katanya.

Menurut Mohd Yusop, walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta. - MalaysiaGazette


Indonesia mahu tukar nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna

Posted: 24 Aug 2016 06:57 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 



Indonesia bercadang menukarkan nama Laut China Selatan kepada Laut Natuna sebagai satu usaha mengiktiraf kawasan perairan itu milik republik tersebut.

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman, Luhut Binsar Panjaitan, baru-baru ini dipetik oleh media tempatan sebagai berkata cadangan mengubah nama Laut China Selatan itu dianggap tepat kerana wilayah perairan tersebut memang berada di sekitar Kepulauan Natuna.

Luhut berkata pada masa ini kerajaan Indonesia masih mengkaji cadangan perubahan nama itu dan ia bertujuan untuk memperkukuhkan hak republik berkenaan ke atas perairan yang kerap diceroboh kapal dan pesawat negara asing.

Katanya cadangan perubahan nama itu bagaimanapun perlu dibawa kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terlebih dahulu.

Indonesia mendakwa Laut China Selatan berada dalam wilayah perairan negaranya iaitu termasuk dalam 200 batu nautika zon ekonomi eksklusif di sekitar Kepulauan Natuna, di barat laut Kalimantan.

Indonesia tegas dalam menjaga wilayah perairannya dan sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos lepas, Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menenggelamkan 63 kapal asing yang menceroboh perairan negara itu.

Pada Jun lepas, pihak berkuasa Indonesia menembak kapal nelayan dari China kerana memasuki kawasan perairan dekat Kepulauan Natuna dan tindakan itu dibantah China.

Seminggu selepas kejadian itu, Presiden Indonesia Joko Widodo membalas dengan mengadakan mesyuarat khas bersama beberapa menterinya di atas kapal perang milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia yang berlayar dan membuat rondaan sekitar kawasan perairan berkenaan.

Pada Julai lepas, Tribunal Timbang Tara yang berpangkalan di The Hague, Belanda menolak tuntutan China yang mendakwa mempunyai 'hak sejarah' ke atas gugusan pulau di Laut China Selatan.

Tribunal merumuskan tiada asas undang-undang bagi China untuk mendakwa hak sejarah di sembilan titik garisan di kawasan laut berkenaan.-- BERNAMA


Tun Aminah presiden baru JDT

Posted: 24 Aug 2016 03:47 AM PDT

INTAN NUR IDAYU


ku-inah


KUALA LUMPUR: Puteri kepada Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim akan mengambil alih tugas sebagai Presiden baru bagi Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'azim (JDT).

Dalam satu posting di akaun Facebok Johor Southern Tigers semalam, mereka mengumumkan akan mengadakan Majlis pengenalan Presiden Kelab Bolasepak JDT iaitu Tun Aminah, esok di Larkin, Johor. 

"Majlis pengenalan Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim akan diadakan pada hari Khamis, 25hb Ogos 2016 ini jam 2.00 petang bertempat di Bilik Sidang Media, Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin," katanya. 

Difahamkan, Tun Aminah mengambil alih tugas sebagai Presiden Kelab JDT daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim setelah beliau mengambil keputusan untuk berehat 'seketika' dari arena bola sepak.

Katanya, beliau tidak pasti bila akan kembali aktif semula tetapi beliau yakin akan kembali dengan lebih gagah. 

"Kelab ini telah berkembang dan menjadi sebahagian besar dalam hidup saya, dan untuk berehat seketika daripada dunia bola sepak tidak akan mudah bagi saya. 

"Saya tidak tahu bilakah waktunya saya akan berehat seketika daripada bola sepak tetapi apa yang saya tahu ialah saya akan kembali semula dengan lebih gagah. 


KPN KHALID TIADA PILIHAN LAGI

Posted: 24 Aug 2016 03:37 AM PDT

shahbudindotcom
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan tiada siasatan akan dijalankan terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang menuduh "Tiga Tan Sri"  terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan Najib Razak atas alasan ia hanya berdasarkan andaian semata-mata.

"Tiga Tan Sri" yang dikaitkan itu ialah Gani Patail, bekas Peguam Negara, Abu Kassim Mohamed, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara.

Sejujurnya, banyak pihak mahukan dakwaan Khairul Azwan itu disiasat oleh polis kerana hanya setelah siasatan dijalankan, barulah diketahui siapa benar dan siapa salah.
 
 
 
 
Bahkan, setelah Khairul Azwan bersuara kemudiannya bahawa laporan polisnya bukan berdasarkan andaian, malah yakin tindakannya adalah berasaskan kebenaran, Khalid masih lagi tidak memberi apa-apa respon mengenainya.

Dalam hal yang sama pula, Tun Mahathir Mohamad sudah dua kali membuka mulut berkenaan dengannya. Pertama kali, pada 21 Ogos lalu, beliau menyatakan "Tiga Tan Sri" berkenaan telah dikhianati oleh salah seorang dari kalangan mereka.

Kata beliau, jika tidak dikhianati, Najib Razak sudah pun berdepan dengan tindakan daripada pihak berkaitan sekarang ini.

Ketika itu, Tun Mahathir tidak menyebut siapakah yang mengkhianati "Tiga Tan Sri" terbabit kerana bimbang dirinya akan disaman.

Saya tak boleh biarkan mereka menyaman saya sebab saya tidak memiliki banyak wang seperti Najib, tambahnya lagi.

Bagaimanapun, hari ini Tun Mahathir mula berterus-terang dengan memberi gambaran yang lebih jelas berkenaan perkara yang sama.

Menurut beliau, terdapat empat Tan Sri daripada kalangan mereka dan seorang daripada mungkin telah khianat.

Rasanya tidak sukar untuk meneka siapakah Tan Sri yang di bayangkan oleh Tun Mahathir itu kerana mereka pernah berada dalam pasukan khas yang menyiasat berkenaan 1MDB dan derma RM2,600 juta yang diterima Najib sebelum ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu enggan mengia atau menidakkan apabila ditanya sama ada Tan Sri yang dimaksudkannya itu ialah Khalid Abu Bakar, sambil berkata, "saya tak tahu, saya tak tahu, saya tak mahu ditangkap."

Dengan perkembangan ini, Khalid nampaknya sudah tiada pilihan lain melainkan membuka kertas siasatan secara menyeluruh, bukan saja berkaitan penggulingan Najib sebagaimana yang didakwa Khairul Azwan, bahkan juga sama ada benar atau tidak "Tiga Tan Sri"  terbabit telah dikhianati serta siapa yang mengkhianati mereka.

Kenapa mereka dikhianati? Apakah tindakan yang mahu mereka ambil terhadap Najib? Apa dan besar mana kesalahan Najib itu?
 
 
 
 
Adakah sebelumnya keempat-empat Tan Sri berkenaan sudah bersetuju untuk bertindak terhadap Najib, tetapi kemudian salah seorang daripadanya telah bersikap khianat?

Apakah punca perbuatan khianat itu?

Banyak perkara sebenarnya perlu disiasat oleh pihak polis apabila Tun Mahathir membuka mulutnya untuk kali kedua ini. Khalid sendiri, dalam masa yang sama, tidak seharusnya terus mendiamkan diri saja kerana ia nampaknya bukan saja berkaitan Najib,  nama baik "Tiga Tan Sri", kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Khairul Azwan, tetapi juga tentang dirinya sendiri.


PAS ada tuannya, siapakah tuannya?

Posted: 24 Aug 2016 03:26 AM PDT

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR



 

SESIAPA sahaja boleh memasukinya dan begitu juga sebaliknya. Pintunya sentiasa terbuka untuk masuk ke dalamnya, begitu juga untuk keluar sama ada keluar secara sukarela ataupun dikeluarkan.

PAS sebuah jamaah atau parti politik yang sangat mengharap orang masuk ke dalamnya, seramai-ramainya. Tapi kalau nak masuk biarlah masuk dengan sadar bahawa PAS bukan seperti kita baru membeli rumah yang bebas nak berbuat apa sahaja.

PAS ini sebuah jamaah atau parti, ada tanzimnya, ada sistemnya, tidak boleh buat ikut apa yang kita suka dan tidak boleh paksa orang ikut kehendak kita. Mana-mana parti pun begitu, kalau kita mahu suruh orang ikut kita, kena tubuh parti baru.

Dalam PAS ada kepimpinan, tapi PAS bukan milik pemimpin, pemimpin pun kena ikut tanzim juga, bukan boleh sesuka hatinya, kerana di dalam PAS ada ahlinya yang akan menghukum pemimpin yang bertindak sesuka hatinya.

Sebagaimana ahli, pemimpinnya juga serupa tidak boleh memimpin sesuka hatinya sebab tiada siapa yang menjadi 'tuan' di dalam PAS, tidak kira Presiden, Timbalan Presiden atau sesiapa sahaja termasuklah organisasi tertinggi iaitu Majlis Syura Ulamak.

Dalam PAS ada Majlis Syura Ulamak, sebab PAS parti Islam, maka PAS perlukan Majlis Syura Ulamak untuk tafsirkan dasar parti, tetapi Majlis Syura Ulamak pun mesti buat keputusan ikut Islam juga, tidak boleh sesuka hati.

Dasar PAS adalah Islam, semua perjalanan dan keputusan parti mesti ikut Islam, pemimpin buat keputusan mesti mengikut Islam dan ahli pula taat kepada arahan pimpinannya selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

Tiada sesuatu keputusan boleh dibuat melainkan sesuai dengan dasarnya iaitu Islam. Apabila semuanya wajib mengikut Islam maka tiada sesiapa pun yang menjadi tuan di dalam PAS, kerana Islam ini ada tuan-Nya iaitu Allah SWT.

Manusia pasti ada kekurangannya tapi Islam pastinya sempurna, maka setiap keputusan dari PAS berdasarkan pada Islam yang sempurna, PAS hanya menumpang kesempurnaan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT, Rabb yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Suka atau tidak suka, inilah PAS. – HARAKAHDAILY

BERSIH 5 masih belum ada tarikh dan lokasi - Maria Chin

Posted: 24 Aug 2016 03:23 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Berbaki beberapa hari lagi untuk sambutan hari Merdeka ke-59 negara, penganjur BERSIH 5 belum memuktamadkan tarikh untuk mereka mengadakan himpunan berkenaan.
 
Menurut Pengerusi BERSIH 4.0 Maria Chin Abdullah, pihaknya juga masih belum menetapkan lokasi himpunan itu.
 
"Berikutan penganjuran Bersih 5, kami (pihak penganjur) masih belum tetapkan tarikh dan tempat, masih dalam perbincangan," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
BERSIH tahun lepas mengadakan himpunan jalanan di ibu negara selama 34 jam bermula 29 Ogos 2015 dan hanya berakhir selepas laungan Merdeka berkumandang di Dataran Merdeka.
 
Sepanjang himpunan itu, peserta dihiburkan dengan nyanyian, pertunjukan muzik serta ucapan ahli politik, sekaligus menimbulkan tanda tanya, apakah matlamat utama himpunan itu diadakan.
 
Untuk rekod, penganjuran himpunan BERSIH yang pertama hingga kelima mempunyai matlamat yang berbeza.
 
Menurut penganjur, BERSIH 5 diadakan untuk mendesak kerajaan menjelaskan isu saman sivil yang dibuat Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melibatkan dana yang diambil daripada syarikat strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
 
Sebaik sahaja BERSIH mengumumkan akan mengadakan himpunan, Pengerusi Gabungan NGO Melayu, Datuk Jamal Yunos pula berkata pihaknya juga akan menggerakkan himpunan Gerakan Baju Merah untuk bagi melawan himpunan BERSIH 5.
 
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kemudiannya menawarkan khidmat mencari stadium yang sesuai untuk BERSIH 5 dan Gerakan Baju Merah bagi mengadakan perhimpunan berkenaan.
 
Tindakan kedua-dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu katanya bakal menimbulkan kekecohan selain merisikokan keselamatan orang awam sekiraya mengadakan himpunan jalanan di ibu kota.
 
 
 

Pemandu ADUN Johor langgar mati warga emas

Posted: 24 Aug 2016 03:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BATU PAHAT: Pemandu kepada seorang ADUN Johor melanggar mati seorang warga emas perempuan yang sedang menunggang motosikal dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah. 
 
Kejadian berlaku di Kilometer 142, Jalan Johor Bahru-Melaka, Parit Sempadan Semerah dekat Batu Pahat kira-kira 6.40 petang yang mengakibatkan Hasnan Ganon, 72, dari Kampung Parit Sempadan, maut di tempat kejadian.
 
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata menurut laporan awal, Hasnan berhenti untuk membelok ke kanan simpang jalan apabila sebuah kereta jenis BMW X5 dari arah yang sama terlanggar motosikalnya.
 
"Pemandu berumur 39 tahun itu melanggar belakang motosikal Hasnan," katanya kepada pemberita.
 
Abdul Wahib berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.
 
Beliau berkata polis menahan sementara pemandu lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik itu bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan.               
 
Katanya, ketika kejadian, pemandu itu berseorangan tanpa ADUN berkenaan dalam kereta berkenaan.             
Polis, katanya, sedang menyiasat lebih lanjut mengenai kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
 

Sanggupkah pembangkang taat pada Mahathir?

Posted: 24 Aug 2016 03:18 AM PDT

Oleh Lokman Ramlee
Post Pic
 
 
[ULASAN] Nampaknya, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) memilih jalan selamat dalam memeta strategi pilihanraya umum ke-14 yang akan berlangsung kurang dua tahun lagi. 
 
Kerabat BN dilihat cuba mengaplikasikan konsep asas politik – bersatu teguh – dalam menghadapi cabaran parti-parti politik pembangkang yang semakin banyak bilangannya kini.  
 
Parti Gerakan dan MCA jelas mahu menggunakan kekuatan perpaduan dalam parti untuk menghadapi saingan parti Cina bukan Melayu seperti DAP dan separa Melayu seperti PKR.
 
Sebagai langkah permulaan,  Parti Gerakan akan mengumumkan senarai calon parti itu lebih awal bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong.
 
Beliau berkata, pihaknya akan memuktamadkan senarai calon bagi bertanding di 45 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selewat-lewatnya Oktober ini.
 
"Pada pilihan raya umum lepas, semuanya dilakukan pada saat akhir, dan keputusan tidak berapa baik.
 
"Kami berharap dengan mengumumkan kesemua calon sekarang, kami boleh mencapai keputusan lebih baik," katanya.
 
Gerakan mahu mendekati pengundi seawal mungkin supaya mudah membentangkan wawasan politiknya mahu membangunkan rakyat dan negara.
 
Meskipun insaf bahawa tindakan itu bakal menyebabka perebutan untuk menjadi calon pilihanraya di kalangan ahli, namun Gerakan berazam mengeratkan perpaduan parti terlebih dahulu. 
 
Mah tidak menolak kemungkinan akan berlaku pelbagai masalah termasuk sabotaj dalam kalangan anggota parti namun Gerakan akan terus menjadikan agenda perpaduan fokus parti.
  
Mah berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat terutama di Pulau Pinang.
 
Sementara itu, MCA pula sudah mengenalpasti calon bagi PRU14 untuk merampas semula kerusi yang mereka kalah pada PRU lalu.
 
Menurut presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai, MCA akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk berbincang tentang calon yang dipilih itu.
 
"Kriteria bagi pemilihan calon kami bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. 
 
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata, MCA akan meminta semula tiga kerusi Parlimen miliknya di Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju dari Umno.
 
"Kita pinjamkan tiga kerusi parlimen kepada Umno dan mahu dapatkannya semula. Kami yakin Umno akan membantu MCA untuk memenangi sokongan Melayu.
 
"Bagi MCA, persiapan bermula sejak awal lagi. Misalnya di Pulau Pinang, jika mereka mahu adakan pilihan raya awal, kami bersedia," katanya.
 
Beliau menegaskan bahawa calon-calon MCA adalah gabungan muka baru dan lama.
 
Liow berkata, MCA bekerja keras untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada rakyat, termasuk di kawasan di mana MCA tewas pada PRU lepas.
 
Umno pula kini sibuk dengan mesyuarat peringkat Bahagian-Bahagiannya dan  ini adalah peluang baik baginya menggariskan rangka strateginya kepada pemimpin peringkat akar umbi.
 
Jika keselarasan pemikiran politik dapat dianyam melalui proses mesyuarat bahagian-bahagiannya, perhimpunan agungnya tahun ini akan menyaksikan perpaduan Umno semakin bertaut. 
 
Bagaimanapun persediaan dua blok pembangkang – Gagasan Sejahtera dan Pakatan Harapan – masih berpaut pada banyak kemungkinan. 
 
Sama seperti komponen BN, pihak pembangkang – DAP, PKR dan Amanah dari Pakatan Harapan dan PAS serta IKATAN dari Gagasan Sejahtera– masih bergelut dengan isu perbalahan dalaman mereka sendiri. 
 
Yang sedikit berbeza ialah, kini BN lebih cenderung menjurus pada perpaduan sementara kemunculan Parti Pribumi Bersatu yang dipimpin oleh Tun Mahathir mungkin merumitkan lagi keadaan di dua blok pembangkang itu. 
 
Pada asasnya Parti Pribumi mahu meletakkan calon di kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Ia juga mahu bertanding kerusi yang pernah ditandingi Pakatan Rakyat tetapi tewas pada Umno.
 
Parti Pribumi kini mengintai 88 kerusi yang dimenangi Umno-BN pada PRU13 lalu sebaik sahaja pendaftarannya diluluskan. Namun RoS mempunyai kriterianya sendiri untuk meluluskan pendaftaran atau tidak. 
 
"Buat masa ini ada 88 kerusi Umno yang telah ditandingi oleh PAS dan PKR pada PRU13 tetapi telah dimenangi (semuanya) oleh Umno. 
 
"Semestinya tumpuan Parti Pribumi adalah pada 88 kerusi yang telah dimenangi oleh Umno yang mungkin akan menjadi sebagai asas perbincangan di antara mereka dengan PKR, PAS dan Amanah.
 
"88 kerusi ini adalah satu jumlah yang besar dan saya jangka kebanyakan kerusi ini adalah kerusi yang telah ditandingi oleh PAS, dan sebahagian lagi ditandingi oleh PKR," kata Pengarah Komunikasi Amanah, Abdul Khalid Samad. 
 
Soalnya mahukah PAS memberi laluan kepada Parti Pribumi? Begitu juga dengan Amanah. Relakah memberi laluan pada parti serpihannya, Amanah yang terang-terangan menyatakan ia mahu menggantikan PAS? 
 
Adakah DAP akan bersetuju? Ia adalah seteru falsafah perjuangan PAS. Adakah ia sanggup bekerjasama pula dengan Parti Pribumi dan memberi laluan pada parti baru itu bertanding di kerusi-kerusi yang ia pernah kalah pada BN?
 
Akhir sekali, seandainya Parti Pribumi dapat merampas sebilangan besar kerusi Umno dan berjaya pula memiliki kerusi-kerusi yang gagal dimenangi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13, redhakah kedua-dua blok pembangkang itu taat tunduk pada parti Dr Mahathir?
 
 

Amanah masih belum sedia jadi parti utama - penganalisis

Posted: 24 Aug 2016 03:15 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Masih terlalu awal untuk Amanah menyifatkan partinya sudah matang dan bersedia menjadi parti utama dalam arena politik negara.
 
Penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata Amanah mampu bertahan sehingga kini kerana sokongan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).
 
"Untuk kita katakan bahawa Amanah sudah mampu berdiri dan menjadi sebagai pencabar dalam pilihan raya akan datang, saya boleh katakan masih terlalu awal untuk memberikan satu keputusan sedemikian.
 
"Amanah masih memerlukan masa terutamanya untuk membina strategi bagaimana untuk menarik lebih banyak penyokong kerana kita juga lihat mereka masih mengharapkan kekuatan sokongan komponen lain seperti DAP dan PKR," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Mengulas lanjut, Martadha berkata kekuatan Amanah masih belum teruji sepenuhnya biarpun sudah setahun bertapak di negara ini.
 
Malah sebagai salah satu komponen dalam PH, Amanah katanya masih belum mampu untuk berdiri sendirian tanpa bantuan DAP dan PKR.
 
01:24 - 01:59
"Saya melihat bahawa kita tidak boleh katakan bahawa Amanah mempunyai kekuatan sendiri kerana ia belum diuji. Kalau kita lihat antara ujian pertama yang dilalui oleh Amanah ialah meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil baru-baru ini di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 
 
"Ini menunjukkan bahawa kekalahan mereka disebabkan jentera dan kekuatan yang masih belum teruji. Sebab itu kita dapati mereka gagal untuk mendapatkan jumlah undi yang banyak.
 
Amanah meskipun disokong kuat DAP dan PKR gagal memenangi apa jua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
 
Bukan itu sahaja, Martadha juga berpendapat Amanah tidak mampu menggerunkan pencabarnya dalam pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
 
"Untuk kita katakan bahawa Amanah sudah mampu berdiri dan menjadi sebagai pencabar dalam pilihan raya akan datang, saya boleh katakan masih terlalu awal untuk memberikan satu keputusan sedemikian.
 
"Amanah masih memerlukan masa terutamanya untuk membina strategi bagaimana untuk menarik lebih banyak penyokong kerana kita juga lihat mereka masih mengharapkan kekuatan sokongan komponen lain seperti DAP dan PKR," katanya.
 
Martadha berkata Amanah sukar diterima kerana mencerminkan ideologi yang sama seperti parti-parti pembangkang lain.
 
"Kita lihat bahawa apa yang diperjuangkan oleh Amanah adalah lebih kurang sama ideologinya dengan parti-parti (pembangkang) lain. Kalau kita lihat PKR mereka mempunyai ideologi yang melibatkan pelbagai kaum dan agenda mereka adalah sangat jelas begitu juga DAP dan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). 
 
"Amanah mempunyai satu perjuangan yang agak tidak begitu fokus sebab itu mereka tidak mampu untuk menarik lebih ramai penyokong terutamanya di kalangan pemimpin politik sedia ada," katanya lagi.
 
Amanah semalam mengumumkan akan menganjurkan majlis sambutan kemumcak parti berkenaan pada 24 September depan sempena setahun ditubuhkan pada 16 September lalu.
 
Sebelum acara kemuncak itu, Amanah akan mengadakan majlis makan malam di Kelab Alumni Universiti Malaya (UM) pada 17 September ini. 
 
Ujar mereka, sehingga kini Amanah telah didaftarkan di 150 kawasan dengan lebih 350 cawangan sudahpun diluluskan sekaligus menjadi bukti parti itu diterima ramai.
 
 

PM umum tambahan RM200,000 ganjaran kepada wira, wirawati Olimpik negara

Posted: 24 Aug 2016 03:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SEPANG: Kesemua pemenang pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016 akan menerima tambahan imbuhan sebanyak RM200,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Perdana Menteri berkata, dengan pengumuman tersebut, pemenang pingat perak akan membawa pulang ganjaran keseluruhan RM500,000 manakala pemenang gangsa menerima RM300,000.
 
Menurut Najib, walaupun negara gagal mendapat kilauan emas dalam edisi olimpik kali ini, beliau cukup berbangga dengan prestasi para atlet yang disifatkan sebagai wira dan wirawati negara.
 
"Saya yakin dan percaya, Insya-Allah, di Sukan Olimpik Tokyo 2020, pingat emas mampu menjadi milik Malaysia," katanya ketika berucap dalam majlis sambutan kepulangan kontijen Olimpik negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
 
Terdahulu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta lebih 1,000 peminat sukan tanah air dan ahli keluarga para atlet memberi sambutan yang cukup meriah kepada kontijen yang tiba pada pukul 2.30 petang itu.
 
Penerbangan pulang kontinjen negara itu terdiri daripada 28 atlet dan pegawai yang diketuai Chef de Mission Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid serta turut disertai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
 
Wira-wira negara yang pulang menerusi penerbangan itu adalah pemenang-pemenang pingat perak Olimpik iaitu atlet terjun; Pandelela Rinong Pamg-Cheong Jun Hoong, serta atlet badminton, Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong.
 
 

Siapa untung pelaksanaan transformasi industri teksi?

Posted: 24 Aug 2016 03:03 AM PDT

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN 





Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) tidak sama sekali menafikan implikasi penggunaan teknologi terhadap perubahan industri teksi, tetapi adakah Program Transformasi Industri Teksi boleh membantu pemandu-pemandu teksi konvensional?

Adakah 11 program yang diusulkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyinggung pemasalahan sebenar dalam kalangan pemandu teksi konvensional?

Antara isu yang membelenggu pemandu teksi adalah kos struktur yang terpaksa ditampung disebabkan oleh sistem sewa-beli atau pajakan dengan syarikat pengusaha teksi.

Jika purata sehari kadar sewa yang perlu dibayar kepada syarikat adalah RM50, maka jumlah sewa sahaja yang perlu dibayar mencecah sehingga RM1,200 (24 hari bekerja). Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pendapatan pemandu teksi konvensional sekarang telah terjejas teruk setelah penggunaan Uber dan Grab.

Pemandu teksi konvensional yang majoritinya menggunakan sistem sewa-beli atau pajakan ini sekarang bergelut dengan persaingan yang terlalu kompetetif. Kadar sewa yang tinggi tidak termasuk bayaran NGV, Puspakom dan lain-lain telah menyebabkan pendapatan mereka semakin susut.

Mereka terpaksa membayar kos yang tinggi kerana ingin mendapatkan sesuap nasi sedangkan pemandu Uber dan Grab hanya dikenakan potongan bayaran sebanyak 20 peratus atas jumlah pendapatan yang diperolehinya. Lebih bebas dan kurang tekanan dalam berkerja.

Selain itu, ramai pemandu teksi konvensional mengeluh dengan pemeriksaan berkala yang terpaksa dilakukan di Puspakom. Antaranya, disebabkan oleh kadar bayaran pemeriksaan termasuk bagi kali kedua dan tiada peluang untuk memilih bengkel selain Puspakom. Walhal, banyak juga teksi di sekitar Kuala Lumpur yang dilihat kurang baik keadaannya. Oleh itu, SPAD harus melihat senario ini supaya mutu perkhidmatan teksi mencapai piawaian yang sebenarnya.

DPPWP berharap Program Transformasi Industri Teksi mesti dilaksanakan segera secara berperingkat untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pemandu teksi hari ini.

Kami sangat prihatin dengan nasib individu-individu pemandu teksi terutamanya dalam golongan peringkat umur 45 tahun ke atas kerana terpaksa bergelut untuk meneruskan hidup di Kuala Lumpur. Mereka sukar untuk adaptasi dengan perubahan industri, akhirnya mereka sendiri akan terus terpinggir. - HARAKAHDAILY

*  Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

PAS Perak lancar kempen sokong RUU 355

Posted: 24 Aug 2016 12:28 AM PDT

HARAKAHDAILY



 

PAS Perak memandang serius usaha pihak tertentu terutama dalam kalangan bukan Islam untuk tidak mencampuri apa sahaja urusan yang berkaitan dengan agama Islam.

Usaha dan budaya mencampuri urusan agama lain hendaklah segera diberhentikan segera kerana tindakan ini menggugat keharmonian dan kerukunan hidup bermasyarakat dalam negara.

Justeru PAS Perak akan melancarkan kempen sokongan atas usaha pindaan Akta RUU 355 secara menyeluruh untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat.

RUU 355 adalah satu usaha murni untuk dilaksanakan atas beberapa faktor seperti berikut :

1.Meningkatkan peranan mahkamah syariah sebagai mercu tanda menghormati orang Islam dan seiring dengan Perlembagaan Malaysia dalam fasa 3 menyebutkan "Agama rasmi negara adalah agama Islam".

2.RUU 355 adalah untuk meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah hanya untuk orang Islam sahaja. Harapan PAS Perak agar kaum lain dapat menghormati kebebasan beragama sepertimana yang dinikmati oleh agama lain dalam negara ini.

3.Kejayaan RUU 355 bergantung kepada keyakinan dan kesungguhan Ahli Parlimen yang beragama Islam berjumlah lebih dari 139 orang yang terdiri dari berbagai parti politik untuk membawa suara umat Islam agar pindaan tersebut dapat diluluskan. PAS akan menghantar memorandum kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam meminta supaya mereka menyokong cadangan ini.

4.Bentuk kempen yang akan dijalankan seperti kuliah penerangan di masjid surau, forum dan ceramah umum. Selain itu kempen tandatangan seluruh orang Islam juga akan dibuat.

5.Harapan PAS Perak kempen ini mendapat sokongan dari semua pihak JKK, AJK masjid surau jabataan agama, badan bukan kerajaan dan seluruh peringkat masyarakat.

6.Semua orang Islam diseru menyokong perjuangan PAS sejak sekian lama kerana ia merupakan satu bukti kesungguhan umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah.      

*  RAZMAN ZAKARIA,  Pesuruhjaya PAS Perak

 

TPTN: Teliti semula hutang pendidikan tinggi

Posted: 24 Aug 2016 12:25 AM PDT

NASRUDIN HASSAN





Isu hutang pendidikan tinggi negara (PTPTN) merupakan isu yang sering kali mendapat perhatian rakyat terutamanya golongan muda yang ingin menyambung pelajaran mereka di IPTA dan IPTS.

Status kegagalan para peminjam membayar semula hutang tersebut seharusnya dijadikan isu teras kepada perbincangan mekanisma pembiayaan dalam pendidikan tinggi negara.

Kenyataan Pengerusi PTPTN yang mengakui ketidakmampuan untuk memberikan pinjaman sepenuhnya kepada pelajar disebabkan kekurangan terhadap kadar kutipan balik pinjaman membuktikan mekanisma "hutang" bagi pembiayaan pendidikan tinggi negara memerlukan kepada transformasi yang lebih segar.

Saya berpandangan belenggu kegagalan melangsaikan hutang bukan sahaja melanda pada aspek pinjaman pendidikan, malah juga pada aspek pinjaman-pinjaman yang lain.

Jabatan Insolvensi Malaysia mengeluarkan laporan pada 2015 menunjukkan seramai 24,953 orang berusia 35 tahun ke bawah telah diisyhtiharkan muflis.

Maka, tidak mustahil puluhan ribu yang lain berada dalam keadaan yang tidak menentu bagi melunaskan hutang mereka. Statistik ini perlu mendapat respons yang proaktif daripada pihak kerajaan dan PTPTN.

Kerajaan seharusnya meneliti semula mekanisma hutang dalam pembiayaan tinggi negara. Di sebalik tekanan yang diberikan pihak kerajaan supaya para peminjam membayar balik pinjaman, langkah yang wajar ketika ini juga adalah melihat kepada aspek yang lebih efektif dalam membiayai pendidikan tinggi negara iaitu menerusi sistem wakaf seperti yang menjadi amalan di beberapa institusi pengajian awam dalam dan luar negara.

NASRUDIN HASSAN, Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 

Bimbang keselamatan keluarga, kaya sangatkah Ku Nan?

Posted: 24 Aug 2016 12:15 AM PDT

limlipeng_M1

Roketkini.com
 



KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa beliau tidak akan mengisytiharkan harta yang dimilikinya kerana bimbang akan dirompak atau anaknya diculik adalah sama sekali tidak berasas.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata Tengku Adnan seperti mengandaikan polis tidak mampu menjalankan tugas dengan baik untuk menjaga keselamatan diri dan harta rakyat daripada ancaman penjenayah dengan kenyataan sedemikian.

"Jika pandangan beliau ini benar, kerajaan wajar melarang pihak media daripada melaporkan pengumuman saban tahun senarai 20 orang terkaya Malaysia, kerana publisiti sedemikian akan mengancam keselamatan harta dan keluarga mereka.

"Kalau cara pemikiran Ku Nan itu boleh diterima, warga asing kaya-raya tidak patut melancong ke Malaysia, tidak kiralah untuk bercuti atau bekerja, kerana mereka mungkin dirompak atau diculik," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk DAP meminta agar Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan mengisytiharkan asetnya kepada umum berikutan wujud pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didapati terlibat dengan rasuah.

Walau bagaimanapun, Ku Nan dalam satu kenyataan berkata, beliau enggan berbuat demikian dengan alasan kononnya ia akan menyebabkan penjenayah merompak keluarganya atau menculik anaknya.

Lip Eng yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur menjelaskan, kebimbangan Ku Nan itu tentu disebabkan oleh kekayaan yang melimpah-ruah sehingga mampu mendapat perhatian penjenayah mahupun perompak.

"Jika kerisauan menteri Umno ini benar-benar berasas, kekayaannya pastilah begitu hebat sehingga ia boleh mengejutkan negara dan memalukan taikun-taikun negara, sekiranya ia diisytiharkan kepada umum," katanya.

Beliau menegaskan, Ku Nan tidak harus enggan mengisytiharkan pendapatan tahunannya selepas beliau menjadi Menteri sepenuh masa walaupun memiliki banyak aset melalui perniagaan sebelum menjadi ahli politik. – Roketkini.com




DAP pelawa Ku Nan lihat sendiri kebaikan tender terbuka

Posted: 24 Aug 2016 12:13 AM PDT

Ng-Tien-Chee-03

Roketkini.com


KAJANG: Kerajaan akan mengalami kerugian yang lebih besar jika lantikan kontraktor dijalankan secara rundingan terus dan bukan tender terbuka, memandangkan ia akan mendorong pihak tertentu memberi kontrak kepada kroni masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balakong, Eddie Ng Tien Chee berkata, tender terbuka pula sebaliknya adalah sistem lantikan kontraktor yang lebih telus dan terbuka bagi mengelakkan penyelewengan, malah, masalah dapat dielakkan jika prosedur yang betul dapat diambil.

Beliau membidas kenyataan Menteri WIlayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor baru-baru ini bahawa amalan tender terbuka akan menyebabkan kerugian kepada kerajaan apabila pembida dengan harga paling rendah dan diberi kontrak, gagal menyiapkan projek.

Malah, Eddie dalam satu kenyataan hari ini mengalu-alukan Tengku Adnan untuk datang ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) agar dapat melihat sendiri cara untuk meminimakan serta mengelakkan masalah yang bakal timbul melalui sistem tender terbuka.

"MPKj telah melantik kontraktor melalui tender terbuka pada Februari tahun lalu dengan kos RM1.87 juta untuk membina sebuah dewan orang ramai di Taman Impian Ehsan, namun ia gagal disempurnakan dalam tempoh yang diberikan.

"Namun, MPKj tidak mengalami sebarang kerugian kerana menurut prosedur yang diamalkan, bayaran dibuat secara berperingkat. Sehingga kini, walaupun projek pembinaan itu terbengkalai pada tahap 75 peratus siap dibina, MPKj hanya membayar RM500 ribu kepada kontraktor," jelasnya.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Selangor itu lagi, MPKj akan menyenaraihitamkan kontraktor tersebut melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Malah, majlis perbandaran itu akan merampas bon kerja bernilai RM53 ribu selain daripada mengenakan penalti lewat sebanyak RM19 ribu ke atas kontraktor berkenaan.

"MPKj kini dalam proses melantik kontraktor baru melalui tender terbuka. Jika terdapat sebarang kos tambahan setelah membuka kembali tender itu, ia akan dikenakan ke atas kontraktor asal yang gagal.

"Ia jelas membuktikan bahawa tidak timbul apa-apa masalah yang besar dengan menggunakan amalan tender terbuka, apalagi membawa kerugian kepada kerajaan seperti yang didakwa Tengku Adnan," tegasnya. – Roketkini.com


Najib dan anggota kabinet didesak isytihar harta – Pakatan Harapan Perak

Posted: 24 Aug 2016 12:08 AM PDT

PH perak

Roketkini.com


IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinet yang lain mengisytiharkan harta kepada Parlimen dengan segera demi membanteras gejala rasuah serta sebagai reformasi institusi kerajaan.

Langkah mengisytiharkan harta itu selaras dengan negara-negara demokrasi lain yang maju termasuk Jepun, Taiwan, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Kenyataan bersama yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin PH Perak itu turut menyanggah alasan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan yang sebelum ini menyatakan kebimbangan anak dan isterinya berisiko diculik jika pengisytiharan harta dibuat sebagai tidak masuk akal.

"Alasan yang diberi oleh Tengku Adnan terbukti ia adalah satu usaha licik pemimpin UMNO untuk mengelakkan amalan ketelusan, integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

"Pakatan Harapan sukacita mengingatkan bahawa negeri Pulau Pinang dan Selangor kini telah meluluskan cadangan untuk Ketua Menteri, Menteri Besar serta barisan EXCO negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Negeri, malahan kini pegawai DBKL juga dikehendaki melakukan yang sama," kata kenyataan itu.

Jika pemimpin BN dan UMNO menolak langkah tersebut, usul pengisytiharan harta itu akan dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam persidangan akan datang.

Kenyataan bersama PH Perak itu ditandatangani oleh Pengerusi PKR Negeri Perak Senator Dr Muhammad Manuty, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi Amanah Negeri Perak Haji Asmuni Awi. -Roketkini.com


PRU 14 : Parti Pribumi Terpaksa ‘Curi’ Kerusi PAS Dan PKR

Posted: 24 Aug 2016 12:04 AM PDT







KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) mengumumkan parti baharu itu perlu 'mengambil' kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh PAS dan PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14.



Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu bergantung kepada keputusan rundingan.

"Ini adalah berdasarkan rundingan dengan mereka. Kita ada maklumat dan data-data yang diperincikan tentang mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai.

"Mungkin sebahagian kerusi telah diperuntukkan untuk PAS dan PKR namun jika mereka faham, matlamat kami adalah untuk bekerjasama," katanya dalam sidang media di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini, hari ini (Ahad).

Ahli Parliman Pagoh itu menambah, Pribumi akan secara terbuka berunding dengan PAS walaupun parti pembangkang lain seperti DAP dan PAN mempunyai perselisihan dengan pasti Islam itu.

"Kita akan berbincang dengan semua pihak tanpa mengecualikan PAS.

"Kita mahu membentuk sebuah pakatan pembangkang yang bersama-sama membentuk kerajaan di masa hadapan, jadi kita mahu persefahaman antara semua," kata Muhyiddin.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak mengenepikan kemungkinan beliau akan bertanding di Pekan, sekaligus mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan umum akan datang.

"Sama ada Pribumi atau mana-mana parti yang bekerjasama dengan kita, ianya pasti," katanya sambil memberi senyuman.

Ditanya jika Pribumi ingin merebut kerusi di kawasan bandar Muhyiddin berkata, "Kita mempunyai strategi dan taktikal sendiri dalam agenda pertama Pribumi."

Ini merupakan sidang media pertama parti itu sejak permohonan daftar parti kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 9 Ogos lalu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan penaja Pribumi yang lain.

Ia juga merupakan kemunculan pertama Tun Dr. Mahathir di khalayak ramai selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani rawatan jangkitan paru-paru minggu lalu.

Namun persoalan terbesar di sini ialah bagaimana Muhyiddin boleh 'kowtim' untuk mengambil alih sebilangan kerusi PKR pada PRU-14 dan juga sejak bilakah parti Pribumi menjadi ahli blok Gagasan Sejahtera apabila Muhyiddin boleh 'kowtim' ambil alih sebilangan kerusi PAS?

Ini seakan-akan memberi 'hint' seoalah-olah Pribumi takut mengambil alih kerusi yang ditandingi PAS atau PAN untuk PRU akan datang.

Jelas di sini, Muhyiddin cuba membuat lawak konon Pribumi sudah menjadi ahli Pakatan Harapan dan pada masa menjadi ahli Gagasan Sejahtera.- MYNEWSHUB.CC

Kerusi PAS Milik Amanah, Kata Salahuddin Ayub

Posted: 23 Aug 2016 11:52 PM PDT

 

 



PETALING JAYA : Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.

Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.

"Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.

"Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.

Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.

Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu. Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN.

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.

Manakala Bersatu sebahagiannya terdiri daripada bekas ahli Umno yang memberontak terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu berhasrat untuk menyertai PRU14 bersama Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah), Gagasan (PAS-Ikatan), Saksama (5 parti Malaysia Timur, 1 parti Malaysia Barat), PSM dan BN.

"Asalkan bukan kerusi yang kita sudah menang," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada FMT, mengulas hasrat Muhyiddin itu.

Dalam pilihan raya lepas, PKR menang 30 kerusi Parlimen dan 49 kerusi DUN daripada 99 kerusi Parlimen dan 172 kerusi DUN yang ditandinginya.

"Tak ada isu bertanding makin kecil," tegas Tian Chua. "Kita kena bagilah kerusi yang kita tak boleh menang tetapi dia (Bersatu) ada potensi menang."

"Biasalah kerjasama macam itu." – FMT

Keluarga Megat Junid Pelik Tun Mahathir Cuba Lepas Tangan Isu Tahanan ISA

Posted: 23 Aug 2016 11:45 PM PDT

 

 



Anak sulung Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pasti arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditandatangani bapanya semasa menjadi timbalan menteri dalam negeri dibuat selepas mendapat kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu merupada Perdana Menteri Malaysia.


Datuk Megat Fairouz Junaidi berkata adalah sesuatu yang pelik jika kuasa sebesar itu diberikan kepada seorang bertaraf timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dan pengetahuan Tun Mahathir selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri ketika itu.

"Kami (sekeluarga) harap Tun Mahathir yang sememangnya dihormati oleh arwah, hanya terlepas cakap semasa mengungkap kenyataan itu walaupun secara teknikal arwah mungkin menandatangani surat arahan tersebut.

"Dalam konteks penahanan ISA, jika benar arwah yang menandatangani surat penahanan, sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan malah kemungkinan besar ia adalah arahan Tun Mahathir sendiri selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri (ketika itu)," katanya pada sidang media hari ini.

Megat Fairouz, yang mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib mengulas laporan laman blog yang melaporkan Tun Mahathir menafikan beliau adalah menteri yang menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang menjadi menteri dalam negeri dan perdana menteri.

Tun Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai menteri dalam negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, yang berkuasa menahan mana-mana individu di bawah ISA, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Tun Musa Hitam mengakui beliau sudah penat menanggung beban sejarah menjadi 'kambing hitam' dalam peristiwa Memali.

Jelas Tun Musa, situasi tidak menyebelahi beliau hingga dipersalahkan sebagai individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Katanya, dalam perjalanan politik beliau, peristiwa Memali dianggap paling kontroversi. Kerana peristiwa itu, beliau dikaitkan dengan gelaran pembunuh.

"Signifikan peristiwa Memali adalah mudah, selama 30 tahun saya dikatakan menjadi pembunuh, bolehkan anda bayangkan?

"Pembangkang menyalahkan UMNO dan saya sebagai individu yang bertanggungjawab, dan 'rakan-rakan' saya dalam UMNO, apabila situasi ini berlaku, mereka meninggalkan saya.

"Mereka seolah-oleh mengatakan biarlah Musa menjadi 'kambing hitam' daripada kami," kata beliau ketika menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander (OHI).

Tun Musa juga turut menolak spekulasi yang mendakwa Tun Mahathir selaku Perdana Menteri berada di luar negara ketika berlakukan peristiwa berdarah itu.

"Pada hari insiden, Ketua Polis Negara (KPN) pada waktu itu dan saya bertemu dengan Dr Mahathir di pejabatnya dan KPN memaklumkan kepada beliau mengenai apa yang terjadi sewaktu operasi Memali, yang mengakibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam," katanya.

Menurutnya, beliau juga bukan pemangku Perdana Menteri ketika itu sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

"Isu utamanya dalam hal ini adalah sama ada pada hari insiden saya merupakan Pemangku Perdana Menteri atau tidak kerana Tun Dr Mahathir masih dalam negara. Berdasarkan selidikan saya dari pelbagai sumber, ianya jelas bahawa Tun Dr Mahathir masih dalam negara dan saya bukan Pemangku Perdana Menteri sewaktu hari insiden Memali.

"Pada hari perbicaraan saman saya terhadap seorang penulis beberapa tahun lalu, di mana saya menang kes tersebut (Tun Dr Mahathir masih berkuasa pada waktu itu), peguam saya bertanyakan dia (penulis) soalan sama, sama ada Dr Mahathir berada dalam negara pada hari insiden dan adakah saya merupakan Pemangku Perdana Menteri.

"Jawapan saya konsisten bahawa beliau (Dr Mahathir) masih dalam negara dan saya bukan Pemangku Perdana Menteri," katanya lagi.

LIHAT VIDEO - 1
LIHAT VIDEO - 2 


Soal Syed Husin kepada KPN kenapa tidak siasat MO1? 23 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE 0 Comments Syed Husin AliSyed Husin AliAktivis politik Syed Husin Ali mempersoalkan kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar untuk disiasat jika ada laporan terhadap dirinya dibuat. Namun kenyataan itu dipersoalkan Syed Husin apabila pihak polis tidak membuka siasatan terhadap laporan yang telah dibuat beberapa pihak sebelum ini berkaitan dengan 'Malaysia Official One'. Beliau menegur sikap Khaled di laman twitternya dengan berkata," Kita akan siasat walaupun laporan terhadap saya. Begitu kata IGP.Hebat sekali.Tapi kenapa tak siasat MO1? Pada hal puluhan laporan dibuat?," soal bekas Senator ini. Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadap Khaled kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB. Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.

Posted: 23 Aug 2016 06:03 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Syed Husin AliSyed Husin AliAktivis politik Syed Husin Ali mempersoalkan kesediaan Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar untuk disiasat jika ada laporan terhadap dirinya dibuat.

Namun kenyataan itu dipersoalkan Syed Husin apabila pihak polis tidak membuka siasatan terhadap laporan yang telah dibuat beberapa pihak sebelum ini berkaitan dengan 'Malaysia Official One'.

Beliau menegur sikap Khaled di laman twitternya dengan berkata," Kita akan siasat walaupun laporan terhadap saya. Begitu kata IGP.Hebat sekali.Tapi kenapa tak siasat MO1? Pada hal puluhan laporan dibuat?," soal bekas Senator ini.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan terhadap Khaled kerana didakwa gagal bertindak terhadap jutawan Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.

Naib Presiden PKR itu mendakwa tindakan polis itu berbeza dengan tindakan pantas mereka terhadap pengkritik skandal 1MDB, termasuk dirinya sendiri.

Comments (0)