Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:04 PTG | Posted in

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Exco saran selesai masalah 'anak dara emas' belum berkahwin

Posted: 18 Aug 2016 09:13 AM PDT

BERNAMA
 
 
Ramai kalangan wanita berpendidikan tinggi gagal mencari jodoh yang sesuai.Ramai kalangan wanita berpendidikan tinggi gagal mencari jodoh yang sesuai.


Semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) disaran agar turut memberi perhatian kepada isu golongan 'anak dara emas' yang belum berkahwin.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata golongan ini yang terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah, janda atau wanita muda yang hidup sekian lama tanpa pasangan.

"Berdasarkan pengalaman saya melalui sebuah syarikat yang saya tubuhkan bersama sebuah NGO sebelum ini yang bertujuan untuk mencari jodoh dan menggalakkkan perkahwinan sah, pada bulan pertama sahaja kami berjaya mendaftar 25 kes (wanita tidak berkahwin).

"Dan daripada jumlah ini, 10 daripada mereka adalah wanita profesional yang bekerja di pusat pengajian tinggi sama ada sebagai pensyarah atau ahli akademik," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Nasir Mustafa (PAS-Kubang Rotan) yang ingin tahu langkah kerajaan dalam mengatasi masalah perceraian yang semakin meningkat dan keperluan untuk mengadakan kursus pascaperkahwinan bagi mengatasi masalah itu.
Mohd Rawi berkata kebanyakan wanita tersebut yang mempunyai status kewangan yang kukuh mengakui malu dalam hal berkaitan mencari jodoh dan enggan dikatakan seperti pepatah 'perigi mencari timba'.
Sementara itu bercakap kepada pemberita di luar Dewan, beliau mempersoalkan tindakan NGO bagi menangani masalah tersebut sedangkan mereka begitu agresif dan menentang poligami.

"Apa tindakan NGO ini sehingga golongan wanita profesional turut menjadi

kumpulan sasaran warga asing yang menjalankan kegiatan 'love scam' dengan menipu duit mereka, sedangkan mereka juga dahagakan cinta dan memerlukan suami," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) mengenai kadar perceraian di Kedah, Mohd Rawi berkata kadarnya adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan iaitu 5,184 kes pada tahun 2015 berbanding 4,803 kes pada 2014.

Beliau kes khalwat turut meningkat iaitu 387 kes pada 2014 dan 440 kes pada tahun 2015.

Mohd Rawi turut meminta Jabatan Peguam Negara agar berbincang dengan Majlis Kehakiman Negeri Kedah bagi mengurangkan masalah ribuan anak tidak sah taraf yang biasanya berlaku di negeri yang bersempadanan dengan Thailand.

"Negeri yang tiada sempadan mungkin tiada isu macam ini. Saya boleh buktikan ribuan kes di luar sana yang memerlukan undang-undang sedia ada dikendurkan sedikit," katanya dan menambah memang sudah terdapat undang-undang berkaitan yang jelas namun, boleh ia diubah sesuai dengan memenuhi kehendak masyarakat.

DEBARAN BERMULA 22 OGOS INI

Posted: 18 Aug 2016 09:08 AM PDT


shahbudindotcom
 
 
 
 
Dilaporkan saman Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu, termasuk Jho Low dan Riza Aziz untuk membekukan aset-aset yang dipercayai dibeli dengan wang 1MDB yang dilencongkan, akan bermula pada 22 Ogos ini.

Ini bermakna, mereka yang disebut namanya dalam saman itu berpeluang membela diri dan mencabar tuntutan kerajaan AS untuk merampas aset-aset bernilai AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta itu.

Persoalan sekarang ialah sama ada Jho Low, Riza Aziz dan yang lain-lain akan hadir atau tidak dalam perbicaraan tersebut.

Beranikah mereka berhujah dan menunjukkan bukti-bukti bahawa aset-aset tersebut dibeli dengan wang sendiri tidak berkait sama sekali dengan wang 1MDB?

Dalam hal ini, seorang peguam kanan, Zainur Zakaria bagaimanapun tidak yakin mereka akan hadir dalam perbicaraan tersebut kerana katanya, tuntutan Jabatan Kehakiman AS  yang berdasarkan penyiasatan FBI  hanya dilakukan setelah siasatan yang teliti dan rapi dijalankan.

Saya tidak fikir kerajaan AS akan memfailkan saman tersebut jika mereka tidak cukup bukti kerana maruah negara mereka akan berdepan risiko, tambahnya lagi.

Jika tidak hadir, bukan saja aset-aset akan dibekukan, malah juga bermakna mereka tiada kekuatan untuk mencabar dan secara tidak langsung suatu bentuk pengakuan bahawa pembelian aset-aset itu memang berkaitan dengan wang 1MDB yang dicuri.

Menurut peguam Faiz Fadzil sebelum ini, selepas saman sivil pembekuan aset itu, ia pasti akan disusuli dengan saman jenayah pula.

Apakah 22 Ogos ini merupakan permulaan kemelut 1MDB akan terungkai satu persatu kepada rakyat Malaysia dan juga dunia? 
 
 
 

Kami mahu ‘tangkap MO1’ di Dataran, bukan tempat lain, kata penganjur

Posted: 18 Aug 2016 08:48 AM PDT

 
Katanya, pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan, dan publisiti mengenai tempat berhimpun di Dataran Merdeka sudah dilakukan.


Anis_Syafiqah_Md_Yusof


PETALING JAYA: Penganjur Himpunan #TangkapMO1 bertegas tidak akan berpindah ke lokasi lain termasuk ke Padang Merbok seperti disarankan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Jurucakap kumpulan itu, Anis Syafiqah Mohd Yusuf berkata pertukaran lokasi akan mengelirukan peserta himpunan selain publisiti juga sudah dilakukan memaklumkan perhimpunan akan diadakan di Dataran Merdeka.

"Sudah banyak program lain yang dianjurkan di Dataran Merdeka. Jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh berhimpun di sana.

"Dataran Merdeka tempat paling sesuai untuk himpunan. Mudah untuk rakyat datang menaiki pengangkutan awam," katanya kepada FMT.

Beliau berkata himpunan tersebut berlangsung selama dua hingga tiga jam sahaja pada 27 Ogos ini dan bukannya selama tiga hari dua malam.

"Perarakan Merdeka hanya pada 31 Ogos. Jadi, himpunan kita tidak mengganggu acara sambutan merdeka. Kita hanya berhimpun dua hingga tiga jam, pada 27 Ogos. Bukan himpunan 3 hari 2 malam," katanya.

Malaysiakini melaporkan Amin berkata DBKL tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar berhimpun di Dataran Merdeka, sebaliknya mencadangkan ia diadakan di Padang Merbok.

Amin dipetik sebagai berkata dasar standard DBKL ialah untuk membenarkan peserta perhimpunan menggunakan Padang Merbok.

Semalam, polis membenarkan perhimpunan berkenaan diadakan selepas perbincangan antara penganjur dan polis mencapai kata sepakat.

Tunjuk perasaan itu diadakan sebagai respons kepada inisiatif Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan tuntutan sivil untuk merampas aset "yang diperoleh daripada komplot antarabangsa menerusi penyelewengan dana daripada 1MDB".

Tuntutan DoJ itu menamakan beberapa individu termasuk seorang pegawai yang digelar Malaysian Official 1 (MO1).

CAP minta TNB mansuh bil Julai pengguna domestik

Posted: 18 Aug 2016 08:42 AM PDT

 
TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.


Mohamed-Idris_tnb_600


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) memansuhkan bil bulan Julai pengguna domestik ekoran kesulitan yang berpunca daripada tindakan mereka.

Menurut kenyataan CAP, TNB dalam proses menaik taraf sistem bilnya namun perkara itu bukan sahaja diumum lewat malah sepanjang tempoh itu pengguna menghadapi pelbagai kerumitan.

Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal, tidak menerima bil bulan Julai, menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka, antara isu yang dibawa pengguna kepada CAP.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, oleh kerana pendekatan TNB mengelirukan pengguna maka wajarlah mereka (TNB) menangung bil bulan Julai pengguna domestik yang dibeban secara berganda.
"Kami membantah tindakan TNB menghantar bil Julai dan Ogos sekali gus pada bulan Ogos, menurut artikel tersebut.

"Kenyataan TNB yang menyatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai pula tiada kaitan dengan pengguna.

"Soalnya ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak "dipotong"?" soal beliau.

Beliau juga menyoal sebab pengguna yang perlu menanggung beban sedangkan TNB gagal mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani kesulitan ketika menaik taraf sistem bil tersebut.

Justeru itu, Idris menggesa TNB bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

"CAP juga meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal "tenaga" seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil.

Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka," katanya.

Biar SPRM siasat tuduhan MyWatch, kata KPN

Posted: 18 Aug 2016 08:37 AM PDT

 
Pengerusi MyWatch hari ini mendakwa abang Tan Sri Khalid Abu Bakar, Abdullah ialah salah seorang pengarah Akademi Menembak Unggul.


khalid-abu-bakar_sanjeevan_sprm_600


PETALING JAYA: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menutup mulut berhubung tuduhan dilemparkan kepadanya oleh Pengerusi MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan yang menyatakan abangnya ialah pengarah dalam satu syarikat akademi menembak.

Sebaliknya, Khalid memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak akan komen. Biar SPRM siasat," katanya kepada FMT.

Terdahulu hari ini, Sanjeevan membuat laporan kepada SPRM, mendakwa kemungkinan wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Khalid, di mana abangnya dikatakan pengarah Akademi Menembak Unggul.

Bagi menyokong tuduhannya, Sanjeevan memetik dokumen pendaftaran syarikat yang ditinggalkan di pejabatnya oleh seorang individu yang tidak dikenali.

Di dalamnya, ia menyatakan abang Khalid, Abdullah Abu Bakar ialah salah seorang daripada lima pengarah syarikat itu.

"Saya sudah menyerahkan satu set dokumen SSM kepada SPRM. Di dalamnya menyatakan akademi itu mempunyai modal berbayar RM400,000.

"Ia didaftarkan pada 1 November 2013, enam bulan selepas Khalid menjadi pegawai polis tertinggi negara.

"Kami menggesa SPRM menyiasat jika lesen operasi akademi itu dikeluarkan Khalid sendiri dan jika ia mendapat sebarang kontrak kerajaan," katanya selepas membuat laporan itu.

Sanjeevan merujuk dakwaan Sarawak Report pada 22 April lalu yang anak perempuan Khalid, Juwiza dan iparnya, Mohd Isa Hussin adalah pemilik bersama syarikat senjata api, Nilai Arms and Ammunitions Sdn Bhd.

"Anak perempuannya didakwa menjual senjata api, manakala abangnya melatih orang cara menggunakan senjata api.

"Jadi, kami harap SPRM akan menyiasat dua syarikat yang dikaitkan dengan Khalid dan jika ia ada kaitan antara satu sama lain," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Ali Tinju berang lori najis kelirukan orang Melayu

Posted: 18 Aug 2016 08:32 AM PDT

 
Presiden Gerakan Merah mendesak syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd supaya mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tak menyangka ia lori Amanah Saham Wawasan.
 
 
 
alitinju11


KUALA LUMPUR: Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.

Keberangan aktivis Gerakan Merah itu bagaimanapun berjaya diredakan seorang pegawai PNB, yang menjelaskan lori najis itu sebenarnya milik syarikat swasta ASW Tech-I, dan tidak ada kaitan dengan PNB mahupun anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad.

"Kita sudah berjumpa dengan pegawai PNB, mereka menyangkal logo yang berada di lori najis adalah kepunyaan anak syarikatnya PNB (ASW 2020). Mereka cakap logo yang kita bantah ini tidak ada kena-mengena dengan PNB," jelasnya kepada pemberita sambil memegang kain rentang, selepas pertemuan dengan pihak PNB.

Selepas menyedari tersilap sasaran, Ali Tinju berikrar akan mencari pemilik sebenar lori najis itu dan akan mendesak mereka menukar logo berkenaan bagi mengelakkan orang Melayu terkeliru.

"Kita akan bongkar dan cari siapa pemilik syarikat lori najis tersebut. Kita Gerakan Merah mewakili NGO Malayu mendesak pihak bertanggungjawab menukar logo (ASW) di lori najis itu (bagi mengelakkan ia memberi) pandangan tidak baik kepada orang Melayu, memandangkan benda ini (najis) kotor.

"Kita minta syarikat berkenaan janganlah guna logo ASW di lori najis, kita takut pandangan rakyat kepada Amanah Saham Wawasan 2020 berada di lori najis itu tidak elok," katanya.

Lebih 10 wartawan bergegas ke Menara PNB, selepas menerima jemputan Ali Tinju.

LIHAT VIDEO DI SINI

Jangan amal politik samseng, nasihat Amanah kepada PAS

Posted: 18 Aug 2016 08:21 AM PDT

 
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata medan politik hari ini berubah dengan pembentukan parti pembangkang baharu dan pembentukan PH 


Mohd-Amar-Nik-Abdullah_salahuddin_kel_6001


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menghentam kenyataan Naib Presiden PAS tentang penyertaan parti politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Kelantan.

Menurut laporan Bernama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sekiranya parti pembangkang bersungguh mahukan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada PRU14, parti selain PAS dan PKR tidak boleh bertanding di Kelantan.

Salahuddin berkata kenyataan Amar menunjukkan parti Islam itu mengamalkan politik samseng.

"Bagi saya itu politik samseng. Dalam politik sebetulnya ialah mengkaji kekuatan dan kelemahan setiap parti sebelum memutuskan parti apa bertanding di mana," katanya kepada FMT.

Beliau menambah PAS tidak sepatutnya merasakan kemenangan pasti berpihak kepadanya kerana menguasai kerusi untuk sekian lama.

"Medan politik sudah berubah. Dulu tiada Pakatan Harapan, sekarang ada. Sekarang ada parti-parti pembangkang baharu seperti Bersatu."

Beliau berkata walaupun Bersatu parti baru dibentuk, itu tidak bererti ia tidak relevan kepada medan politik.

Salahuddin mengingatkan PAS yang ia tidak pernah menang Kelantan secara bersendirian sejak 1990, kerana sebelum ini ia disokong Pakatan Rakyat. Sekitar 1990an, ia disokong Semangat 46.

Tegasnya kemenangan parti sebelum ini juga lantaran ketokohan bekas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"PAS berjaya memenangi Kelantan pada 1990 kerana dibantu Semangat 46, Hamim (Hizbul Muslimin Malaysia) dan Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Kerjasama sangat penting dalam politik."

Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata Amar sekadar menyatakan senario yang lazim berlaku.

"Secara tradisinya, itu yang lazim berlaku. Nampaknya yang yang dikehendaki PAS ialah status quo," katanya kepada FMT.

"Pastinya perbincangan perlu dilakukan sebelum sebarang memutuskan sesuatu dan sekarang ini masih terlalu awal untuk mengatakan begitu keadaannya pada pilihan raya akan datang.

"Sebelum perbincangan dibuat, semua pihak akan nyatakan pendirian masing-masing tentang perkara ini sepertimana saya yakin DAP mahu PAS jangan bertanding di Pulau Pinang."

Beliau menambah semua kenyataan yang menyatakan hasrat untuk pertandingan satu lawan satu "petanda yang dialu-alukan".

Sampai bila Amanah akan jadi khadam DAP?

Posted: 18 Aug 2016 08:17 AM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Bagaimana pemerhati perkembangan politik Parti Amanah Negara tidak merumuskan bahawa parti itu adalah 'khadam' pada DAP jika apabila ada isu terhadap parti dominasi Cina itu, Amanah akan tampil mempertahankannya.
 
Terbaharu ialah apabila Pemuda DAP menyatakan pendirian tidak mahu bekerjasama dengan parti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menganggapnya bersikap rasis, Amanah pula yang menjadi "pegawai penerangannya".
 
Amanah menyifatkan pendirian Pemuda DAP yang menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bukanlah pendirian rasmi DAP.
 
Menurut Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir, Pemuda DAP berhak menyatakan pendiriannya dan yakin perkara itu akan ditangani pimpinan tertinggi DAP kelak.   
 
"Pemuda DAP jika mereka menyatakan tidak senang, itu kenyataan Pemuda (DAP) sahaja bukannya pendirian parti mereka lagi. 
 
"Jadi masing-masing berhak untuk mengeluarkan sebarang pendapat," katanya ketika mengulas pendirian pemuda DAP yang menolak parti yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana mengamalkan diskriminasi perkauman.
 
Menurut Anuar, bukan Pemuda DAP sahaja bersikap kritis terhadap keahlian Bersatu tetapi Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut menyatakan pandangan yang sama.
 
Katanya, Subramaniam menganggap masyarakat India yang menyertai Bersatu akan menjadi ahli 'kelas kedua' di dalam parti itu. Ini kerana bukan Melayu hanya diterima ahli bersekutu dan tidak boleh memegang jawatan pimpinan parti itu.
 
Selain itu, menurut Anuar, Bersatu tidak dikira sebagai parti berasaskan kaum apabila turut membuka ruang untuk kaum lain menyertai mereka walaupun sebagai ahli bersekutu.
 
"Maknanya jika ada 'ahli bersekutu' sekurang-kurang mereka sudah membuka keahlian kepada kaum lain. Tidak boleh kita kata mereka parti satu kaum sahaja," katanya lagi.
 
Sehubungan itu, Anuar menegaskan bahawa Amanah tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu jika mempunyai hala tuju yang sama.
 
"Amanah akan berkerjasama (dengan) sesiapa yang mahu melihat reformasi berlaku di dalam negara ini tanpa mengira parti mana jika siapa yang memberikan komitmen untuk memberikan kepimpinan yang baru di negara ini," ujarnya.
 
DAP dapat sokongan parti Melayu
 
Memang benar dan cekap Mahathir menilai peribadi Melayu – mudah lupa. Kira-kira 18 tahun lalu, Setiausaha Agung Amanah itu sendiri adalah di kalangan yang bertempiaran menyembunyikan diri diburu polis Mahathir menyergap penyokong Anwar Ibrahim. 
 
Bagaimanapun kini setelah bertukar kulit daripada menyokong Parti Keadilan Nasional (kemudian Parti Keadilan Rakyat) kerana tidak selesa dengan pimpinan lain yang tidak mengikuti tarbiyah Angkatan Belia Islam, Anuar dan pemimpin PKN yang seangkatannya lain menyertai PAS.
 
Tujuannya ialah untuk beristiqamah. Mereka tidak serasi dengan penyokong Anwar yang datang dari Umno dalam PKN. Mereka mahu terus tekal dengan prinsip jemaah dan harakah Islamiah.
 
Sedihnya apabila berada dalam PAS Anuar dan pimpinan yang seangkatan dengannya  mendapati PAS ada banyak kekurangannya, sebahagian besar daripada mereka mulai kurang senang dengan kepimpinan ulama PAS.
 
Maka timbul keghairahan untuk merentap kuasa dalam PAS dan mereka pun berpakat menundukkan kaum ulama dalam pemilihan muktamar 2015. Malangnya, mereka gagal.
 
Sejak itu yang paling akrab dengan mereka ialah DAP. Ini mendorong sebilangan pemimpin PAS yang menggelar kumpulan bekas ahli PAS yang menubuhkan Amanah itu sebagai 'khadam' DAP.
 
Demikian status quo politik Amanah. Mereka lebih banyak bergantung kepada sokongan DAP termasuk dalam perundingan kerjasama politik dengan PKR. 
 
Natijahnya hajat mereka untuk meletakkan calon dalam dua pilihanraya kecil parlimen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar terkabul berkat sokongan DAP. Dek segankan DAP, PKR melupakan hasrat mahu calonnya bertanding di Sungai Besar.
 
Kini Amanah mendambakan sokongan Bersatu khususnya mahu menumpang aura Mahathir. Amanah segera mengesyorkan supaya rundingan kerjasama dengan Bersatu diadakan.
 
Yang anehnya, pendaftaran Bersatu sendiri belum selesai.  Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru menyerahkan pendaftaran parti baru itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
Muhyiddin berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
Soal keahlian dalam Bersatu bukan isu bagi Amanah. Yang penting Amanah nampak agak ghairah segera diiktiraf sebagai sebuah parti politik nasional yang dinamik dan bersedia bekerja keras untuk menjatuhkan bukan sahaja Umno tetapi lebih utama, PAS.
 
Nampaknya, jalur pemikiran politik Islam pemimpin Amanah sudah amat jauh daripada tunas pemikiran dan pendekatan politik Islam PAS. Bukan sahaja jalur politik Islam PAS sudah tanggal daripada perjuangan mereka malah ia lebih selesa dengan DAP dan PKR yang sekular.
 
 

Mahkamah Singapura isytihar anak Daim muflis

Posted: 18 Aug 2016 08:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Singapura mengisytiharkan anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai muflis minggu lalu kerana berhutang S$1.65 juta (RM4.9 juta) dengan Maybank Kim Eng Securities.
 
Menurut laporan The Straits Times, Md Wira Dani Abdul Daim, 37, meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif LionGold Corp, menurut kenyataan yang dihantar kepada Bursa Singapura, di mana beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kewangannya dalam 30 hari.
 
Isnin lalu, Wira turut berundur daripada jawatan pengerusi eksekutif ISR Capital, sebuah firma pelaburan.
 
Maybank menyaman Wira bagi mendapatkan balik sejumlah S$2.459 juta (RM7.3 juta) yang dipinjamnya bagi membeli saham LionGold.
 
Nilai saham LionGold jatuh sebanyak S$6.9 bilion pada Oktober 2013 menyebabkan pelbagai tindakan mahkamah.
Wira sebelum ini bersetuju melangsaikan hutangnya secara ansuran, tetapi hanya membayar S$100,000 sehingga Ogos 2014.
 
 
 
April lalu, Maybank bersetuju dengan tawaran peguam Wira untuk melangsaikan hutang menerusi dua bayaran S$1 juta menjelang Jun.
 
Bagaimanapun, Maybank hanya menerima S$835,950, dan membuat keputusan memfailkan tindakan muflis.

Kerajaan tak teragak-agak ambil tindakan undang-undang kepada pesalah 1MDB

Posted: 18 Aug 2016 08:07 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku dan individu bersuhabat dengan pihak yang menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  
 
Memetik teks ucapannya daripada portal Free Malaysia Today, Paul berkata, wang yang diambil daripada 1MDB perlu dikembalikan sepenuhnya dan mereka yang didapati bersalah perlu dihukum mengikut undang-undang Malaysia dan negara di mana wang haram itu digubah.
 
"Pendakwaan jenayah perlu dimulakan dan undang-undang mesti dipertahankan.
 
"Agensi penguatkuasaan dan Peguam Negara perlu memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua agensi antarabangsa untuk menangani perkara itu dengan cara sewajarnya bagi mengurangkan persepsi negatif serta mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya sempena Simposium Tadbir Urus 2016 di ibu negara, hari ini.
 
Bulan lalu, Peguam Negara AS, Loretta Lynch mengumumkan tindakan sivil diambil bagi menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dikaitkan dengan konspirasi pengubahan wang haram daripada dana 1MDB.
 
Jabatan Kehakiman AS (DOJ) telah memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.
 
 

Nasib Chegubard akan diketahui beberapa hari lagi - PKR

Posted: 18 Aug 2016 07:42 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR hari ini mengiyakan bahawa parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status ahlinya yang digantung, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dalam masa terdekat.
 
Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, mesyuarat Jawatankuasa Displin yang akan diadakan beberapa hari lagi bakal membincangkan beberapa isu termasuklah kemungkinan pemecatan Chegubard.
 
"Ya (memang ada Mesyuarat Biro Politik) sebab akhirnya keputusan bukan Biro Politik yang buat tapi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang buat keputusan untuk pecat atau tidak dan mengesahkan.
 
"Saya difahamkan Jawatankuasa Displin sedang kendalikan kes dia (Chegubard) jadi mungkin dalam sedikit masa (beberapa hari lagi) mereka akan buat keputusan dan akan dimaklumkan kepada dia.
 
"Mungkin dalam sehari dua lagi (mesyuarat diadakan)," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Jelasnya, apa-apa keputusan sama ada untuk memecat mahupun menggantung seseorang ahli parti akan diputuskan oleh MPP setelah Jawatankuasa Displin mengadakan mesyuarat dan perkara itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada Biro Politik PKR.
 
Bagi kes Chegubard, katanya proses berkenaan kini diperingkat Jawatankuasa Disiplin bagi memaklumkan kepada Biro Politik sebelum keputusan muktamad diumumkan oleh MPP.
 
"Dia (Mesyuarat Jawatankuasa Displin) ada banyak isu bukan kes Chegubard sahaja, ada beberapa isu yang lain. Dalam perlembangaan kita Lembaga Displin akan maklumkan kepada Biro Politik kemudian biro politik akan buat cadangan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Saya rasa itu yang sedang berlaku.
 
"Maknanya belum ada keputusan lagi. MPP kena buat keputusan," jelas Ahli Parlimen Sungai Petani itu.
 
Johari berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Chegubard hari ini yang memaklumkan bahawa Biro Politik PKR sedang mengambil keputusan untuk meluluskan usul memecat dirinya.
 
"Mendapat khabar....Biro Politik PKR ambil keputusan lulus usul pecat che'GuBard kerana tindakan ke SPRM. Kononnya perlu pecat segera sblm che'GuBard ke SPRM dan pergi lebih jauh.
 
"Saya baru dihantar oleh kawan MPP yg 'mereka' dah edar surat kutip sign (tanda tangan) persetujuan sokongan semua MPP," dakwa Chegubard menerusi satu status di Facebook beliau.
 
Tindakan pecat itu berkemungkinan diambil PKR berikutan Chegubard yang agresif mendedahkan kononnya terdapat salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. 
 
Chegubard sebelum ini dilaporkan akan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku Azmin, Jumaat depan.
 
Ia berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.
 
Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
 
Ujarnya, keadaan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembab di bawah Konvensyen Ramsar.
 
Malah pihaknya juga bertindak menghantar surat kepada kepimpinan tertinggi PKR bagi melakukan siasatan salah laku mengaitkan Azmin dan exco kerajaan negerinya, Elizabeth Wong.
 
Elizabeth pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini bagaimanapun menafikan dakwaan Chegubard, sambil menjelaskan lot 68054 yang dibangkitkan Chegubard itu bukan milik Paya Indah Wetlands, sebaliknya dimiliki oleh syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
 
 

Timbalan Setiausaha Agung Gerakan letak jawatan pada 18-08-2016 06:08 Post Pic GEORGE TOWN: Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr Thor Teong Gee meletak semua jawatan dalam parti namun kekal sebagai ahli biasa susulan dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan calon kerusi Parlimen Jelutong pada pilihan raya umum lepas. "Saya akan faks peletakan jawatan saya hari ini (18 Ogos) kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong. "Saya telah menghabiskan kehidupan saya dalam politik. "Walau bagaimanapun, saya tidak fikir saya boleh terus menawarkan perkhidmatan saya dalam situasi seperti ini. "Saya mengambil tindakan ini sebagai tindak balas kepada beberapa laporan yang diterbitkan dalam pelbagai akhbar Cina sejak minggu lalu," katanya pada sidang media di sini. Laporan berkenaan yang memetik pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong sebagai berkata Dr Thor telah campur tangan dalam menyenaraikan calon Jelutong. Dr Thor menjadi ahli Gerakan sejak tahun 2000 dan merupakan Timbalan Setiausaha Agung sejak 2013.

Posted: 18 Aug 2016 07:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr Thor Teong Gee meletak semua jawatan dalam parti namun kekal sebagai ahli biasa susulan dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan calon kerusi Parlimen Jelutong pada pilihan raya umum lepas.
 
"Saya akan faks peletakan jawatan saya hari ini (18 Ogos) kepada Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
 
"Saya telah menghabiskan kehidupan saya dalam politik.
 
"Walau bagaimanapun, saya tidak fikir saya boleh terus menawarkan perkhidmatan saya dalam situasi seperti ini.
 
"Saya mengambil tindakan ini sebagai tindak balas kepada beberapa laporan yang diterbitkan dalam pelbagai akhbar Cina sejak minggu lalu," katanya pada sidang media di sini.
 
Laporan berkenaan yang memetik pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong sebagai berkata Dr Thor telah campur tangan dalam menyenaraikan calon Jelutong.
 
Dr Thor menjadi ahli Gerakan sejak tahun 2000 dan merupakan Timbalan Setiausaha Agung sejak 2013.
 
 

Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus

Posted: 18 Aug 2016 07:31 AM PDT

SINAR HARIAN


Noor Amila Edrus Norsham
(Gambar kecil) Noor Amila Edrus Norsham


KUALA LUMPUR - Mayat kanak-kanak yang ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang di sini tengah hari tadi disahkan sebagai Noor Amila Edrus Norsham yang hilang sejak minggu lalu.   

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali kepada media.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak polis masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian kanak-kanak itu.

Susulan penemuan itu, mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan mayat: Media penuhi kawasan bilik mayat]

Sumber polis memberitahu kanak-kanak tersebut ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

"Sekarang kita sedang tunggu keputusan forensik dan saya tidak boleh dedahkan apa-apa setakat ini, bimbang mengganggu siasatan," kata Abdul Hamid.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang di Jinjang Utara pada Khamis lalu sebelum ditemukan sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dia dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berdekatan kediamannya dan tidak pulang hingga waktu Maghrib.

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa yang ditahan sebelum ini, membawa polis ke lokasi penemuan itu, kata satu sumber. - Bernama


Comments (0)