Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PARTI BARU TUN M: PAS TAK MAHU PISANG BERBUAH DUA KALI

Posted: 07 Aug 2016 05:00 PM PDT

Pas akan mengkaji dasar dan prinsip parti sebelum memutuskan menyertai atau sebaliknya parti baharu yang diperjuangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas sudah belajar daripada kesilapannya yang lalu dan tidak lagi mahu mengulangi perkara sama.
"Pas bekerjasama atau tidak, bergantung kepada dasar parti atau prinsip perjuangan parti tersebut dan agenda perjuangan mereka. Kita perlu hati-hati dan teliti lebih lanjut, tidak semestinya mereka di blok pembangkang (yang menentang kerajaan), Pas akan terus hulur kerjasama.
"Sebagai sebuah parti dewasa dan berpengalaman, sebahagian ilmu dan pelajaran adalah pengajaran yang Pas lalui, Pas tidak akan ulang kesilapan lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai 'kesilapan' Pas bekerjasama dengan DAP menerusi ikatan Pakatan Rakyat terdahulu.
Katanya lagi, Pas tidak menentang penubuhan parti baharu di negara ini selagi ia ditubuhkan mengikut proses undang-undang sedia ada.
"Kita perlu nilai dan kaji untung rugi (sekiranya mahu bekerjasama dengan parti baharu) terhadap perjuangan yang didukung Pas.
"Kita tidak hanya berjuang sekadar menjadi pembangkang dan menentang kerajaan semata-mata, kita berjuang secara berprinsip dengan matlamat membina negara sejahtera dan membina kebaikan untuk rakyat," katanya lagi 

KHARUDDIN BERI PETUNJUK TOLAK MUHYIDDIN, HANYA TUN M SAHAJA BUKAN MUHYIDDIN

Posted: 07 Aug 2016 05:46 AM PDT

khairuddin

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengakui beliau hanya mengiktiraf kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding pemimpin lain di negara ini.
Pengakuan terbuka itu sekaligus memberi penjelasan kepada sikap dinginnya terhadap penubuhan parti baharu yang bakal dipimpin bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dalam apa jua keadaan, kesetiaan dan pengorbanan saya hanyalah kepada Tun Mahathir dan bukan kepada pemimpin-pemimpin lain.
"Pemimpin-pemimpin lain jangan lagak pandai dan jangan sama sekali kurang ajar dengan Tun Mahathir," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Pada Jumaat lalu Khairuddin menegaskan beliau tidak berminat untuk menyertai parti baharu yang turut diusahakan Dr Mahathir sebaliknya mahu berjuang menentang rasuah atas platform peribadi.
Sebelum itu menerusi posting di Facebook, Muhyiddin yang juga bekas timbalan presiden Umno menyatakan akan menyerahkan permohonan penubuhan parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam masa terdekat.
Mengulas mengenai penubuhan parti baharu tersebut, Khairuddin mengingatkan supaya ianya tidak dikawal atau menjadi milik eksklusif sesetengan pemimpin sahaja.
Tegasnya, pandangan semua pihak khususnya Dr Mahathir perlu diberi perhatian sewajarnya.
"Penubuhan sesebuah parti politik mestilah berteraskan kepada pasukan atau konsep konsensus. Ianya tidak boleh hanya dikawal oleh kumpulan kecil tertentu saja.
"Parti politik bukan milik eksklusif seseorang individu tertentu saja tetapi ianya harus menjadi milik kumpulan besar agar semangat sense of belonging' akan terjalin di kalangan ahli-ahlinya. Kaedah penubuhan parti baharu mestilah betul dari awal," katanya.
Tambah Khairuddin lagi, parti baharu itu juga seharusnya tidak dibayangi oleh budaya politik Umno walaupun ia bakal diterajui oleh bekas pemimpin tertinggi parti berkenaan.
"Kalau parti baharu dan pemimpinnya hanyalah inheritance serta duplication daripada Umno, maka yakinlah kita juga bakal ditolak oleh rakyat.
"Sifat angkuh pemimpin mesti dibuang secara total dari jati diri pemimpin-pemimpin parti baharu. Kita harus bersih dan kelihatan bersih untuk jadi pemimpin," katanya 

Comments (0)