Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO: PKR AKAN MOHON MAAF KEPADA TUANKU SULTAN SELANGOR SUSULAN KEBIADAPAN NAIB PRESIDENNYA

Posted: 04 Aug 2016 08:28 PM PDT




PKR mengakui Naib Presiden parti itu Darell Leiking telah menghina institusi Kesultanan Melayu dan telah diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu lagi.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata amaran telah diberikan kepada Darell dua minggu lalu, namun parti tidak berhasrat untuk mengenakan tindakan susulan terhadapnya.
"Pihak parti kita telah mengambil tindakan dua minggu yang lalu kita telah berikan peringatan supaya perkara-perkara ini perlu dibincangkan di peringkat dalaman parti untuk mendapatkan penjelasan dan tidak membuat tuduhan secara terbuka," kata Azmin
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor bagaimanapun, menyerahkan siasatan isu berkenaan kepada pihak polis.
"Perkara ini sedang disiasat oleh polis, kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat,"jelasnya lagi.
Pada 7 Julai lalu, Darell telah memuat naik status di akaun Facebook beliau yang mempertikai khutbah dikeluarkan JAIS sempena Aidilfitri 6 Julai 2016.
Kandungan khutbah itu antara lainnya telah memuji usaha memartabatkan institusi perundangan Syariah menerusi usul Rang Undang-Undang Persendirian mengenai Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.
'Lelihatan Selangor seperti ditadbir oleh ekstremis Islam' (it is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor),"kata Darell dalam Facebooknya.
Sehubungan dengan itu, ADUN Sungai Panjang Budiman Zohdi mengemukakan usul tergempar mengenai tindakan penghinaan Darell ini kelmarin, namun usul berkenaan ditolak Speaker DUN Hannah Yeoh.

Comments (0)