Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:10 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AZMIN ALI SEMBUNYI SKANDAL TANAH PAYA INDAH WETLANDS KATA ABDUL RAZAK

Posted: 22 Aug 2016 05:22 PM PDT

azmin

Kemelut skandal tanah Paya Indah Wetlands semakin memuncak apabila beberapa ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) dilihat seolah-olah cuba melindungi kepentingan pihak terlibat dengan tidak memberi ruang kepada pendengaran awam atas pelbagai alasan.
Ahli Jawatankuasanya, Haniza Mohamed Talha, secara peribadi menolak usul dibawa pegawai khas salah satu exco kerajaan negeri Selangor, Abdul Razak Ismail bersabit skandal itu atas alasan tuduhan tersebut tidak berasas dan kononnya Razak tidak mewakili mana-mana pihak.
Malah Haniza, juga Adun Taman Medan turut mempertikaikan kredibiliti Razak yang didakwanya sekadar kerani di pejabat Datuk Teng Chang Kim.
Selain Haniza, ahli Jawatankuasa SELCAT lain, Dr Xavier Jayakumar, turut beranggapan bahawa usul Razak itu tidak perlu diberi perhatian atas alasan isu penukaran status tanah Paya Indah Wetlands telah dijelaskan oleh kerajaan negeri dan tuduhan dalam isu berkenaan adalah fitnah.
Sehubung dengan itu, Xavier beranggapan tidak ada keperluan untuk SELCAT melayan usul Razak itu.
Razak melalui posting laman Facebooknya, beberapa hari lalu, mendedahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat kesilapan semasa meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands dan kemudian menulis surat meminta SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan 'kesilapan' itu.
Kontroversi penukaran status tanah Paya Indah Wetlands mula didedahkan Penyelaran Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali memulakan usaha pelengkungan semula kawasan terbabit dan menukar status dari kawasan hijau kepada tanah perindustrian.

VIDEO: PERDANA MENTERI REBAH

Posted: 22 Aug 2016 02:24 AM PDT

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tiba-tiba rebah ketika berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan, republik itu.
"Pasukan perubatan sedang merawatnya sekarang. Hasil pemeriksaan mendapati keadaannya tidak serius. PMO akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Lee, 64, dijangka menamatkan ucapan dalam versi bahasa Inggeris pada jam 10 malam. Ucapan Lee tiba-tiba tersekat-sekat sebelum mukanya pucat dan badannya menggigil di rostrum sebelum visual televisyen
dialihkan ke arah hadirin.
Sebelum itu, Lee telah berucap dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada jam 6.45 petang.
Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan Lee telah meminta Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean untuk menyampaikan pesanan beliau akan kembali menamatkan ucapannya.
Maklumat terkini dari PMO pula berkata: "PM Lee tidak sihat kerana telah berdiri terlalu lama, kepanasan dan dehidrasi. Keadaan jantungnya adalah baik dan beliau tidak mengalami strok."
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya," tambah kenyataan itu. PM Lee kemudian menyambung semula ucapannya pada jam 10.40 malam.

Comments (0)