Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:18 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIDEO; LIM GUAN ENG GADUH DENGAN NGO PULAU PINANG

Posted: 17 Aug 2016 11:04 PM PDT


lge-penagBerhenti serang kami, kata NGO Penang Forum kepada pimpinan DAP Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam.

Penang Forum, gabungan 12 NGO tempatan di Pulau Pinang, menggesa kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng menghentikan serangan yang tidak wajar ekoran bantahan mereka terhadap Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).

Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang marah apabila Penang Forum menulis surat kepada Unesco pada 23 Jun lalu mendakwa multi-billion ringgit PIP itubakal mengancam nilai universal terkemuka yang terdapat pada tapak warisan dunia di George Town.

Penang Forum dituduh Guan Eng sebagai menikam belakang kerajaan negeri kerana mereka tidak sepatutya berbuat demikian walaupun tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Sebelum ini Penang Forum mempersoalkan langkah Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menyokong cadangan Konsortium SRS untuk membina LRT di Pulau Pinang dan menolak pembinaan sistem Trams.

Sedangkan sebelum PRU-13, Guan Eng sendiri menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih sistem pengangkutan menggunakan trams berbanding LRTs atau monorel.

Namun, kini berlaku sebaliknya.

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang kini dijangka akan melibatkan kos berjumlah lebih RM 46 billion iaitu melebihi RM 19 billion daripada jumlah anggaran kos awal berjumlah RM 27 billion.

Konsortium SRS dilaporkan berkata kawasan laut seluas lebih 1400 ekar yang dicadangkan untuk ditebusguna sebelum ini tidak mencukupi untuk menampung kos sebenar PIP.

Jurucakap Penang Forum, Dr Lim Mah Hui berkata beliau menulis surat 15 helaian kepada Unesco itu bertujuan untuk menonjolkan tentang potensi bahaya PIP yang mungkin boleh menyebabkan Pulau Pinang kehilangan status Tapak Warisan Dunia Unesco.

"Risiko daripada PIP dan ancamannya terhadap warisan kita yang tidak ternilai mesti didedahkan," katanya.

Dr Lim juga sanggup dikenakan tindakan termasuk dipecat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)kerana mempertahankan bantahan terhadap projek itu.

"Bagi saya, saya telah bersuara, jika Ketua Menteri mahu pecat daripada MBPP, beliau boleh lakukannya tetapi ia tidak akan menyebabkan saya 'membisu'.

"Tatkala bersuara untuk mengekalkan status warisan Pulau Pinang, saya dituduh cuba untuk memusnahkannya, tiada apa yang lebih terkehadapan dari kebenaran,"katanya.

PROFESOR AGUS AKHIRNYA DILANTIK AHL PANEL SPRM YANG BARU

Posted: 17 Aug 2016 05:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 20 anggota badan bebas, yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan Panel Penilaian Operasi (PPO) berkuat kuasa pada Isnin.
Seramai 13 individu dilantik sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) dan tujuh lagi sebagai anggota Panel Penilaian Operasi (PPO).
Tempoh pelantikan mereka adalah selama setahun berkuat kuasa pada Isnin sehingga 14 Ogos 2017, kata SPRM dalam kenyataan di sini, Isnin.
"Anggota bagi kedua-dua badan bebas itu terdiri daripada pemimpin badan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan, profesional dan ahli akademik. Selain itu, mereka juga terdiri daripada bekas pegawai tertinggi kerajaan.
"Mereka dilantik secara pentadbiran di bawah Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.
Anggota PPPR terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam (Pengerusi); bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr Mohd Sham Mohd Sani, Profesor Adjung di Asia e University, Tan Sri Profesor Datuk Dr T Marimuthu; Pengarah Urusan The Store Corporation Berhad, Tan Sri Tang Yeam Soon dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk V. Danapalan.
Anggota panel PPPR lain ialah pengasas Naim Land Sdn Bhd, Datuk Hasmi Hasnan; Karyawan Tamu di Fakuliti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia, Datin Dr Amla Mohd Salleh; Peguambela dan Peguamcara di Shukor Baljit dan Partners, Datuk Baljit Singh Sidhu; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak; Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Md Haslam Khan, Dekan Pengasas dan Pakar Psikiatri, Fakulti Perubatan, Cyberjaya University College of Medical Sciences Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa.
Anggota PPO pula terdiri daripada bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zaleha Zahari (Pengerusi); bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Pengerusi Malaysian Rating Corporation Berhad Datuk Azizan Abdul Rahman, bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Dr Siti Mariam Che Ayub; Peguambela dan Peguamcara di Selva Mookiah dan Associates, Datuk Selva Mookiah; Profesor Madya di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Profesor Madya di Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Yap Bee Wah.
SPRM yang diwujudkan pada 2009, mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, PPPR dan PPO. – BERNAMA

Comments (0)