Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:30 PG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP TOLAK KERJASAMA DENGAN PARTI BARU MUHYIDDIN

Posted: 10 Aug 2016 09:00 PM PDT

Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini menolak kerjasama dengan parti politik baharu yang berlandaskan kaum, parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dengan berkata ia tidak berbeza daripada UMNO.
Jurucakap DAPSY, Chiong Yoke Kong berkata parti politik yang mengamalkan diskriminasi kaum tidak akan menyelamatkan Malaysia sebaliknya akan terus membiakkan amalan rasis di negara ini.
"Usaha untuk menjadikan ahli bukan Melayu sebagai ahli bersekutu (sekunder) serta melarang ahli-ahli tersebut daripada mengundi serta menyertai pemilihan parti adalah salah satu bentuk politik perkauman.
"Sesebuah parti politik yang membezakan ahli mengikut kaum dan warna kulit jelas merupakan diskriminasi kaum," katanya menerusi satu kenyataan.
Semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan pendaftaran parti baharu yang dikenali dengan nama singkatan "Bersatu" itu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Beliau berkata, Bersatu terbuka kepada semua warga negara Malaysia Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.
Yoke, pengarah pendidikan politik DAPSY, berkata dasar kaum Bersatu itu merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi.
"Langkah sedemikian bukan sahaja tidak akan disokong oleh pengundi bandar yang progresif, malah pengundi luar bandar turut tidak dapat membezakan antara UMNO dengan Bersatu.
"Dan sudah pasti mereka tidak akan mengundi parti sebegini yang hanya ditubuhkan untuk menumpaskan rejim Najib" tegasnya.
Sementara itu, Ketua PKR Putrajaya Onn Abu Bakar pula masih ragu dengan parti baharu-Bersatu-dalam memperjuangkan agenda reformasi.
Onn mempersoalkan sama ada parti tersebut dapat memenuhi kehendak rakyat pelbagai kaum yang menginginkan perubahan menyeluruh terhadap sistem negara, bukan sekadar menjatuhkan kerajaan sekarang.
"Sesebuah parti mampu bertahan kerana idealisme dan daya juang yang tinggi. Parti berasaskan kaum tidak serasi dengan masa kini," katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata partinya akan menyokong mana-mana parti yang membawa agenda reformasi.
"Yang penting ialah keberanian untuk melaksanakan program reformasi," kata Azmin.
Onn berkata masih ada ahli PKR yang menyimpan kemarahan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed dan ini boleh menimbulkan masalah dalam kerjasama kedua-dua parti pada masa akan datang.
"Ramai ahli yang masih menunggu untuk melihat sejauh mana kemampuan parti baharu ini. Tidak dinafikan ada yang masih marah dengan Mahathir, luka sudah hilang tetapi parut masih ada," katanya.
Bekas setiausaha PKR Kemaman, Wan Anies Adnan berkata parti baharu itu harus membuktikan kesungguhan dalam melakukan perubahan seperti membanteras rasuah, pemisahan kuasa dan kebebasan media.
"Jika semua ini boleh dijelaskan dengan baik, kami ahli akar umbi PKR tiada masalah untuk bekerjasama dengan mereka," katanya sambil menegaskan Bersatu harus menjadi rakan setara dengan parti pembangkang, bukannya menjadi "abang besar" kepada mereka.

PAS TURUT UCAP TAHNIAH KEPADA PANDELELA IKUT KERAJAAN BN

Posted: 10 Aug 2016 05:00 PM PDT




Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) mengucapkan sekalung tahniah kepada Pandelela Rinong Pamg dan Cheong Jun Hoong yang telah berjaya mendapatkan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik 2016 di Rio. Gandingan mantap ini telah memenangi pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama wanita dengan mata 344.34.

Dilahirkan pada 2 Mac 1993, Pandelela yang baru berusia 23 tahun merupakan anak jati Sarawak, berasal dari keluarga Bidayuh di Bau. Beliau telah terlibat dalam bidang ini sejak berusia 7 tahun lagi dan telah memenangi pelbagai pingat dalam setiap acara yang disertai.

Pada Julai 2015 yang lalu, beliau sekali lagi menempa nama dengan menjadi atlet pertama Malaysia yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016. Kejayaan ini diperoleh melalui usaha gigih beliau meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter platform perseorangan di Kejohanan Akuatik Dunia FINA yang berlangsung di Kazan, Rusia.

Selaku anak Sarawak yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, DMPNS turut berbangga dan mengajak anak-anak Sarawak untuk turut serta menaikkan nama negara dalam bidang dan kemahiran masing-masing. Diharapkan kejayaan Pandelela ini menjadi pemangkin untuk anak-anak Sarawak turut melakar kegemilangan di persada antarabangsa.

DMPNS juga mendoakan agar Pandelela dapat merangkul lebih banyak lagi pingat dalam acara terjun 3 meter papan anjal dan acara terjun 10 meter platform masing-masing bermula Jumaat ini dan Rabu hadapan.

Moga kejayaan mengiringimu Pandelela!

Hazliza Latip
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Sarawak -HARAKAHDAILY 10/8/2016

KERAJAAN TAIWAN SIASAT PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN PARTI DAP

Posted: 10 Aug 2016 02:13 AM PDT

pua dapPejabat Phison Electronics Corp di Taiwan milik Datuk Pua Khein Seng sedang disiasat oleh pihak berkuasa di sana berkaitan dengan penyelewengan kewangan, lapor Lim Sian See.
Lim Sian See yang memetik beberapa sumber berita melaporkan Khein Seng yang dikenali sebagai
"Bapa pen drive" telah membantu kempen DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
"Pada satu masa, dia (Khein Seng) juga didakwa menjadi penaja kepada RBA (Red Bean Army) tetapi Khein Seng segera menafikan dakwaan itu.
"Tetapi sekarang ini, dia sudah dalam kesusahan. Dilaporkan bahawa Kerajaan Taiwan menyerbu syarikatnya berkaitan penyelewengan dan bayaran tidak sesuai dengan tuntutan,"lapornya.
Memetik sumber media tempatan Taiwan, Pejabat Phison Electronics Corp telah disiasat pegawai berkuasa pada Sabtu dan menemu bual beberapa orang kakitangan berhubung tuduhan penipuan dan penyelewengan yang melibatkan Pengerusi syarikat itu, Khein-seng
"Pendakwa percaya suspek mungkin telah menggelapkan dana melalui transaksi perniagaan penipuan antara Phison dan anak-anak syarikatnya di antara tahun 2009-2014, yang membawa kepada kesilapan dalam penyata kewangan syarikat-syarikat sepanjang tempoh tersebut, " laporan media dipetik.
Tiga tahun lepas, Utusan Malaysia melaporkan sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army.
Syarikat elektronik itu juga dipercayai mempunyai hubungan yang 'agak rapat' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mempunyai cawangan kilang syarikat tersebut di negeri itu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, siasatan pihak berkuasa akan turut menjurus kepada latar belakang Red Bean Army yang dipercayai menerima dana yang disalurkan oleh syarikat elektronik tersebut.
"Kita percaya pengasas syarikat tersebut terlibat secara langsung menyalurkan dana dan bantuan kewangan kepada kumpulan tersebut. Malah gambarnya bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah tersebar di portal propembangkang, Malaysiakini baru-baru ini.
"Gambar tersebut memperlihatkan individu yang dikaitkan dengan syarikat elektronik itu bersama Guan Eng di atas pentas memberi ceramah ketika kempen pilihan raya umum yang lalu," kata sumber itu lagi.
Menurut sumber, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia.
"Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," tambah sumber itu.

Comments (0)