Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:30 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Gambar-Gambar Yang Tidak Mungkin Disiar Di Malaysiakini

Posted: 25 Aug 2016 08:03 AM PDT


Hanya sekadar dua tiga orang melakukan demo dan upacara panjat pagar tempoh hari sudah mendapat berita sensasi di dada portal pro pembangkang. Hanya kerana beberapa siswa siswi membuat kecoh kononnya hendak menegakkan kebenaran dan keadilan, diberi liputan oleh media seolah-olah seluruh siswa siswi anti kerajaan. 

Namun hakikatnya majoriti siswa siswi masih lagi waras menolak gerakan hasil doktrinisasi DAP terutama dari golongan siswa siswi atas pagar. Buktinya pilihanraya kampus yang terbaru, keputusan mencatatkan kemenangan besar ke atas parti kampus yang menyokong Kerajaan. 

Untuk rekod, bagi penggal 2015/2016, mahasiswa Aspirasi (Pro-A), kumpulan pro Kerajaan menang 26 daripada 31 kerusi di UKM, 34 daripada 40 kerusi di UM, 28 daripada 46 kerusi di USM, 12 daripada 23 kerusi di UIAM dan 23 daripada 29 kerusi di UPSI.

Manakala di kubu kuat di UiTM, Pro-A mencatatkan kemenangan bergaya apabila menyapu bersih kesemua 48 kerusi malahan rekod sama turut dilakar di UNISZA apabila Pro-A menang di keseluruhan 28 kerusi ditawarkan.

Pembangkang Dan Fitnah Berpisah Tiada - Maybank Pun Turut Jadi Mangsa

Posted: 25 Aug 2016 02:50 AM PDT


Kalau bukan penyebar fitnah, bukanlah namanya pembangkang dan ProTun namanya. Tersebar di laman-laman sosial penutupan beberapa Cawangan Maybank berkuatkuasa tahun 2016 dan 2017. Walaupun CTS bekerja dengan Bank tidak lama (sekadar 22 tahun), inilah pertama kali mendengar penutupan cawangan Bank tidak dibuat pengumuman di laman rasmi bank berkenaan sekurang-kurangnya dua bulan.

Kita faham apa tujuan fitnah ini disebarkan. Kononnya ekonomi Malaysia dalam keadaan tenat disebabkan bank terbesar di Malaysia pun menutup Cawangan-Cawangannya secara besar-besaran. Selepas tu, salahkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak! Pihak Maybank telahpun membuat penafian di laman sosial Facebook mereka seperti berikut:
"Kami sarankan anda untuk mengabaikan maklumat yang anda terima tersebut. Untuk makluman, semua cawangan tersebut masih beroperasi seperti biasa. Jika terdapat sebarang penutupan cawangan, pihak kami akan maklumkan di laman web rasmi Maybank. Terima kasih."


Kalau dilihat daripada senarai berkenaan yang diperbesarkan seperti di bawah, senarai berkenaan sebenarnya adalah jadual untuk menaiktaraf "Maybank Branch Network Systems" daripada BNP 2.0 kepada BNP 3.0. Betullah kata orang, kalau pandai bukanlah pembangkang dan ProTun.

Mahathir Punca Masalah Semasa Di Malaysia - Sultan Johor ... Daulat Tuanku

Posted: 24 Aug 2016 08:01 PM PDT


"It is a figment of Dr Mahathir's imagination. He is stirring the hornet's nest and my advice to him is to keep his mouth shut."
"He is going around dividing the people, including the Malays, while I am uniting Malaysians of all races, including the Malays."
"Mahathir is the root cause of the present problems in the country. He has no right to interfere in my state. I will not tolerate his antics."
Ini antara kata-kata Tuanku Sultan Johor yang dipetik The Star, di sini, ketika menjawab kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengeluarkan kenyataan bahawa:
"Mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Ungkapan "Bangsa Johor" yang sering dilaungkan di negeri itu menggalakkan rasa bangga diri yang "tidak sihat" berbanding negeri-negeri lain. Ia cenderung memecahkan kesatuan persekutuan. Sebenarnya, kita perlu mempromosikan idea warga Malaysia berbanding rakyat berbeza-beza negeri. Menekankan kerakyatan negeri bukan perkara yang begitu sihat. Saya tidak mahu melihat kita ke arah itu kerana kita semuanya sama. Tiada yang lebih hebat daripada yang lain. Kita semua rakyat Malaysia." - Sumber The Malay Mail Online.
Tun Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kenyataan yang kontroversi. Beliau sebelum ini turut menyalahkan tindakan mantan Timbalan Menterinya, Allahyarham TS Megat Junid Megat Ayub. Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai Menteri Dalam Negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, beliau telah menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai Timbalan Menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya, untuk menahan mana-mana individu di bawah ISA, 

Anak sulung bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Fairus Megat Junid semalam dipetik Sinar Harian berkata, dalam konteks penahanan ISA, sekiranya benar Allahyarham menandatangani surat penahanan tersebut, ia adalah melalui kebenaran dan pengetahuan Tun Dr Mahathir yang merupakan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu. Datuk Megat Fairus membuat kenyataan demikian mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib.

Kenyataan demi kenyataan yang dibuat Mantan Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini tidak perlu diambil perhatian sangat. Apalah sangat 'tai chi' yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri ini. Beliau seorang saja yang maksum dan tidak pernah melakukan sebarang kesilapan sepanjang 22 tahun beliau memegang tampuk sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Diskaun 50% Kepada Pengguna LRT Dan Monorel Antara Pukul 6.00 Pagi Hingga 7.00 Pagi

Posted: 23 Aug 2016 06:30 PM PDT



Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek rel bandar di koridor barat Lembah Klang, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3). Projek melibatkan jajaran sepanjang 37 kilometer dan menyediakan kemudahan penumpang di Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya. Ia juga akan mengintegrasikan lima stesen LRT3 dengan menghubungkan pengangkutan baru dan sedia ada dan akan memanfaatkan kira-kira dua juta pengguna. 

Kerja-kerja pembinaan LRT3 dijadualkan bermula awal tahun 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos kira-kira RM9 bilion. Perdana Menteri dalam pada itu berharap projek LRT3 akan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai. Menteri Pengangutan berkata beliau gembira menyatakan bahawa kemajuan besar terus dibuat ke arah menambah baik rangkaian pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Ini telah lama menjadi fokus utama bagi Kementerian Pengangkutan serta Kerajaan Malaysia.

DS Liow menambah, ini adalah projek terkini yang dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Inisiatif lain termasuk peningkatan kapasiti bagi Kelana Jaya dan Ampang LRT sedia ada, GO KL sebagai perkhidmatan bas percuma, Transit Sunway Bas Rapid (BRT), Projek Lanjutan LRT, dan tidak lama lagi menjadi Transit Line operasi Mass Rapid 1 (MRT1 ). Beliau menambah, projek-projek ini telah meningkat saham modal pengangkutan awam bandar dari 10% pada tahun 2009 kepada 20% pada akhir tahun 2015 dengan sasaran 40% pada tahun 2030.

Sementara itu, DS Najib berharap LRT3 akan mencapai standard pembinaan dan keselamatan bertaraf dunia. Beliau juga melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor atas kerjasama diberikan bagi membolehkan projek LRT3 dilaksanakan.

Apabila siap, projek LRT3 akan mempunyai 26 buah stesen termasuk sebuah stesen bawah tanah. LRT3 boleh membawa lebih penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 orang penumpang setiap arah dan setiap jam.

Perdana Menteri dalam pada itu turut mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang menggunakan perkhidmatan itu bermula pukul 6 pagi hingga 7 pagi. Pengguna akan menikmati potongan harga tiket itu bermula 16 September depan. Langkah itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di stesen LRT dan monorel semasa waktu puncak.

Comments (0)