Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:36 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Barua DAP Mendapat Pujian Setiausaha Agong

Posted: 22 Aug 2016 09:54 PM PDT


1 Ogos 2016, Anis Shafiqah Md Yussof, pelajar Tahun 3, Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya, bersama beberapa 'geng bas sekolah' telah mengadakan Sidang Media acara #TangkapMO1. Baca di sini. Mereka hanya berani mengadakan Sidang Media tersebut di Restoren Amjal dan bukannya di dalam Universiti Malaya sendiri.


20 Ogos 2016, Anis Shafiqah bersama tidak sampai 10 pelajar lain turut ke UiTM Seri Iskandar kononnya untuk menangkap MO1. Tidak dapat dipastikan kenapa UiTM Seri Iskandar dipilih sebagai lokasi demo pelajar-pelajar ini. 3 pelajar lelaki turut ditangkap pada hari tersebut kerana memanjat pagar universiti dengan tujuan menceroboh.


Salah seorang daripada 3 yang ditangkap juga adalah pelajar Universiti Malaya, Luqman Nur Hakim, pelajar Tahun 3, Akademi Pengajian Islam. Hari ini, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng telah melahirkan pujian terhadap Anis Shafiqah yang disifatkannya sebagai mahasiswi gagah. 

Jadi mungkin ada kebenaran desas desus di laman media sosial yang mengatakan bahawa Anis Shafiqah ini adalah produk Sekolah Politik Institut Kajian Dasar Dan Sekolah Demokrasi DAP. Jadi sekarang kita tahulah siapa dalang sebenar pelajar-pelajar ini.


Yang pastinya barua-barua DAP ini tidak dapat menandingi kehebatan pelajar cemerlang Melayu, Siti Aisah Kamarulzaman yang telah diiktiraf sebagai graduan terbaik di Malaysia dan ke-7 di dunia dalam pengajian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). CTS pun kalah dengan keputusan ini.

MCA Muktamadkan Calon Sebagai Persedian Menghadapi PRU14

Posted: 21 Aug 2016 07:00 PM PDT

Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai akan mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memuktamadkan calonnya bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ini sebagai langkah awal untuk menawan kembali kerusi yang tidak dimenangi oleh parti berkenaan pada pilihan raya umum lalu.

Menurut DS Liow, kriteria bagi pemilihan calon MCA bukan sahaja berlandaskan keputusan parti, tetapi juga seseorang calon itu mestilah disukai ramai dan boleh menang. MCA perlu mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dan di Negeri Sembilan, MCA sudah mengenal pasti semua 10 kerusi berkenaan. 

MCA kata beliau akan membahagikan kerusi-kerusi berkenaan kepada beberapa kategori dan melipatgandakan fokus untuk memenangi kembali kerusi itu. DS Liow yang juga Menteri Pengangkutan, berkata MCA akan memohon mendapatkan kembali tiga kerusi Parlimen iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju daripada UMNO. 

MCA kata beliau telah meminjamkan tiga kerusi parlimen itu kepada UMNO dan MCA akan mendapatkannya balik serta yakin UMNO akan membantu MCA untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu. MCA, menurut DS Liow sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Beliau menambah calon parti itu terdiri daripada muka baharu dan lama. 

DS Liow berkata, MCA akan bekerja keras untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina dengan terus membantu dan berkhidmat kepada orang ramai, termasuk di kawasan MCA mengalami kekalahan pada PRU lalu. Beliau memberi contoh di Chennah, walaupun MCA kalah pada PRU lalu, MCA tidak akan berputus asa dan akan terus berkhidmat kepada Rakyat. Beliau berjanji MCA juga akan membawa pulang lebih banyak anggota MCA untuk memastikan mereka menjadi pengundi di sini dan cuba merekrut lebih banyak anggota baharu.

Comments (0)