Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:49 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Sampai Bila Cina DAP Ini Hendak Dibiarkan Bebas Membuat Fitnah Wajai @SKMM_MCMC ? cc. @PDRMsia

Posted: 21 Aug 2016 07:08 PM PDT


Apa imuniti atau kekebalan yang beliau ada sehinggakan beliau bebas untuk membuat fitnah semahunya? Adakah tindakan memfitnah seperti di atas tidak boleh diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Beliau dengan sengaja mendakwa Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak mencuri (songlap) RM2.6 billion

Hew Kuan Yau, bekas pemimpin DAP ini tidak bertanggungjawab dan cuba memainkan sentimen perkauman dengan melagakan kaum Cina dengan kaum Melayu dan beliau tidak diambil tindakan. Baca di sini.

Si mulut celupar ini bersifat tidak patriotik dengan secara kontroversi mendakwa Laut Cina Selatan kepunyaan negara China. Baca di sini.

Berapa lama dan berapa banyak lagi fitnah yang akan beliau buat sebelum beliau diambil tindakan oleh SKMM?

Bersatu Tidak Akan Pergi Jauh Kerana Ideologinya - DS Liow

Posted: 11 Aug 2016 07:00 PM PDT


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya prihatin terhadap satu bahagian masyarakat dan ia tidak akan membantu menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Oleh itu, kata beliau Bersatu  tidak akan pergi jauh kerana ideologinya.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata Rakyat Malaysia tidak mahu melihat parti Malaysia menjadi pelampau perkauman. Menurut beliau lagi, walaupun MCA adalah sebuah parti perkauman, namun parti berkenaan telah bekerjasama dengan pelbagai parti seperti UMNO dan MIC ke arah mewujudkan sebuah negara yang sederhana, bersatu dan harmoni.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) katanya mempertahankan hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Pada Selasa lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin telah mendaftarkan parti politik baharu yang dicadangkan namanya sebagai "Parti Pribumi Bersatu Malaysia".

Keahlian dibuka kepada rakyat Malaysia dengan status bumiputera sahaja manakala bukan bumiputera boleh menyertainya sebagai ahli bersekutu yang bermaksud mereka tidak boleh mengundi atau bertanding dalam pemilihan parti. Parti itu dilihat sebagai parti serpihan Umno. TS Muhyiddin dilaporkan akan menjadi Presiden parti itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

MAS Layak Menikmati Cukai Lapangan Terbang Yang Rendah Sekiranya Kendalikan Penerbangan Tambang Rendah

Posted: 05 Aug 2016 07:00 PM PDT


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah KLIA2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas terhadap gesaan berulang kali Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dan KLIA2.

Bellew dilaporkan berkata, MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari KLIA ke KLIA2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.

DS Liow berkata, adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu. Oleh itu, beliau tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. 

Menurut DS Liow, sekiranya MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah. Tambah beliau, suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi Kerajaan amat mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah.


Comments (0)