Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:04 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Geng Bas Sekolah Anjur Kempen Tangkap DS @NajibRazak cc. @PDRMsia

Posted: 02 Aug 2016 06:51 AM PDT


Amat melucukan apabila sekumpulan geng bas sekolah mengadakan Sidang Media untuk mengajak Rakyat Malaysia menangkap Perdana Menteri pada 27 Ogos ini. Pada mulanya CTS malas hendak melayan kerenah budak-budak yang masih mengharapkan wang Kerajaan untuk membayar tuala wanita, coli serta seluar dalam melalui pinjaman PTPTN, biasiswa dan sebagainya. 

Namun, apabila Malaysiakini mengangkat isu sampah ini sebagai berita, pasti ada dakang pembangkang di sebalik geng bas sekolah ini. Berapalah agaknya yang dibayar untuk satu, dua, tiga, empat, lima dan enam orang sahaja (bukan 600 atau 6,000) untuk membuat drama bodoh ini. 

Walaupun CTS tidak merasakan langsung mereka ini mengugat keselamatan negara dengan tindakan bodoh ini, namun pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mungkin boleh siasat siapa dalang di sebalik minions ini yang mahu menangkap pemimpin negara? 

Mereka ingat Malaysia mengamalkan undang-undang rimba boleh menangkap orang sesuka hati tanpa bicara atau didakwa. Zaman Tun Dr Mahathir dulu bolehlah Dik. Kesemua kamu disumbat Penjara Kemunting di bawah Akta ISA.

Berita Terkini Keluarga DS @NajibRazak Yang ProTun Dan Pembangkang Mahu Tahu

Posted: 01 Aug 2016 09:11 PM PDT


Kita pasti golongan ProTun dan totok pembangkang rindukan untuk terus memfitnah keluarga DS Najib Tun Razak, Perdana Menteri. Elok juga CTS kemaskinikan beberapa perkara sebelum golongan neraka ini mereka cipta fitnah yang terbaru.

1. Perdana Menteri ketika ini berada di Jakarta Convention Centre sedang memberikan ucapan. Tanpa menghiraukan fitnah Department of Justice (DoJ), Perdana Menteri telah diberikan sambutan hangat di Indonesia.

2. DSP Rosmah Mansor, selepas difitnah berkelakuan tidak senonoh dengan Tuanku Sultan Pahang telah menerima satu lagi fitnah terbaru. Ianya berkaitan dengan kononnya DSP Rosmah menggunakan jenama telefon bimbit yang paling mahal di dunia iaitu Vertu.


Untuk pengetahuan ProTun dan minions pembangkang, DSP Rosmah sememangnya dari dulu sentiasa membawa lebih daripada dua telefon bimbit. Ini disebabkan beliau suka memakai model Samsung lama yang selalu rosak. Untuk pengetahuan juga penggunaan telefon bimbit DSP Rosmah hanya terhad kepada membuat panggilan dan menjawab sms sahaja. 

Beliau tiada Whatsapp, Telegram, Twitter, Facebook dan laman sosial yang lain. Kita faham golongan ProTun kecewa bila mana Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah lebih canggih menggunakan telefon kulit kerang. Hello. Hello.


3. Bagi ProTun dan minions pembangkang yang rindukan anak tiri DS Najib Razak, Riza Aziz, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ( DoJ ) baru sahaja menarik semula pembekuan aset yang mana sebelum ini pada 20 Juilai 2016, DoJ telah membuat tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset yang dimiliki oleh syarikat milik Riza Aziz, Red Granite Pictures Inc.

Oleh kerana penarikan ini, Red Granite Pictures Inc. dibenarkan beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh DOJ untuk terus berurusan dengan Red Granite Pictures Inc. Riza Aziz juga bebas untuk kembali di Amerika Syarikat untuk membuat filem-filem beliau.

Comments (0)