Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:57 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Presiden MCA DS @liowtionglai Kecewa Dengan Komen Negatif Terhadap Pasangan Beregu Campuran Negara

Posted: 18 Aug 2016 06:11 AM PDT

MCA memberikan penghormatan kepada pasukan badminton beregu campuran Malaysia kerana telah memenangi pingat perak yang pertama bagi Malaysia pada Sukan Olimpik Rio dalam acara itu. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai juga turut memuji pelumba Azizulhasni Awang kerana mendapatkan pingat gangsa, dalam acara keirin.

Walau bagaimanapun, DS Liow dilaporkan berkata beliau "amat kecewa" dengan laporan akhbar tertentu untuk liputan negatif terhadap Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon. Beliau berkata pasukan beregu campuran telah berjuang di Sukan Olimpik tanpa sesiapapun meramalkan mereka akan memenangi sebarang pingat. Kedua-dua, katanya, telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menghadapi pasukan lawan kedudukan teratas pada perlawanan akhir.


Kita faham apa yang terbuku di hati Presiden MCA berkenaan. Hari ini, kebanyakan netizen melahirkan perasaan marah terhadap akhbar tabloid Kosmo yang menghidangkan tajuk bersifat negatif dan kontroversi apabila meletakkan tajuk pasangan Peng Soon-Liu Ying sebagai menghampakan jutaan Rakyat Malaysia. 

Wartawan dan editor akhbar seharusnya meletakkan berita dan tajuk yang lebih positif apabila pasangan beregu campuran Malaysia yang berkedudukan ranking ke 11 telah berusaha sedaya upaya untuk menentang pasangan Indonesia yang menduduki ranking ke 3 dunia. Mereka telah mencatat sejarah apabila menjadi beregu campuran pertama dari Malaysia yang meraih pingat di dalam sukan Olimpik.

Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA akan menghargai jasa-jasa mereka dan parti itu akan berbincang mengenai ganjaran yang akan diberikan kepada pasangan beregu campuran dan juga kepada Azizulhasni. DS Liow masih mengharapkan emas yang pertama diperolehi di dalam sukan Olimpik ini.

Nota Kaki: Bagi yang baru mengetahui, Goh Liu Ying  juga selain daripada handal bermain badminton, beliau juga adalah merupakan seorang model. Patutlah senyuman beliau di dalam perlawanan akhir semalam telah menyebabkan bergetar tulang rusuk.





Ainina Buat Laporan Polis Terhadap MP Langkawi Kononnya Menghina YDP Agong, Kenapa Tidak Kepada Tun Dr Mahathir?

Posted: 17 Aug 2016 07:09 PM PDT


Ainina Saadudin, salah seorang daripada 7 orang pengasas parti cap Bunga Raya telah membuat laporan polis di IPD Langkawi terhadap kenyataan Dato Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen (MP) Langkawi semalam, berkaitan kenyataan beliau yang menyebut bahawa MO1 adalah merujuk kepada YDP Agong. Beliau memohon agar pihak PDRM agar mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan Institusi Di Raja yang merupakan institusi perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata.

MP Langkawi di dalam postingnya di laman sosial Facebook bercakap mengenai MO1 mengikut Perlembagaan Malaysia. Juak-juak bodoh seperti ProTun bercakap mengenai MO1 mengikut Saman Sivil yang dikemukakan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ). Kemudian juak-juak ProTun yang sama juga yang mengatakan yang MP Langkawi menghina YDP Agong. Sebenarnya yang menghina YDP Agong adalah juak-juak ProTun sendiri. Merekalah yang mengaitkan YDP Agong di dalam kes DoJ.


Kenapakah Ainina bersikap pilih kasih atau 'double standard' dalam membuat laporan polis berikutan penghinaan yang dilakukan ke atas YDP Agong. MP Langkawi tidak menghina YDP Agung. Sebaliknya orang yang sebelum ini menghina YDP Agong adalah Tun Dr Mahathir Mohamed. 

Mungkin Ainina terlupa kes ini dan terlupa untuk membuat laporan polis. Tun Dr Mahathir pernah melahirkan kenyataan bahawa beliau tidak dapat berjumpa dengan YDP Agong kerana Tuanku telah dikenakan tahanan rumah, baca di sini, sedangkan YDP Agung berkenan hadir di Majlis Anugerah Sukan Negara 2015 dengan diiringi oleh Perdana Menteri DS Najib Razak di Putrajaya pada malam yang berkenaan. Baca di sini.

Ini bukankah penghinaan kepada YDP Agong Ainina?


Ahli Parlimen Tanjung Di"troll" Netizen Gara-Gara Olimpik

Posted: 17 Aug 2016 04:20 PM PDT

Gara-gara hendak berlakon konon-konon terlampau patriotik, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik telah menunjukkan kebodohan apabila mengutuk RTM dan TV1 kerana tidak menyiarkan siaran langsung Perlawanan Akhir Beregu Campuran yang diwakili pasangan Malaysia menentang Singapura.

Hakikatnya perlawanan tersebut ditunda memandangkan acara perseorang lelaki peringkat suku akhir belum lagi berakhir. Inilah kebodohan tahap dewa yang dimiliki oleh pemimpin pembangkang. Tahniah.

Tahniah juga buat atlet Badminton Beregu Campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyumbangkan pingat perak kedua buat Malaysia selepas tewas kepada Ahmad Tontowi-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam pusingan akhir dengan mata 14-21, 12-21.

Comments (0)