Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:30 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Sukan Badminton Olimpik Dipolitikkan Cina DAP @PDRMsia @SKMM_MCMC

Posted: 16 Aug 2016 11:10 PM PDT


Cina DAP ini berlakon keluar dari parti setelah tindakannya yang sering membuat kenyataan yang kontroversi selalu menyusahkan partinya. Baca di sini. Walaubagaimanapun, lakonannya kurang menjadi apabila beliau sering kelihatan berkempen untuk DAP terutama untuk menyelamatkan karier Lim Guan Eng yang terpalit dengan dua kesalahan rasuah. Baca di sini.

Semalam beliau telah menguris hati dan perasaan Rakyat Malaysia dengan posting bersifat perkauman apabila beliau telah memutarbelitkan kejayaan beregu campuran negara yang berjaya ke perlawanan akhir sukan badminton di olimpik.

Posting beliau dalam bahasa Cina di atas bermaksud, "Dengar dengan teliti UMNO, jika orang Cina benar-benar balik China maka Malaysia akan makan pisang (kembali dengan tangan kosong) dalam Sukan Olimpik". Jelas bekas pemimpin DAP ini tidak bertanggungjawab dan cuba memainkan sentimen perkauman dengan melagakan kaum Cina dengan kaum Melayu. Bukankah perbuatan ini menghasut dan boleh diambil tindakan? Isn't this an act of incite?

11 Initiatif Dan RM150 Juta Bantu 30,000 Pemandu Teksi - Apa Lagi Pemandu Teksi Mahu?

Posted: 16 Aug 2016 07:00 PM PDT



Selepas timbul pelbagai keluhan dan aduan berhubung sistem pajak yang ternyata membebankan pemandu teksi yang tidak memiliki permit sendiri, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM150 juta untuk membantu lebih 30,000 pemandu teksi yang mahu keluar daripada model sewa pajak dan seterusnya memiliki permit individu. 

Pengerusi Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD), TS Syed Hamid Albar berkata, kerajaan akan memberi geran wang tunai bernilai RM5,000 untuk membeli kende­raan bermula 1 September ini te­tapi pemandu teksi berkenaan turut tertakluk kepada beberapa syarat termasuk bersih daripada rekod jenayah.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan permasalahan yang diha­dapi oleh pemandu teksi dan ke­reta sewa. Oleh yang demikian SPAD akan menambah baik per­khid­­matan ini dari semasa ke semasa. SPAD kata TS Syed Hamid akan memberi peluang kepada teksi individu keluar daripada sistem pajak dan memberi peluang untuk mereka memohon lesen individu dengan bantuan deposit sebanyak RM5,000. De­ngan geran itu juga, mereka boleh gunakan untuk membeli kereta sendiri sama ada jenis Myvi (Pero­dua) atau Exora (Proton).

TS Syed Hamid membuat pengumuman butiran bagi 11 program yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Antara program TTIP lain ialah mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai perkhidmatan perantara di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), membuka pilihan model bagi kegunaan teksi, piawaian kontrak sewa teksi dengan terma-terma kontrak di bawah undang-undang, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) wajib bagi pengendali teksi dan mengenakan proses saringan yang ketat.

TITP juga dijangka me­ning­katkan piawaian perkhidmat­an menggunakan sistem merit dan demerit, menyelaraskan struk­tur tambang bermeter, menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon, membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan ap­likasi e-hailing dan memperke­nalkan program bagi meningkatkan pres­tasi pemandu teksi. Ini sekali gus akan menyaksikan perkhidmatan teksi bakal menyaksikan perubahan dari segi kaedah operasinya.

TS Syed Hamid Albar dalam pada itu berkata semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhid­matan panggilan elektronik (e-hailing) seperti yang diguna pakai oleh perkhidmatan Uber dan Grabcar. Katanya, dengan pengenalan sistem e-hailing selepas ini, pemandu teksi boleh membuat pilihan sendiri sama ada mahu menggunakan sistem baharu itu atau sistem meter seperti sebelum ini.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan telah memberikan mandat untuk memperkemaskan dan me­ngawal selia industri teksi melalui pengeluaran kad pemandu tunggal. SPAD dan JPJ akan memulakan per­bincangan bagi menen­tukan langkah langkah yang per­lu diambil dan akan membuat pe­­ngumuman dalam masa terde­kat. E-hailing merupakan proses menempah teksi, limosin atau apa bentuk pengangkutan menggunakan gajet termasuk kompu­ter dan telefon mudah alih.

Comments (0)