Followers

Nuffnang

Cucu Tok Selampit

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:51 PTG | Posted in

sumber :-

Cucu Tok Selampit


Pesalah 8 Tahun Penjara, 4 Rotan Kerana Menipu Ugut SPAD Dan Kerajaan Isu UBER Dan Grabcar

Posted: 12 Aug 2016 09:37 PM PDT


Beliau telah dihukum penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada bulan Mei 2015 selepas didapati bersalah terhadap lima pertuduhan menipu Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), DS Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram. Baca The Sun Daily, di sini.

Semalam, sidang akhbar berbaur ugutan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kerajaan yang dibuat oleh pengasas Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin Ismail, nampaknya tak menjadi. Melalui respon-respon yang dilihat di dalam artikel-artikel online, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu dijadikan bahan lawak dan sindiran.

Malah Shamsubahrin seolah-olah dikatakan mempamerkan kebodohan beliau secara terbuka bila menyatakan syarikat teksi akan menyokong parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Tak cukup dengan itu, beliau bersifat seperti kebudak-budakan yang terdesak mendapat perhatian apabila turut memaki hamun pihak SPAD.
"SPAD ini sangat malas, bodoh dan tidak ada otak. Oleh kerana mereka sangat bodoh dan tidak ada otak, mereka sangat malas, mereka buat kabinet nampak cukup bodoh, tidak ada otak dan cukup bodoh."

Grabcab dan Uber sudah menjadi satu fenomena baru di seluruh dunia dan di Malaysia juga tidak terkecuali. Perkhidmatan ini mudah, selesa, dan berpatutan dengan harga dan perkhidmatan yang diberikan. Pemandu-pemandu teksi hendaklah mengubah mentaliti mereka yang menganggap perkhidmatan teksi masih lagi seperti di tahap tahun-tahun 70an dan 80an. 

Malaysia tidak perlu jurucakap seperti Shamsubaharin sedangkan diri sendiri bergelumang dengan kes penipuan untuk mengugut Kerajaan. Selagi pemandu-pemandu teksi tidak mahu mengubah sikap dan perkhimatan yang diberikan, tidak mustahil industri teksi negara akan menjadi seperti nasib telefon awam.

Kabinet Lulus Rancangan Perkhidmatan Uber Dan Grabcar Beroperasi Secara Sah

Posted: 10 Aug 2016 09:00 PM PDT


Perkhidmatan Uber dan Grabcar bakal dihalalkan operasinya setelah kabinet bersetuju dengan konsep 'e-hailing' oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Menurut laporan The Sun, di sini, Kabinet sangat berpuas-hati dengan 11 inisiatif yang dibentangkan, terutama inisiatif transformasi industri teksi negara dengan projek kemas kini Teksi 1 Malaysia (TEKS1M). Pelan rancangan ini bakal beroperasi pada hujung tahun ini.

Menurut laporan tersebut, Kabinet secara keseluruhan bersetuju dengan membenarkan operasi Uber dan Grabcar secara halal ialah satu langkah bijak untuk menjaga kepentingan rakyat. Dianggarkan seramai 150,000 pemegang permit teksi baharu akan muncul dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk pemandu Uber, Grabcar dan pemilik teksi individu. Pertambahan ini bakal memberi saingan buat kesemua pihak untuk menambah baik servis mereka khususnya memberi keselasaan buat pengguna.

Sebelum ini, SPAD bercadang akan mempertimbangkan cadangan memperkenalkan sistem 'Kad Pemandu' kepada pemandu perkhidmatan Grabcar dan Uber. Pengerusinya, TS Dr Syed Hamid Albar berkata perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan pemandu yang terlibat adalah individu persendirian dan tidak mempunyai lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

TS Syed Hamid berkata SPAD akan membentangkan perkara tersebut kepada kerajaan khasnya mengenai syarat-syarat mentransformasikan industri pengangkutan awam yang berasaskan konsep teksi agar tidak timbul perasaan tersisih termasuk golongan pemandu teksi biasa yang menganggap mereka dibebankan oleh sistem sewa beli atau pajak.

TS Syed Hamid berkata SPAD akan mengadakan perbincangan lebih terperinci dengan  pemain industri sebelum memuktamadkan keputusan berhubung cadangan itu. SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan kepada kerajaan baru-baru ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Grabcar dan Uber serta menyamaratkan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Kerajaan Prihatin - Peruntukan RM142.7 Juta Menjadi Talian Hayat Bagi 65 Pengendali Bas Luar Bandar

Posted: 09 Aug 2016 09:00 PM PDT


Bermula pada 03/01/2012, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM400 juta untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang bersedia untuk meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara), Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bas dan menggalakkan rakyat untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan yang berkesan.

Inisiatif ini bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas berhenti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan). Transformasi industri bas berhenti-henti tetap menjadi keutamaan bagi Kerajaan dengan penyaluran dana sebanyak RM142.7 juta di bawah ISBSF 2016.

Peruntukan yang kritikal ini akan disalurkan kepada 65 pengendali bas henti-henti yang telah memohon untuk mendapatkan bantuan pada tahun ini. ISBSF telah memberikan manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang merentasi 608 laluan. Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD:



Comments (0)