Followers

Nuffnang

Cénangau

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 8:23 PTG | Posted in

sumber :-

Cénangau


Pertandingan tiga penjuru: Pakatan Harapan jangan jadi BANGANG

Posted: 06 Aug 2016 06:20 PM PDT

Sampai macam tu sekali istiqamahnya PAS tak mau bersama Pakatan Harapan tapi ada pemimpin Pakatan Harapan yang masih tak faham bahasa, masih terhegeh-hegeh nak bersama dengan PAS yang lebih pentingkan perjuangan sempit depa dan dah terukti sanggup mengkhianati harapan rakyat tu.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "Perlu sedia hadapi tiga penjuru, kata Chow" melaporkan:
Pakatan Harapan harus menerima cabaran pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata pilihan raya umum ke-14 adalah ujian sebenar sama ada DAP boleh bertahan daripada serangan pelbagai sudut. - Mkini.
Artikel penuh »

Istihar harta Adun Selangor: Betulkah Azmin dah istihar kepada umum?

Posted: 06 Aug 2016 01:35 AM PDT

Aku dok rasa mungkin betul Azmin ada buat pengistiharan harta macam yang dia kata nak buat tu cuma masalahnya dia istihar kat sapa aku pun taktau. Yang jelasnya nampak macam dia memang tak berani istihar kepada kepada umum.

Sinarharian semalam dalam berita  bertajuk  "Rakyat mahu tahu harta Adun" melaporkan:
"Kalau rakyat bayar gaji Adun, mereka harus tahu apa aset kita ada dalam tempoh bergelar wakil rakyat. Ini penting untuk ketelusan pentadbiran supaya kita tahu tiada berlaku rasuah dalam aset diperoleh," demikian ulas Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh.

Beliau yang sebelum ini memberitahu Sidang Dun akan membentangkan usul supaya semua Adun di negeri ini wajib mengisytiharkan aset milik masing-masing berkata, cadangan pindaan belum diluluskan namun notis sudah diberi dalam dewan Isnin lalu kepada semua Adun.

Menurutnya, majoriti rakyat setuju dengan usul namun halangan mungkin timbul dalam kalangan Adun sendiri kerana ada yang berpendapat mereka bukan ahli majlis atau Exco, tidak membuat polisi, tidak meluluskan pembangunan lalu mempertikai mengapa perlu isytihar aset. - Sinarharian.
Artikel penuh »

Comments (0)