Followers

Nuffnang

.

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:50 PG | Posted in

sumber :-

.


Syabas anak muda kerana Tangkap Najib

Posted: 27 Aug 2016 02:28 AM PDT

PERHATIAN

Mulanya saya tidak bercadang untuk turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman, khasnya di Sogo untuk melihat gelagat anak-anak muda (mahasiswa) berarak dan bersorak melaungkan desakan Tangkap Najib.

Badan tidak berapa sihat sebab dibaham selesama tiga hari. Semalam pula makan "epal Pas", maksudnya epal hijau yang dikisar bersama batang sederi, menyebabkan pinggang sakit.
Rupanya tidak boleh epel Pas di campur dengan batang sederi. Marah. Anihnya batang sederi juga kalor hijau?

Doktor syorkan saya selain banyak makan bijirin kena makan banyak sayuran "Pas".

Sambil baring, minta isteri lumur minyak di belikat, sambirin menanti mana-mana rakan demostran call untuk jemput ke rumah. Tunggu punya tunggu, tak ada. Barang kali rakan-rakan yang suka berdemo sudah ambil cuti panjang?

Kebetulan pula sepuak lagi tetamu dari kampung datang ziarah. Terpaksa kuatkan semangat merai mereka akhirnya sakit rasa lega. Saya ingat kali ini absen untuk hadir menentang kemungkaran.

Sebaik tetamu berundur, saya bersiap sedia dan semacam laungan di Dataran Merdeka berdengung di telinga. Merdeka.. Merdeka... Kalau mahu merdeka Tangkap Najib.

Deruan itu memberi semangat dan energi unik. Tanpa banyak bicara lepas solat Zohor ambil suis kereta, ajak isteri terus ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Saya tak bagi tahu ke mana hendak pergi, isteri akut sahaja. Sampai di lokasi baharu dia faham.

Malam ini saya akan sambung catatan Tangkap Najib ini. [dsara.kl. 5:21 pm 27/08/16]

Comments (0)