Followers

Nuffnang

.

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:18 PG | Posted in

sumber :-

.


Pemenjaraan Anwar simbol pemenjaraan rakyat

Posted: 10 Aug 2016 05:09 PM PDT

DARI LUAR PENJARA

Hanifa Maidin walaupun masih uzur hadir memberi sokongan
untuk pembebasan Anwar.
Kalau saya diberi peluang berucap dalam himpunan solidariti untuk Anwar Ibrahim sempena hari ulang tahun kelahiranya ke-69 di tepian jalan berdekatan dengan penjara Sungai Buluh malam tadi, saya akan berucap begini;


"Tuan-tuan dan puan-puan, sdr dan sdri sekalian, pemenjaraan ke atas Anwar Ibrahim bukan suatu penyeksaan peribadi kepadanya dan segenap anggota familinya. Pemenjaraan itu bukan semata-mata niat jahat musuhnya untuk membunuh kerjaya politiknya. 

"Demikian juga pemenjaraan kali kedua oleh regim Umno pimpinan Najib Razak yang menyambung sunah zalim Umno di bawah regim Dr Mahathir adalah juga bukan sekadar memecilkan kehidupan Anwar dengan keluarganya.

"Tetapi pemenjaraan dan penyeksaan terhadap Anwar itu hendaklah difahami dan ditafsirkan jauh daripada itu. Nasib malang diterima dan ditanggung Bapak Reformis itu adalah membawa dua pengertian sekaligus, pertama untuk mengagalkan cita-cita nusa bangsa yang dikendongnya, ia juga adalah misi bagi mencaing-caingkan kepaduan pembangkang yang sudah mula menunjukkan solidariti sebelum ini. 

"Peri penting erti dan maksud kedua si sebalik pemenjaraan itu adalah simbolik kepada penyeksaan regim Najib Umno kepada rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan bangsa. Ini lebih signifikannya.

"Jika, kalau kita setuju dan sehati sejiwa menerima hakikat ini bermakna, pemenjaraan Anwar itu adalah pemenjaraan ke atas kita semua. Pemenjaraan kepada kebebasan dan hak-hak kita sebagai warga negara yang dijamin Perlembagaan. Pemenjaraan ke atas minda dan fizikal kita, ia lebih rakus dan tidak berhati perut daripada kebobrokan penjajah. Kita semua kini sebenarnya sedang dipenjara oleh regim Najib.

"Maka, nah mulai saat ini marilah kita membebaskan Anwar dari penyeksaan itu kerana pembebasan itu adalah kemutlakan pembebasan kita semua. Ayuh... Sempena dan bermula pada saat menjelang detik 12 malam kemerdekaan negara pada tahun ini kita bergerak ke arah mencapai kemerdekaan rakyat yang kemudian akan membebas kemerdekaan sang Rajawali itu dengan lebih bersungguh dan bermakna lagi. Berjanjilah kita akan pacak benderaan kemenangan pada Piraum ke-14 nanti"

Saya rasa saya tidak dituduh menghasut dengan isi ucapan itu kerana memperjuangkan pembebasan rakyat yang terpenjara yang disimbolkan menerusi penganiayaan ke atas Anwar itu.

Himpunan malam tadi membuktikan bahawa Anwar masih ditagih agar terus memimpin negara ini khasnya segera dibebaskan untuk mempersatukan rakyat menerusi pakatan oposisi. Semua mengakui bahawa hanya Anwar yang boleh mengharmoniskan parti-parti pembangkang untuk berada dalam satu saf bagi menentang UBN. Daya politik, tolenrasi dan diplomasi tinggi Anwar meletakkan dialah dewa penyatu negara.

Ertinya selagi Anwar terpendam dan terperap di sebalik tambok batu maka para berjouis akan bebas dan terus bermaharajalela memuaskan nafsu serakah meratah hak rakyat dan mempermainkan rakyat tanpa secebis simpati dan kesian belas. Atas kepentingan itu semua dan jika mempercayai bahawa Anwar menjadi seperti Asoka yang boleh mendamaikan penganut tiga agama, Hindu, Kristian dan Islam di India, maka beliau perlu diusahakan agar dibebaskan segera. Pintu penjara perlu dirobekkan.

Pemenjaraan Anwar bermakna seluruh rakyat yang cinta damai dan keharmonian terbelenggu sama. Kita harus bersatu menarik Tirani itu. Merdeka Anwar Merdeka Anwar Merdeka Anwar. [wm.kl.7:51 am 11/08/16]

Comments (0)