Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Dituduh Terima RM90 Juta Dari Najib, PAS Nak Saman Sarawak Report

Posted: 08 Aug 2016 12:59 AM PDT


PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

"Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sarawak Report yang berpengkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcasatle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa. 

Laman web ini telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.

Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali. 

Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa telah diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB lapor Malaysiakini

Kenapa Hanya Hadi Tak Hadir Sidang DUN Terengganu?

Posted: 07 Aug 2016 11:00 PM PDT


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal pukul 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.



Semua anggota DUN daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU Ke-13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang DUN kali ini lapor Bernama

Najib Kata Dia Tak Rela Jadi Pak Turut Mahathir

Posted: 07 Aug 2016 07:19 PM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinannya sekarang adalah kerana beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang menerima "arahan" daripada bekas perdana menteri itu.

Katanya, serangan Dr Mahathir itu telah diduga kerana beliau mengetahui bahawa bekas perdana menteri itu juga adalah seorang yang "obses" dengan kuasa dan masih mahu membuat keputusan mengenai perancangan dan dasar-dasar negara.

"Dr Mahathir obses untuk mengawal dan saya pun dah mengenali beliau lama dan saya tahu saya cuma ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama saya merupakan perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapatkan nasihat beliau. Saya kata nasihat tetapi mungkin arahan untuk melakukan kehendak beliau dari segi pentadbiran negara.



"Maknanya saya tidak akan menjadi perdana menteri yang terpaksa mendengar cakap dia… saya menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya," katanya dalam wawancara eksklusif bersama MetroTv yang disiarkan di sini malam tadi.

Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya bermula apabila beliau tidak mahu menjadi perdana menteri yang hanya ikut arahan sebaliknya percaya dengan kepimpinan sendiri serta membuat pertimbangan berdasarkan kepada mandat rakyat dan parti.

"Sebab itu saya menjadi PM yang bertanggungjawab kepada rakyat membuat apa yang difikirkan yang terbaik untuk negara. Tetapi saya tahu Dr Mahathir tidak akan senang dengan saya, sebab sejarah membuktikan bahawa dia telah mencuba dan menolak dan membuang banyak tokoh dalam pemerintahan sejak dulu".

Najib mengakui sememangnya Dr Mahathir adalah mentornya tetapi beliau juga mempunyai pertimbangan sendiri untuk melangsungkan kepimpinan negara.

Katanya, Dr Mahathir kemudiannya telah menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkannya termasuklah meminta rakyat menjadikan dua pilihan raya kecil iaitu di kawasan Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak sebagai referendum untuk menolak kepimpinannya.

Beliau berkata, jika dua pilihan raya kecil itu dijadikan referendum, maka ia bermakna sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan sekarang adalah semakin meningkat ekoran kemenangan besar Barisan Nasional dalam kedua-dua pilihan raya kecil tu.

Perdana menteri berkata, pihak yang tidak senang dengan kepimpinannya dan parti-parti pembangkang kemudiannya mempolitikkan isu 1MDB (1Malaysia Development Berhad) iaitu masalah perniagaan dalam syarikat itu.

Katanya isu 1MDB ialah masalah perniagaan dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi kelemahan yang ada termasuk menukar Ketua Pegawai Eksekutifnya dan menjalankan siasatan dalaman menerusi jawatankuasa Parlimen iaitu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Sila sambung bacaan anda di SINI

Comments (0)