Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:09 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Saman DoJ Amerika Tak Babitkan Saya, Kata Najib Di Jakarta

Posted: 05 Aug 2016 07:30 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, saman oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat baru-baru ini tidak membabitkan beliau, Kerajaan Malaysia atau 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara langsung.

"Saya ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh DoJ baru-baru ini tidak membabitkan saya atau Kerajaan Malaysia atau 1MDB secara langsung.

"Saman itu menamakan lima individu. Ini bukan saman jenayah tetapi adalah saman sivil," katanya dalam temu bual dengan stesen televisyen Metro TV, hari ini.

Dalam writ saman bagi merampas aset individu dan syarikat difailkan di Los Angeles, DoJ berkata, sejak 2009 sehingga 2015, lebih daripada AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana milik 1MDB diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu mereka.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu ialah anak kepada isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya – Riza Shahriz Abdul Aziz -; Jho Low; Tan Kim Loong (rakan sekutu Jho Low – pemilik beberapa akaun bank di mana dana 1MDB yang diseleweng dipindahkan) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Meskipun nama Najib tidak disebut secara langsung di dalam writ saman itu, tetapi 'pegawai atasan Malaysia' yang dirujuk sebagai 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri yang turut memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB.

Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu ~ IsmaWeb


Ahmad Said Nafi Akan Bekerjasama Dengan PAS

Posted: 05 Aug 2016 05:00 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS jika Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.

Ahmad Said berkata, beliau masih ahli UMNO dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

"Tidak…saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota UMNO hingga hari ini," katanya.

Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.

Bekas Menteri Besar itu juga dilaporkan sebagai berkata, jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan UMNO, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.

"Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan Adun Kijal. Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah," katanya ketika dihubungi.

Katanya, PAS Terengganu tidak berhasrat mahu 'campur tangan' dengan masalah dalaman Umno.

Namun, katanya, jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.

"Jika ada dua Adun daripada Umno yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri. Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan," kata Saiful Bahri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, UMNO Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.

UMNO menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu) ~ IsmaWeb


PAS Sedia Ambil Alih Kerajaan Negeri Terengganu..

Posted: 04 Aug 2016 11:45 PM PDT


PAS Terengganu menggesa ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib untuk membuat keputusan segera sama ada mahu meninggalkan Umno atau sebaliknya.

Menurut Pesuruhjayanya, Satiful Bahari Mamat yang juga adalah ADUN Paka, sultan hanya akan membuat keputusan sekiranya pembangkang di negeri itu memperolehi majoriti dengan dua ADUN berkenaan meninggalkan Umno.

"Bola di kaki dia, selagi tak buat tak selesai.

"Yang penting sekarang Ahmad Said (perlu) keluar parti. Tak guna cakap pom pang pom pang dan biarkan perkara ini berulang panjang dan libatkan orang dan negeri Terengganu.

"Kalau Ahmad Said dan Ghazali keluar (Umno), BN di Dewan akan jadi minoriti dan akan berlaku perubahan.

"Kita sedia ambil alih dan istana akan panggil kita untuk tentukan siapa ada majoriti di Dewan," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Said yang adalah bekas menteri besar Terengganu dilaporkan mengancam untuk keluar daripada Umno dan bekerjasama dengan PAS.

Manakala Ghazali pula mengkritik pentadbiran di bawah Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Ketika ini, dengan Ahmad Said dan Ghazali masih di dalam Umno, parti Melayu itu mempunyai 17 kerusi manakala PAS 14 dan PKR 1.

Pada sidang DUN Mac lalu, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul Ahmad Said yang membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun usul tersebut gagal kerana didakwa tidak memberi notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pembentangan usul berkenaan.

"Dewan bersidang dalam 18 Ogos selama satu hari. Tak ada usul dari dia (Ahmad Said)," katanya lagi lapor Malaysiakini


Menteri UMNO Bantah Bersih 5 Diadakan

Posted: 04 Aug 2016 09:02 PM PDT


Tunjuk perasaan jalanan seperti yang dirancang Bersih 2.0 tidak boleh dibenarkan berlaku, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di sambutan Hari Raya Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini, Ismail berkata bukan gabungan reformasi pilihan raya sahaja yang boleh turun ke jalanan setiap kali mereka tidak berpuas hati dengan satu-satu isu.

"Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

"Saya difahamkan ada kumpulan yang mahu menunjuk perasaan pada hari yang sama dengan Bersih. Jika benar, pertembungan boleh berlaku."

Beliau merujuk kepada kumpulan yang dikenali sebagai Baju Merah, diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos. Jamal berkata mereka bersedia untuk berhimpun pada hari yang sama dengan Bersih 5.

Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut hadir di majlis yang sama bersependapat, malah beliau bingung dengan niat Bersih 2.0.

Beliau menasihatkan gabungan itu supaya tidak meniru budaya asing yang sering turun ke jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

"Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka berhak untuk suarakan pendapat mereka semasa pilihan raya. Sementara itu, kita ada saluran lain, seperti Parlimen, wacana politik, dan media.

"Tidak perlu ganggu keamanan dan keharmonian negara. Terutamanya di bulan ini dimana kita akan sambut hari kebangsaan."

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam mengesahkan Bersih 5 akan diadakan tidak lama lagi, cuma tarikh dan tempat belum dipastikan.

Gabungan itu turut merancang mengadakan jelajah seluruh negara untuk menguja kesedaran tentang saman sitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap individu yang didakwa melesapkan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) wang 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersetuju memudahkan perhimpunan itu, selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut membenarkan himpunan Baju Merah, dengan syarat yang sama dikenakan kepada Bersih 5 lapor Free Malaysia Today


.. Siapa dah kencing dia ni?.. kalau tak tentu dia tak akan keluarkan ayat ni.. "Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

Mereka boleh buat lebih besar???... Kah.. Kah.. Kah...


Comments (0)