Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:31 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Selepas Kantoi Meminta Suapan, Bapa Adun DAP Kini Disiasat SPRM.

Posted: 30 Aug 2016 07:00 AM PDT


Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak. Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya ~ mStar


Pengerusi Bank Rakyat Direman 7 Hari

Posted: 30 Aug 2016 04:43 AM PDT


Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal dikenakan perintah reman tujuh hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman lelaki berusia 65 itu, sehingga 5 September.

Abdul Aziz, 65, tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya dan ditahan pada 3 petang semalam.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata semalam akaun bank Abdul Aziz yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

Dia adalah orang ketiga daripada bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

Sementara itu, empat lelaki termasuk pengarah urusan bank yang sama bergelar Datuk, bekas pengarah perolehan bank dan dua pemilik syarikat penerbitan yang tamat tempoh reman hari ini dibebaskan SPRM setelah siasatan selesai, hari ini.

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu dan empat daripada mereka dibebaskan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 lapor mStar


Husam Masuk Amanah Malam Ini?

Posted: 29 Aug 2016 09:46 PM PDT


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dikatakan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) malam ini.

Beberapa pemimpin AMANAH ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, yang akan diumumkan dalam acara di Cyberjaya malam ini.

"AMANAH," kata seorang pemimpin AMANAH ketika ditanya sama ada Husam memilih AMANAH atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut tetapi yakin anak didik bekas mursyidul am PAS allhayarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu mampu memperkasakan parti baru itu.

Langkah ini sudah dijangkakan pelbagai pihak, walaupun perkara itu sudah beberapa kali dinafikan sebelum ini.

Bekas exco kanan kerajaan Kelantan itu dijangka diberikan peranan besar membantu gerak kerja AMANAH di peringkat nasional dan negeri.

Acara malam ini bukan yang pertama kali buat Husam di pentas AMANAH, parti serpihan PAS.

Beliau sebelum ini pernah berucap dalam acara makan malam AMANAH di Petaling Jaya Januari tahun lalu.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas sering mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob yang juga timbalan mursyidul am.

Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam malam tadi berkata akan mengumumkan menyarung 'jersi' kerana "berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan".

Husam antara sekumpulan besar kumpulan yang kalah dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015, yang kemudian membentuk AMANAH lapor MalaysiaKini




Comments (0)