Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:38 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rela Jadi Macai: Zaid Ibrahim Sekolahkan Khairy..

Posted: 03 Aug 2016 03:06 AM PDT


Tidak ada apa yang boleh dibanggakan apabila digelar macai, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim merujuk kepada komen Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Dalam posting terbaru di blognya, Zaid berkata perkataan itu sebenarnya istilah penghinaan yang digunakan zaman dulu bagi merujuk kepada seseorang yang "diperkudakan".

Zaid berkata walaupun "diingatkan" oleh isterinya jangan membuat komen terhadap kenyataan menteri kerana ia akan membawa masalah kepadanya, beliau tidak dapat menahan diri untuk respons kepada "ahli Kabinet kedua paling layak" Khairy (selepas Datuk Mustapa Mohamed) yang berkata tidak apa untuk Melayu Umno digelar macai.

"Ketika zaman saya membesar, rakan Cina saya akan berhati-hati ketika menggunakan perkataan 'macai' di depan kita orang Melayu. Dalam Kantonis, perkataan itu bermaksud seseorang yang 'diperkudakan'.

"Melayu generasi saya rasa bangga dengan nenek moyang kami dan karakter, walaupun kami orang miskin dari kampung. Kami sudah tentu bantah digambarkan sebagai macai sama ada daripada kawan Cina atau Melayu.

"Sebagai kanak-kanak, tidak mungkin kita mahu membesar jadi macai orang lain," tulisnya. Beliau berkata situasi sekarang mungkin berbeza dengan "generasi baharu Melayu", diketuai pemimpin seperti ahli Parlimen Rembau, yang tidak terjejas dengan lencana macai.

"Ini sememangnya transformasi budaya baharu yang Umno bawa kepada Melayu.

"Saya merayu kepada belia Melayu untuk menolak nasihat Khairy. Kita mesti bangga sebagai insan dan tidak boleh membenarkan sesiapa menggunakan kita sebagai macai. Kita mesti bertanggungjawab untuk pembangunan Melayu dengan mengajar mereka nilai yang betul.

"Khairy ada hak untuk jadi macai tetapi itu hanya betul untuknya. Kita tidak patut ikut," katanya.

Semalam, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata ahli Umno mesti mempertahankan presidennya Datuk Seri Najib Razak, meskipun digelar macai lapor FMT



MO1 Boleh Jadi Sesiapa Sahaja, Boleh Jadi Kamu, Boleh Jadi Saya - Bung Mokhtar Kata..

Posted: 03 Aug 2016 01:20 AM PDT


Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin mengakui parti itu membincangkan isu saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ke atas 1MDB namun tidak menyentuh mengenai Malaysian Official 1 sekalipun ia disebut 36 kali dalam dokumen guaman itu.

"Kami tidak bincang kerana tiada yang tahu siapa itu MO1," katanya kepada Malaysiakini melalui temu bual telefon.

Ini di sebalik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 29 Julai lalu yang berkata mereka mengambil maklum mengenai kewujudan seseorang dikenali sebagai Malaysian Official 1 dalam dokumen itu.

"Kami maklum perkara itu dan ia telah jelaskan kepada orang ramai," kata Najib.

Mengulas lanjut, Bung berkata DOJ tidak menamakan individu itu, justeru adalah sukar untuk meramalkan identitinya.

Beliau diminta mengulas sama pemimpin seperti Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ada membangkitkan isu-isu berkaitan dengan MO1, yang sesetengah pihak percaya adalah Najib sendiri.

"Ya, mereka (orang ramai) boleh tuduh Najib, tetapi oleh kerana namanya tidak ada, MO1 ini boleh jadi siapa-siapa sahaja, boleh jadi kamu, boleh jadi saya... Boleh jadi (MO1) bukan sesiapa pun," katanya.

"Najib orang baik, saya suka dia dan saya akan sokongnya," katanya.

"Ini bukan satu isu. Ia bukan masalah besar," katanya.

Menurut Bung, saman DOJ disentuh secara ringkas pada mesyuarat majlis tertinggi, tetapi tidak dibincangkan secara panjang lebar.

Katanya, Umno memutuskan mereka yang dinamakan dalam saman berkenaan harus membersihkan nama mereka melalui mahkamah di Amerika.

Individu berkenaan termasuk tiga pegawai 1MDB yang tidak dinamakan, hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho dan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Turut disebut Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identitinya, namun dikaitkan secara meluas dengan Najib.

Ini berdasarkan huraian mengenai Malaysian Official 1, hubungan kekeluargaan dengan Riza dan pembabitannya dalam skandal 1MDB.

Malaysian Official 1 didakwa akhirnya menerima AS$731 juta dana 1MDB lapor Malaysiakini


... Hmmm.. nasib baik aku tak bodoh.. kalau tak tentu aku percaya apa yang Bung kata tu..



Bubar DUN Terengganu?.. Berani Ke BN Tu??

Posted: 02 Aug 2016 11:40 PM PDT


Pilihan raya mengejut negeri Terengganu hampir pasti diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bakal berdepan tindakan disiplin Umno kritikannya terhadap parti itu.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu manakala PAS mempunyai 14 kerusi tersebut dan PKR pula hanya diwakili seorang ADUN.

Jika Ahmad dipecat dari Umno dan beliau mengadakan sekutu dengan pembangkang, DUN Terengganu akan menyaksikan bilangan kerusi setara (16-16) antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menjurus kepada pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, beliau bertegas untuk tidak akan membubarkan DUN, menurut laporan The Star.

Pada masa yang sama, tambah Ahmad Razif, beliau telah menyerahkan nasib Ahmad Said kepada parti.

"Kami akan mengambil tindakan berdasarkan disiplin parti...jika seseorang melakukan kesalahan, kita akan ambil tindakan. Jika katalah saya salah, tindakan juga perlu diambil.

"Kami menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk berurusan dengannya, jika beliau salah, salahlah. Kami di badan perhubungan Umno negeri akan hantar laporan kepada peringkat tertinggi untuk diambil tindakan.

"Ini adalah asas yang perlu dimartabatkan parti yang berprinsip (seperti Umno)," katanya, memetik laporan Bernama di Kuala Terengganu, semalam lapor Malaysiakini



Comments (0)