Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:37 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kemajuan Sabah Seiring Semenanjung - Najib

Posted: 29 Aug 2016 07:59 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi jaminan untuk terus komited membangunkan Sabah, seiring kemajuan dinikmati negeri di Semenanjung.

Perdana Menteri menegaskan komitmennya sebagai ikrar dalam memenuhi tuntutannya sebagai pemimpin yang memikul amanah untuk memastikan negara ini lebih maju.

"Saya akan terus mengangkat kemajuan di Sabah supaya seiring maju bersama kemajuan di Semenanjung Malaysia. Itu ikrar saya, memikul amanah sebagai pemimpin untuk melihat negara ini lebih maju," katanya menerusi entri terbarunya di laman sosial rasmi, Facebook, sebentar tadi.

Najib berkata, UMNO Sabah kini adalah tonggak kepada perjuangan parti dan beliau cukup senang melihat kesetiaan serta semangat juang ahli UMNO di Sabah semalam.

"Semangat yang mereka tunjukkan ini membakar semangat saya sendiri untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara!," katanya.

Kah.. kah.. kah... kemajuan Sabah seiring dengan Semenanjung?.. Kah.. kah.. kah..

Orang-orang Sabah yang tak pernah jejak kaki ke Semenanjung tentu percaya dengan auta Najib ni kannnn?




Laporan penuh silalah baca di SINI

'Tan Sri' Pengerusi Bank Ditahan SPRM

Posted: 29 Aug 2016 04:14 AM PDT


Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan. 

"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya kepada Bernama.

Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama.

Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos lapor Sinar


Zahid Minta Muhyiddin Buktikan RM1Billion Masuk Akaun Najib..

Posted: 29 Aug 2016 01:22 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menuntut agar Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan bukti atas dakwaannya mengenai Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun bank peribadi.

"Minta beliau kemukakan bukti jika ada," ujar beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, sebentar tadi.

"Beliau tuduh perdana menteri kita, mesti tunjukkan bukti. Jangan membuat tuduhan berdasarkan khabar angin," jelas Ahmad Zahid lagi.

Semalam, Muhyiddin mendakwa hampir RM1 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib sebelum kemasukan RM2.6 bilion yang dilaporkan secara meluas.

Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada Julai tahun lepas.

Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.

"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak itu dalam akaun Datuk Seri Najib.

"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.

"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh, Kelantan.

Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV lapor MalaysiaKini


Malunya Rakyat Terengganu...

Posted: 28 Aug 2016 10:08 PM PDT


RENUNGKAN APA YANG SEDANG BERLAKU SEKARANG KEPADA NEGERI TERENGGANU DAN CUBA BANDINGKAN DENGAN KEJAYAAN TUNTUTAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK!

TERENGGANU:

- Setelah beri 'sumbangan hasil minyak & gas' kepada kerajaan Persekutuan hampir 50 tahun yang bernilai berbilion juta kini semua telaga minyak yg terletak di perairan Terengganu bukan lagi milik 'sah' kerajan Terengganu. KERAJAAN TERENGGANU KINI TIADA SEBARANG HAK!

- royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak berpuluh tahun kini hanya sebagai 'Ihsan' dan 'dana khas' dari kerajaan Persekutuan. ROYALTI MINYAK SUDAH TERBATAL

- Terengganu kini tiada sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri tersebut. HAK TERENGGANU HILANG

- Telaga minyak BERTAM yang di temui baru-baru ini dan sah terletak diperairan negeri Terengganu kini di'serah' sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang. MARUAH NEGERI TERENGGANU TERGADAI

BANDINGKAN APA YANG DI CAPAI OLEH KERAJAAN SARAWAK KINI SARAWAK:

Petronas & kerajaan Sarawak capai persetujuan dalam 7 perkara selepas adakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

- Kemelut tercetus selepas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri beku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung berkuat kuasa serta-merta.

1. Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

2. 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petro­nas perlu berunding­ dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

3. Petronas akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

4. Petronas juga komited menyokong dua industri petroki­mia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri petrokimia dan hiliran lain dengan kerajaan negeri ini.

5. Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri

6. menerima pelan kerja Petronas untuk me­ningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

7. Tuntutan kerajaan negeri memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

AYUH BANGUN RAKYAT TERENGGANU!! DIMANAKAH MARUAH KITA SEMUA???

Dr.Syed Azman Syed Ahmad,
Adun Batu Burok,
Terengganu.


Rakyat Semakin Malu Dengan Isu Rasuah

Posted: 28 Aug 2016 08:39 PM PDT


Rakyat negara ini kini semakin malu apabila nama Malaysia terpalit dengan budaya rasuah yang semakin diketahui seluruh pelosok dunia.

Ahli Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, selain daripada pemimpin negara yang terlibat dengan budaya rasuah, rakyat juga menanggung malu apabila sistem demokrasi di negara ini tidak mampu untuk membetulkan keadaan tersebut.

"Rakyat semakin malu kerana nama baik Malaysia diheret ke kancah rasuah yang kini diketahui di seluruh pelosok dunia," katanya menerusi kemas kini status di laman Facebooknya semalam.

Selain daripada itu, Mukhriz berkata, menerusi Mesyuarat Agung Tahunan Sayap dan Bahagian Umno sebelum ini, pemimpin parti telah menggesa setiap ahlinya untuk memberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam pentadbiran.

Namun begitu, Mukhriz berkata, malang sekali apabila ada pihak menegur presiden Umno, individu berkenaan telah dikenakan tindakan termasuk berdepan hukuman pemecatan jawatan parti dan kerajaan.

"Tahukah anda bahawa Umno rosak bukan disebabkan mereka yang menegur kebatilan namun berpunca dari pemimpin seperti presiden parti yang mengaku mengambil duit dari pihak negara asing kononnya untuk parti dan tidak pernah mengisytiharkan sehingga didedahkan oleh media asing," katanya.

Dalam pada itu, bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini, Mukhriz turut menggesa ahli Umno agar dapat memerdekakan jiwa dan raga mereka dari dibelenggu sifat taksub berikutan daripada suapan oleh pemimpin mereka.

"Wahai Umno, segeralah insaf dan bertaubat sebelum azab ALLAH SWT turun dan semua yang membisu turut menerima padahnya

"Sesungguhnya Malaysia berhak ke atas sesuatu yang jauh lebih baik dari apa kita alami sekarang,"katanya lapor Sinar


Comments (0)