Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Lagi Dakwaan Cabul Pelajar Tahfiz Didedah..

Posted: 25 Aug 2016 04:57 AM PDT


Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mendedahkan butiran dakwaan pencabulan seks luar tabii yang berlaku di sebuah sekolah tahfiz, melalui kiriman Facebook pada Rabu.

Pendedahan tersebut menyenaraikan beberapa insiden cabul yang berlaku ke atas sesetengah pelajar di sekolah itu.

Syed Azmi mendakwa pendedahan tersebut dilakukan selepas menerima aduan dan melihat dokumen yang dihantar oleh pengadu...


Baca ni..

Kes pedofilia di sekolah lain pula. Ini bukan kes sekolah Di Perak. Harap maklum. 
Saya baru saja menamatkan panggilan telefon dari sekumpulan ibu bapa. Ramai ibu bapa yg menelefon bertanya lokasi sekolah yg saya kongsikan semalam. Tapi bukan hak saya utk beritahu. Kejadian spt ini tidak berlaku di satu sekolah ini sahaja.  
Kita sewajarnya menyelidik, mendengar dan percaya kpd aduan anak2 kita walaupun di mana saja sekolah mereka. Mereka (ibubapa yg anaknya terlibat) mahu undang2 dapat melakukan sesuatu dan menggunakan media sosial sbg platform utk mendapatkan sokongan,tekanan dari masyarakat. 
Jadi tolong jangan membuat spekulasi sekolah manakah yg diperkatakan. Ia tidak sama sekali membantu anak2 yg terlibat. 
Ceritanya begini..lokasi di sekolah tahfiz.

(Saya sudah lihat & mengesahkan semua dokumen yg berkaitan) 
Seorang pelajar berumur 9 tahun semasa kelas mengaji malam bersama seorang ustaz ganti buat perangai. Pelajar ini berkata, dia benci mengaji, benci tempat ini & segalanya. Ustaz ganti ini terus bertanya hingga anak ini berkata dia benci "melakukannya". Iaitu seks oral dgn anak lelaki ustaz tempat dia mengaji. 
Ustaz yg ganti ini sukar nak percaya tetapi after ditanya lagi. Pelajar ini menunjukkan pelajar2 lain yg turut menjadi mangsa. Tidak hairan sekolah tersebut punyai kadar guru ganti keluar dan masuk. Tetapi ustaz/guru ini tidak mengambil apa2 tindakan lagi, dia tidak tahu bagaimana. 
2 minggu kemudian, 3 orang budak lari dari sekolah. Salah seorang mengadu kpd ibubapanya, ibubapa ini memberitahu ibubapa lain. 
Bermula dari sini, kisah ini terungkai. Rupanya, kejadian spt ini dah berlaku bertahun2 lamanya. 15 orang pelajar mengadu kpd ibubapa tetapi hanya sedikit yg membuat aduan.
Saya bertanya lagi, apa sebenarnya yg berlaku?

Ada proses grooming yg dahsyat 
1. Cium Abi (guru besar) di mulut stp malam sebelum tidur. Ini berlaku utk beberapa bulan & berlaku di hadapan semua orang dalam dorm. 
2. Kemudian melarat jadi "fondling". Jika pelajar melawan, dia guna ayat spt, "Awak ni disisihkan ibubapa sebabtulah awak dihantar ke sini. Awak ni nakal". 
3. Seks oral. Memberi & menerima. 
4. Dan lain2 yg anda boleh bayangkan. 
Dia sering menyuruh pelajar menjadikannya rahsia. Dan ada minyak khas yg disapu pada pelajar bila mereka pulang ke rumah atau keluar outing dgn ibubapa. Saya rasa utk buatkan pelajar lebih "patuh"/ dengar cakap. 
Dia juga melaksanakan sistem "Pecah & Perintah" dgn ibubapa agar mereka tidak dapat berkomunikasi sesama mereka. 
Taktik ini adalah cara bagaimana pelaku mengawal persekitaran dgn kuasa yg ada pada mereka, personaliti mereka yg biasanya dipercayai masyarakat & lebih teruk menggunakan agama. 
Ibubapa ini bertemu & mendapati 15 pelajar mengadu tetapi hanya 6 orang pelajar & ibubapa yg membuat aduan polis. 
Kebanyakan kita merasakan ini tidaklah sesusah mana. Kita sangat marah & nak hentikan saja perkara ini. Tapi jika anak sendiri yg terkena, ada banyak halangan oleh itu mengapa sebahagian mereka ragu2 utk buat aduan. 
Soalannya mengapa? Ini jawapannya: 
1. Sekumpulan bersetuju & mengizinkan anak mereka disoalsiasat oleh polis. 
2. Sekumpulan ibu bapa pula memaafkan guru besar ini & anak lelakinya, lagipun mereka ini orang baik yg beragama, boleh beri amaran utk tidak melakukannya lagi, jangan mengaibkan mereka & agama islam. 
3. Sekumpulan lagi menyalahkan anak2 ini. Sama ada menyalahkan anak sendiri atau menyalahkan anak orang lain yg menggoda anak mereka yg tak bersalah. 
4. Sekumpulan pula berfikiran kita perlu jaga imej & nama baik keluarga yg lebih penting. 
5. Sekumpulan ibu bapa mendapati anak mereka sudah mula berubah utk menyenangi perbuatan tersebut. 
6. Akhir sekali, sebagaiman anda lihat pada screenshot, ada ibubapa yg nak menggunakan situasi ini sebagai kesempatan memperoleh duit. 
Sebab itulah penting utk masyarakat seperti ibubapa, guru, sukarelwan & semua yg pekerjaannya melibatkan kanak2 utk lebih sensitif & aware perkara spt ini. 

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI 

MB Negeri Mana Pulak Yang Beri Harapan Palsu Kepada Penunggang Solo Wanita Ni?

Posted: 25 Aug 2016 01:41 AM PDT


Selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2016 yang lalu, pelumba basikal negara Azizulhasni Awang menempelak Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman kerana tidak membantu beliau.

Dua hari selepas catatan 'pedas' Azizulhasni itu, Anita Yusof pula melampiaskan kekecewaan beliau terhadap seorang menteri besar di laman Facebooknya.

Anita yang mendakwa dirinya sebagai wanita Islam pertama menunggang motosikal secara solo di serata dunia.

Walaupun memilih untuk tidak menyebut menteri besar yang mana satu, pensyarah dari Perak itu membidas menteri besar berkenaan yang dikatakan memberi 'harapan palsu'.

Dalam catatan tersebut, yang turut diketengahkan oleh wartawan veteran Ahiruddin Atan dalam blognya, Anita membidas Kementerian Pendidikan (MOE) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

"Kepada MOE, terima kasih kerana berikan saya cuti tanpa gaji bagi melakukan perjelajahan ini. Kepada JPA, terima kasih kerana berat sebelah dalam soal jantina dan tidak menyokong dengan mengatakan apa yang saya lakukan ini tidak menyumbang apa-apa kepada negara...

"Kepada MB negeri berkenaan(yang namanya saya tidak mahu sebutkan), terima kasih kerana memberi saya harapan palsu dengan mengatakan 'ya' di depan saya dan beberapa yang lain tetapi kemudian buat bodoh dan tidak pernah menjawab surat saya walaupun disusuli banyak kali," katanya.
Sementara itu, Ahiruddin yang lebih dikenali sebagai Rocky berkata, episod tersebut telah membuatkan beliau berasa sedikit janggal.

"Kerana sayalah yang menghubungkannya dengan Kementerian Pelajaran pada ketika itu bagi menunaikan harapan beliau untuk diberikan status cuti berbayar.

"Dan saya jugalah membawanya bertemu dengan menteri besar (dari negeri yang tidak mahu disebutnya) di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menteri besar itu seolah-olah begitu berminat dengan apa yang Anita mahu capai...," tambah Rocky lapor Malaysiakini


Kazim Elias Nafi Berlaku Pencabulan Seks Di Maahad Tahfiz Miliknya..

Posted: 24 Aug 2016 09:00 PM PDT


Kazim Elias ni.. dia tak bagi orang lain buat spekulasi tapi dia pulak yang buat spekulasi.. siasatan Polis belum selesai dia dah kata "mungkin ada orang tidak puas hati".

Teringat aku suatu masa dulu bila ada yang bertanya kepada Kazim ni tentang tuduhan liwat yang dihadapi DSAI.. Jawab Kazim.. "Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...."

Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.  
Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa.  
Katanya Maahad Tahfiz Darul Barakah dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan dan peluang untuk kejadian seumpana berlaku.  
"Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati," katanya ketika dihubungi hari ini.  
Katanya menjadi hak setiap individu untuk membuat laporan, namun beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.  
Datuk Kazim pada masa sama turut mengingatkan netizen agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri ~ AstroAwani

"Siasatan dalaman pihaknya turut mendapati tiada sebarang kejadian seperti yang didakwa?".. ayat lawak ni..

Yang siasat tu orang dalam yang cari makan dalam tu jugak.. ada kredibiliti ke dilantik sebagai penyiasat?

Bagaimanapun...

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini 10 individu sudah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk pelajar, pengadu dan pengurusan maahad tahfiz berkenaan.

"Saya menyatakan di sini memang ada laporan dibuat. Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan sepuluh statement ataupun rakaman percakapan telah pun dibuat dan pihak polis akan teruskan siasatan itu yang saya dapat bagi tahu dan kita akan lengkapkan secepat mungkin," katanya.

Abdul Rahim diminta mengulas mengenai berita yang tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.

Menurut Abdul Rahim lagi, kes tersebut disiasat mengikut seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke maahad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu dan pegawai JAIPK telah menemuramah beberapa pelajar.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Mahathir Akui Kesalahannya Dan Mohon Maaf Akhirnya..

Posted: 24 Aug 2016 07:38 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

"Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang

"Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru, telah mula berkuatkuasa, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya," tulis Mahathir dalam blognya sejurus selepas tengah malam tadi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa apa sahaja yang mempunyai kaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat, masih memerlukan tandatangan baginda.

Akta MKN memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.

Pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya Yang di-Pertuan Agong boleh lakukan.

Pada tahun 1994, kerajaan yang diterajui Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenannya.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.

Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MSN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu.

Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu lapor Malaysiakini


Comments (0)