Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:13 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Akhirnya Bila Dah Tak Mampu Nak Sara.. Anak-anak Panda Akan Dipulang Ke China..

Posted: 24 Aug 2016 07:37 AM PDT


Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan kerana Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang tinggi.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China seba­nyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Menurutnya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan.

"Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu.

"Perbincangan dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) akan dilakukan November ini dan kami bercadang menjaga Nuan Nuan sehingga usianya dua tahun sahaja pada Ogos tahun hadapan walaupun kontrak membenarkannya sehingga empat tahun," katanya.

 Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar maj­lis pelancaran setem tujuh ke­ajaiban flora dan fauna sempena sambutan hari lahir panda gergasi ke-10, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ber­kenan menyempurnakan gimik sambutan ulang tahun panda gergasi dan melawat sekitar kawasan Zoo Negara termasuk Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) lapor Utusan


Datuk Seri Di Tahan SPRM Miliki 31 Kondo?

Posted: 24 Aug 2016 02:21 AM PDT


Seorang Datuk Seri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) baru-ba­ru ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa, di­percayai memiliki 31 unit kondominium mewah bernilai lebih RM15.5 juta.

Kesemua unit kondominium yang terletak di ibu negara itu dikatakan telah 'dibeli' daripada lima pemaju projek perumahan yang berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut sumber, siasatan SPRM mendapati suspek telah 'membeli' kesemua unit kondo­mi­nium tersebut yang harga asalnya RM200,000 sehingga RM300,000 tanpa membuat bayaran pendahuluan menggunakan nama sendiri dan orang terdekat.

"Suspek ini dipercayai telah menandatangani perjanjian jual beli (S&P) dengan pemaju tanpa membuat sebarang pembayaran pendahuluan.

"Apabila rumah siap, suspek dipercayai akan menjual semula setiap rumah pada harga semasa dengan anggaran RM500,000 setiap satu dan mendapat untung atas angin," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan terdapat salah guna kuasa segelintir pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Lembah Klang bagi memperoleh kondominium dan apartmen terutama di lokasi strategik.

Perkara itu berlaku berikutan terdapat pakatan antara pegawai tinggi dan pemaju projek perumahan apabila mereka dikatakan telah membuat tempahan tanpa membuat pembayaran pendahuluan.

Sebaik sahaja projek itu siap dan mendapat sijil layak menduduki (CF) daripada PBT, pemaju akan mengambil semula unit yang 'dibeli' oleh pegawai PBT terlibat dan menjual kepada pembeli sebenar dengar kadar yang lebih tinggi bagi mengaut keuntungan.

Tambah sumber lagi, siasatan juga tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa lagi pegawai dan kakitangan DBKL terlibat melakukan perkara yang sama bagi mendapat keuntungan mudah.

"Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan kita masih lagi mencari orang kanan suspek terbabit bagi membantu siasatan," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Siasa­tan SPRM, Datuk Azam baki ke­tika dihubungi mengesahkan men­genai perkara itu.


SAMM Akan Buat Laporan SPRM Terhadap Azmin Jumaat Ini

Posted: 23 Aug 2016 08:18 PM PDT


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung #skandalAzmin68054, yang merujuk skandal tanah Paya Indah Wetland, Jumaat ini.

Pengasasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, laporan akan dibuat di pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 3 petang.

Sebelum itu, katanya, SAMM bersama sekutunya yang membentuk pasukan khas isu #skandalAzmin68054 akan melancarkan buku (booklet) berkaitan isu berkenaan di pekarangan pejabat SPRM.

Jelas beliau, buku itu mengandungi 85 peratus dokumen bukti berkaitan, fakta dan kronologi penyalahgunaan kuasa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sejak mengambil alih pentadbiran Selangor.

"Buku ini akan disasarkan kepada pegawai kerajaan, kepimpinan Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR dan rakyat Selangor," katanya pada sidang media isu #skandalAzmin68054 di Dewan Restoran Amjal, di sini, hari ini.

Ditanya kenapa SAMM memberi tempoh tujuh hari kepada Mohamed Azmin dan pentingnya menyediakan buku itu, beliau berkata, pihaknya sengaja mahu mengingatkan beberapa isu seperti aduan rasuah seks dalam pejabat Menteri Besar sebagaimana didedahkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Apa kesudahannya? Adakah Rafizi membuat aduan kosong atau aduan disapu di bawah karpet?" soal beliau. – MalaysiaGazette


Comments (0)