Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:55 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Pengurusan 1MDB Sebenarnya 'Mangkuk Hayun' Kata Menteri

Posted: 23 Aug 2016 02:23 AM PDT


Tak rugi nampaknya Najib lantik Datuk Johari Abdul Ghani ni sebagai Menteri Kewangan Kedua.. kuat kipas rupanya..

Nak pertahan Najib sambil memperbodohkan Perwakilan Umno Bahagian Cheras  yang mendengar ucapannya.. berkatalah dia semua dalam pengurusan 1MDB tu mangkuk hayun..

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.  
"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan. 

Tak tahu pulak samada dia tak tahu atau dia terlupa.. mangkuk-mangkuk hayun yang dia kata ada dalam pengurusan 1MDB tu adalah dilantik oleh Najib sendiri..

Sebab.. Artikel 117 Memorandum Syarikat 1MDB menyatakan apa juga tindakan dari segi perlantikan pengurusan dan sebagainya hendaklah dirujuk kepada Perdana Menteri.

Jadi kalau yang dilantik itu ialah mangku-mangkuk hayun.. yang melantik tu apa pulak?

Laporan berkaitan..

Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar. 

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.

Jelas Johari lagi, kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara. 

"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.

"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya lapor Sinar Harian


Nawawi Tak Ikhlas Minta Maaf, Kata PERKASA

Posted: 23 Aug 2016 12:10 AM PDT


Memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah 'Malaysian Official 1' atau 'MO1" bukanlah perkara utama.

Sebaliknya, Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata, apa yang menjadi persoalannya kini adalah sejauh mana Yang di-Pertuan Agong akan memaafkan Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad.

"Nawawi ini amat biadap, mohon ampun atau tidak perkara nombor dua tapi kita nak tahu juga sama ada Yang di-Pertuan Agong maafkannya atau tidak," tegas Irwan.

Apatah lagi, menurut Irwan, permohonan maaf yang dibuat Nawawi itu jelas tidak ikhlas.

"Selepas ditempelak, baru beliau nak minta jadi kita tengok keikhlasannya tak ada.

"Ini satu perkara yang amat biadap, Yang di-Pertuan Agong ketua negara jadi tak seharusnya beliau sebagai anggota parlimen yang dilantik secara demokrasi berbuat begitu," kata Irwan.

Nawawi dalam satu kenyataan semalam memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah 'MO1' di laman sosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan pemahaman lain daripada apa yang cuba dinyatakannya.

Mengulas lanjut, Irwan berkata, apa yang dilakukan oleh Nawawi itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, Nawawi, seorang anggota parlimen dan sudah menjadi keutamaan beliau untuk menghormati Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, kata Irwan.

"Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan langsung. Sepatutnya Nawawi lebih berhati-hati dan jangan ingat sebagai anggota parlimen, beliau kebal.

"Beliau hanya kakitangan awam sahaja, jadi, jangan biadap.

"Beliau anggota parlimen bukan mutlak, esok kalau menang pilihan raya jadilah anggota parlimen dan kalau tak, duduklah Langkawi itu saja," kata Irwan lapor Malaysiakini


Ku Nan Ni Tentu Melampau Kayanya.. Sampai Nak Isytihar Aset Pun Takut..

Posted: 22 Aug 2016 07:33 PM PDT


"Jika saya isytihar aset, anak dan isteri saya mungkin diculik."

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila ditanya mengenai gesaan supaya beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mengisytihar aset mereka.

Tengku Adnan berkata beliau merupakan seorang ahli perniagaan sebelum menceburi politik dan mempunyai banyak aset.

"Saya tidak akan isytihar aset saya kepada orang ramai. Saya hanya akan isytihar apa yang dikehendaki.

"Setiap tahun saya memang isytihar aset kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) bersama menteri-menteri lain, manakala Datuk Bandar dan Ketua Setiausaha isytihar kepada Ketua Setiausaha Negara," katanya.

Tengku Adnan yang ditemui selepas merasmikan Konvensi ke-10 alumni antarabangsa National Defence Medical Centre (NDMC) di sini berkata setiap kementerian mempunyai unit integriti yang menyelaras isu deklarasi aset.

Pada Jumaat, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil membuat gesaan agar Adnan dan Amin Nordin mengistihar aset mereka kepada orang ramai dan menjadi contoh kepada pemimpin dan pegawai kerajaan yang lain.

Sementara itu, ketika mengulas cadangan daripada Presiden Transparency International (TI) Malaysia Datuk Akhbar Satar supaya pemberian tender bagi projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka dan bukan melalui tender secara langsung, Tengku Adnan berkata perkara tersebut sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan.

"Kita memang buat tender terbuka melainkan ada kerja-kerja khusus yang memerlukan kepakaran. Dalam hal ini kalau kita bagi tender terbuka, boleh mengundang masalah apabila harga murah ditawarkan dan kerja tidak siap, maka ia merugikan kerajaan.

"Setakat ini, proses kita telus dan kita sedang bekerja keras untuk menghentikan sebarang amalan korup. Setahu saya, ramai yang tidak suka kepada saya kerana saya cuba menutup ketirisan (loopholes) yang dahulu telah menguntungkan sesuatu pihak," katanya.

Pada 15 Ogos lalu, seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan operasi membanteras rasuah secara besar-besaran.

Dua lagi pegawai kerajaan bergelar 'Datuk' juga ditangkap di dalam operasi yang melibatkan rasuah wang tunai dan aset bernilai jutaan ringgit.

Pegawai-pegawai terlibat digantung sementara daripada tugas sehingga siasatan selesai lapor AstroAwani


Kerusi PAS Milik Amanah?..

Posted: 22 Aug 2016 05:30 PM PDT


Kerusi yang ditandingi PAS adalah milik Amanah, isytihar timbalan presidennya, Salahuddin Ayub selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengintai kerusi yang dimenangi parti Islam pada PRU13 lepas.

Salahuddin menambah pihaknya bagaimanapun sudi membincangkan kerusi yang diinginkan parti Melayu baharu itu.

"Berkenaan apa yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, kita mengharapkan supaya parti Bersatu cepat diluluskan pendaftarannya.

"Bila telah ada aktiviti parti itu, kita bersedia untuk duduk semeja berbincang tentang hasrat Tan Sri Muhyiddin," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian apabila ditanya samada ruang untuk Amanah bertanding semakin mengecil selepas Muhyiddin mengumumkan pihaknya mengintai dan mengenalpasti kerusi milik PAS dan PKR yang sesuai ditandingi Bersatu pada PRU14 nanti.

Dalam pilihan raya lepas, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan 85 kerusi DUN daripada 73 kerusi Parlimen dan 236 kerusi DUN yang ditandinginya.

Sebahagian besar pimpinan Amanah merupakan bekas ahli PAS yang tewas dalam pemilihan parti 4 Jun tahun lalu.

Amanah kini mempunyai enam ahli Parlimen dan enam ahli DUN. Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan Amanah terbabit dalam perlawanan tiga penjuru melawan PAS dan BN.

Manakala Bersatu sebahagiannya terdiri daripada bekas ahli Umno yang memberontak terhadap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Parti Tun Dr Mahathir Mohamad itu berhasrat untuk menyertai PRU14 bersama Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah), Gagasan (PAS-Ikatan), Saksama (5 parti Malaysia Timur, 1 parti Malaysia Barat), PSM dan BN... laporan penuh silalah baca di SINI

Hmm.. bagi akulah.. AMANAH sepatutnya memperkukuhkan dulu akar umbinya sebelum berkeras mahu bertanding disemua kawasan yang ditandingi PAS..

Aku kata macam tu sebabnya.. yang aku nampak ialah AMANAH ni kebanyakkannya pemimpin saja.. ahli masih mengharap dengan apa yang digelar mereka sebagai 'Harum Manis' dalam PAS..

Jangan harap sangatlah mereka tu.. kalau benar mereka nak menyokong, mereka dah keluar PAS masuk AMANAH dah pun..

Buat yang tak faham apa menatangnya yang dikatakan 'Harum Manis' tu.. 'Harum Manis' ni ialah ahli-ahli PAS yang didakwa oleh ramai pemimpin AMANAH sebagai penyokong mereka yang berada dalam PAS, kononnya depa kata kat luar warna Hijau.. tapi dalam warna Oren..


Comments (0)