Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Eh?.. Hari Tu Dia Salahkan Pembangkang.. Hari Ni Dah Tukar Pulak?

Posted: 22 Aug 2016 08:50 AM PDT

Ingat lagi apa kata MP Langkawi bila kenyataannya mengenai MO1 menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak lima hari yang lalu?

Dalam cubaan untuk menegakkan benang yang basah sambil cuba memperbodohkan rakyat termasuklah pengundi-pengundinya.. berkatalah dia..

"Kenyataan terbabit dalam laman Facebook saya, tiada kena mengena dengan hal yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Ada dua perkara berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysia Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One,"

"Saya berpendirian tidak salah bagi saya memberi definisi perkara yang tiada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN terbabit.

"Malaysia Official One yang ada pada kertas pertuduhan DOJ boleh jadi sesiapa sahaja dan saya mentafsir Malaysia Official Number One mengikut perlembagaan negara yang saya faham,".. dipetik dari laporan Berita Harian

Dia kata macam tu sebab menempelak kumpulan pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah yang kononnya memanipulasi kenyataannya dengan cuba mengheret Yang di-Pertuan Agong.

Tiba-tiba hari ni dia buat U-Turn..

Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah 'Malaysian Official 1' atau 'MO1" di lama siosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,

"Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

"DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ (Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) dan 1MDB.

"Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranya perkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Laporan penuh silalah baca di SINI 

Kan haritu dia kata Pembangkang Manipulasi kenyataan dia.. kenapa pulak dia yang minta maaf.. kalau dah Pembangkang yang manipulasi.. Pembangkanglah yang kena minta maaf..

Ha.. ha..ha..


Comments (0)