Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Noh Pertahan Cadangan Wajibkan PIBG Kutip Dana Sekolah

Posted: 02 Aug 2016 07:00 AM PDT


Tan Sri Noh Omar hari ini mempertahankan cadangannya mahu mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Selangor mengutip derma disebabkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.

Beliau membidas Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng, yang mempersoalkan cadangan itu sebagai "tidak masuk akal" kerana menjadi tanggungjawab kerajaan membelanjakan wang menyelenggara sekolah.

"Saya cadang hari tu, PIBG mengadakan program mencari dana seperti yang dilakukan oleh sekolah sifir," kata Noh, yang dilantik sebagai menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan bulan lalu.

"Jadi, dia (Lim) ni tidak pernah jadi pemimpin PIBG, mana dia erti bahasa," katanya dalam sidang media di Jabatan Bomba dan Penyelemat Malaysia Putrajaya.

Katanya, PIBG boleh menganjurkan aktiviti seperti sambutan Hari Keluarga atau jualan jumbo bagi mendapatkan dana.

"Saya nak beritahu Ahli Parlimen Segambut kalau tidak faham jangan cakap," tambah Noh.

Noh, yang juga bekas timbalan menteri pelajaran, berkata kebiasaannya PIBG akan dibantu kerajaan persekutuan.

Lim berkata Belanjawan 2016 sudah banyak mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan, tetapi pada masa sama menambah dana untuk Jabatan Perdana Menteri daripada RM19 bilion tahun lalu kepada RM20.3 bilion.

"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah," katanya lapor FMT



Naib Ketua Pemuda UMNO Buat Andaian Saja? Kes Ditutup?

Posted: 02 Aug 2016 04:00 AM PDT


Pada 13hb Julai 2016 Berita Harian telah melaporkan seorang lelaki telah ditahan kerana membuat satu laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah agensi pekerjaan di bandar raya ini membuat laporan polis, mendakwa disamun sekumpulan lelaki.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati dakwaan lelaki itu tidak benar dan dia bukan menjadi mangsa samun sehingga menyebabkan kerugian RM25,000.

Ekoran dari itu polis menahan pengadu kerana mereka cerita dan membuat laporan palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, Sulaiman menasihatkan orang ramai supaya tidak sesekali membuat sebarang cerita, laporan atau keterangan palsu yang menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan.
"Akibat laporan palsu yang dibuat, ia menyebabkan polis membuang masa atau menjalankan siasatan sia-sia sedangkan ia tidak wujud dan pada masa mana polis sepatutnya memberi tumpuan kepada siasatan kes lain serta usaha pencegahan jenayah," katanya.
Laporan penuh silalah baca di SINI

Itu yang mamat tu dapat bila buat laporan palsu berdasarkan cerita rekaan.. tapi Naib Ketua Pemuda UMNO ni..

Polis tidak akan menyiasat laporan yang dikemukana oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut. 
"Kita sudah rakam ucapannya, dan kita dapati Khairul buat cuma membuat laporan itu berdasarkan andaian. 
"Dia tidak dapat kemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa yang didakwanya dalam laporannya. 
"Jadi PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita telah memberhentikan siasatan," katanya kepada wartawan. 
Khalid juga berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu. 
"Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk buat laporan polis. 
"Tetapi apabila kita temubual dia, kita mendpti apa juga yang dituduhnya itu cuma berdasarkan cakap dengar dan juga apa yang dia baca, jadi andaian kita tak boleh teruskan," katanya. 
Dalam laporan minggu lalu, Naib Ketua Pemuda Umno itu menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkonspirasi terhadap Najib dan kerajaan.
Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran. 
Khairul juga mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka. 
Mengulas lanjut, ketua polis negara turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan polis sebarangan jika mereka tidak mempunyai bukti yang mencukupi. 
"Kalau tidak ada alasan-alasan yang kukuh, jangan buat sebarang tuduhan. Jadi kalau benda itu apa orang kata tidak berasas, buang masa kita saja," katanya. 
Khalid juga berkata pemimpin Pemuda Umno itu juga telah diberikan nasihat supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti. 
Menjawab soalan wartawan, beliau berkata polis juga tidak akan memanggil ketiga-tiga 'Tan Sri" berkenaan untuk dirakamkan kenyataan mereka. 
"Tidak, kita tidak mahu membuang masa memanggil mereka apabila tidak ada asas untuk berbuat demikian," katanya lapor Malaysiakini

Kenapa hukumannya tidak sama??



Kenapa Noh Omar Nak Cadangkan PIBG Kuitp Derma Selenggara Sekolah?

Posted: 01 Aug 2016 09:59 PM PDT


Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini membidas cadangan Tan Sri Noh Omar mewajibkan semua sekolah kerajaan melancarkan kempen kutip derma bagi menyelenggara bangunan mereka.

Ia susulan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata dana kerajaan bagi tujuan tersebut tidak mencukupi.

"Adalah langsung tidak masuk akal apabila kerajaan lebih sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk menghantar angkasawan menikmati roti canai di angkasa lepas, serta membina menara pencakar langit KL118 yang akan menjadi bangunan tertinggi di negara, sedangkan begitu banyak plaza komersial yang kian kosong berkadar dengan keadaan ekonomi yang perlahan, tetapi enggan menyediakan khidmat asas kepada negara dengan memberikan anak-anak kita kemudahan tempat belajar yang baik," kata Lim, merujuk misi menghantar angkasawan negara pada 2007.

Noh, yang dilantik menteri bulan lalu, dilaporkan berkata beliau bercadang mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di semua sekolah di Selangor menjalankan aktiviti pungut derma daripada orang awam.

Lim berkata Belanjawan 2016 sudah banyak mengurangkan peruntukan untuk sektor pendidikan, tetapi pada masa sama menambah dana untuk Jabatan Perdana Menteri daripada RM19 bilion tahun lalu kepada RM20.3 bilion.

"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah," katanya lapor FMT



Comments (0)