Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:00 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan

Posted: 17 Aug 2016 05:55 AM PDT


Berdepan dengan siasatan rasuah seseorang menteri sepatutnya menunjukkan sikap yang betul dan bukannya memberi pujian kepada pegawai yang ditahan.

Menganggap sikap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai "menghairankan" seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tiada kompromi wajar ditunjukkan bagi kes rasuah.

Beliau yang enggan namanya dipetik berkata, Menteri Wilayah Persekutuan itu menampakkan seolah-olah kerajaan tidak melindungi orang awam.

"Kenyataan menteri berkenaan memang amat menghairankan!" katanya.

Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan tiga penjawat awam ditahan oleh pegawai SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Seorang daripada mereka berpangkat Datuk Seri, manakala seorang lagi Datuk.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek ditahan dalam operasi serentak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Luar kerja menteri tak tahu

Semalam pula SPRM mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM.

SPRM juga merampas pelbagai aset bernilai jutaan ringgit.

Suspek berpangkat Datuk Seri itu adalah pegawai kanan di DBKL dan dia turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Hari ini memetik Tengku Adnan, New Straits Times melaporkan menteri itu sebagai berkata Datuk Seri terbabit adalah "pegawai yang bagus" malah mendapat kenaikan pangkat dua kali hanya dalam tempoh setahun.

"Setakat yang saya tahu, pegawai itu ialah seorang pegawai yang bagus, komited dengan tugas dan penuh perhatian. Beliau berpindah dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini beliau dalam Gred Khas B kerana beliau seorang yang bagus dan mempunyai potensi.

"Bagaimanapun, iaitu dia di tempat kerja ... apa yang dia lakukan selain daripada kerja, saya tidak tahu," katanya kepada New Straits Times.

Sumber SPRM itu berkata pihaknya memang "hairan" dengan kenyataan balas daripada menteri terbabit.

"Seorang menteri sepatutnya tidak berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan kenyataan itu menampakkan seolah-olah kepentingan awam tidak terpelihara," katanya lapor Malaysiakini



Disindir Azizulhasni, MB Terengganu Tak Terasa Saja Sangatlaa...

Posted: 17 Aug 2016 03:00 AM PDT


BIARPUN gembira dengan kemenangan di Sukan Olimpik 2016, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang, tetap tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya dengan beberapa pihak yang didakwa tidak menghiraukan keperluan untuk mencapai impiannya.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya hari ini, Azizul mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman walaupun secara sinis berkata permohonan bantuan yang dikemukakan pihak pengurusannya sebelum ini tidak diberi perhatian.

Bukan sekadar tidak memberikan bantuan, malah permohonan yang dihantar, dipandang sepi Ahmad Razif tanpa sebarang jawapan.

"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal 'RoadBike' untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

"Terima kasih juga kerana tidak memberik respon dan membisu apabila pengurus saya menghubungi Tuan Menteri Besar," tulis Azizul.

Kata Azizul, ini berkemungkinan dia dan rakan sepasukan kerap berlatih di luar negara sehingga kerajaan negeri terlepas pandang akan keperluan mereka.

Selepas kejayaannya dalam Olimpik, Azizul berharap ia akan membuka mata sesetengah pihak akan sumbangan atlet seperti mereka, sekaligus kembali mengambil peranan untuk membantu menaikkan nama negara dalam arena sukan.

"Apapun yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Terengganu," kata Azizul.

Azizul mengakhiri penantian Malaysia untuk memperolehi pingat dalam acara trek berbasikal di temasya sukan Olimpik Rio dengan membawa pulang pingat gangsa awal pagi Rabu lapor AstroAwani



Blog Mahathir Diserang, Dah Tak Boleh Acess..

Posted: 16 Aug 2016 09:02 PM PDT


Blog cchedet.com milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diturunkan oleh webmaster apabila ia mengalami kerosakan selepas ia menjadi sasaran 'pencerobohan server' oleh pihak yang tidak dikenali.

Ini telah disahkan oleh pembantu bekas perdana menteri itu Sufi Yusof, yang menulis mengenainya di Facebook.

"Untuk pembaca blog CheDet, saya pasti anda akan sedar bahawa anda tidak dapat mengakses blog itu sejak sebelum tengah hari ini. Malah dari pukul 11 ​​pagi Selasa 16 Ogos blog itu telah tidak boleh diakses.

"Ini disebabkan oleh pencerobohan server, sengaja atau sebaliknya, memaksa webmaster 'menurunkan' blog itu untuk kerja-kerja pembaikan. Pada masa ini ia masih berterusan," tulis Sufi dalam mesej tersebut.

Sejak semalam kesukaran untuk mengakses blog Mahathir dan sehingga lewat malam tadi, chedet.cc masih di luar talian.

"Saya akan cuba kemaskini sebaik sahaja ada kemajuan yang signifikan mengenainya. Kami mohon maaf kerana keadaan tidak dijangka ini," kata Sufi seperti di lapor Malaysiakini hari ini.



Sanusi Kata Musa Hitam Auta Saja Lebih?

Posted: 16 Aug 2016 07:15 PM PDT


Elok juga Tun Musa tulis buku Frankly Speaking sekurang-kurangnya saya dapat menilai isi hati, fikiran dan perutnya. AIDS atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Tun) Daim (Zainuddin) dan saya tidak pernah wujud sebagai satu pasukan, gabungan atau apa yang dianggap sebagai conspirators (konspirator).

Kejatuhan Tun Musa adalah kerana sikap dan tindakannya sendiri. Dia tidak begitu hebat sehingga memerlukan satu pakatan atau conspirators untuk merancang kejatuhannya.

Saya juga tidak pernah melaporkan sesuatu yang tidak baik mengenai Tun Musa kepada Tun Mahathir apatah lagi berpakat untuk menjatuhkannya. Saya pernah lihat Tun Musa dari jauh sebelum saya masuk ke dalam kabinet. Tiga orang pembantu Tun Musa saya kenal baik.



Tan Sri Shahril Samad pernah sekejap bekerja dalam Bahagian Pinjaman Bumiputra dan Luar Bandar di Chartered Bank di mana saya menjadi pengurusnya.

Dua orang setiusaha Tun Musa, iaitu Allahyarham Datuk Ajib dan Allahyarham Ismail Kamaluddin telah menikah dengankerani di pejabat saya, mungkin diperkenalkan oleh Tan Sri Shahril. Datin Rafeah ialah isteri Datuk Ajib dan Nursiah, dari Lenggeng, Negeri Sembilan ialah isteri Ismail Kamaluddin.

Dengan mengenali mereka sebelum saya jadi menteri saya tidak perlu dekat dengan Tun Musa. Saya lebih kenal Tengku Razaleigh dari Tun Musa.

Bila Tun Mahathir menyarankan pertandingan untuk jawatan timbalan presiden Umno bagi menentukan timbalan perdana menteri, saya telah diminta oleh Tun Mahathir untuk mengetuai kempen untuk menyokong Tun Musa, walaupun saya merasakan Tengku Razaleigh lebih layak.

Saya bekerja di Chartered Bank dan Tengku Razaleigh juga CEO Bank Bumiputra. Saya jadi Pengerusi Tugu Insurance, milik SHAMELIN, MAYC dan PERTAMINA, Tengku Razaleigh pun jadi CEO sebuah syarikat insuran milik PERNAS.

Pendek kata saya dapat menilai kemampuan Tengku Razaleigh sementara saya tidak tahu apa kebolehan dan pengalaman Tun Musa.

Tapi saya kempen untuk Tun Musa atas permintaan Tun Mahathir. Lepas Tun Musa menang saya pun terus tidak rapat dengan beliau tetapi bertemu dengan penolong-penolong dari masa ke masa.

Saya hanya berkawan dengan pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian tempat saya bekerja. Masa lapang saya saya gunakan untuk isteri dan anak-anak.

Kecuali rumah Tun Daim yang saya pernah pergi untuk jamuan makan saya tidak pernah ke rumah Anwar Ibrahim yang di Bukit Damansara. Rumah Datuk Mohd Rahmat saya pergi dua kali atas urusan kerja kerana beliau setiausaha agung Umno.

Saya tidak pernah tahu di mana tinggalnya menteri-menteri lain walaupun, bila saya pencen, baru saya sedar rumah mereka tidak jauh dari rumah saya.

Oleh itu saya menemui kawan-kawan dalam kabinet dalam majlis-majlis rasmi atau dalam mesyuarat. Walaubagaimanapun saya sangat dekat dengan dua menteri saya iaitu Tan Sri Kadir Yusof kerana saya timbalannya di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah dan Tun Ghazali Shafie kerana saya timbalannya di Kementerian Dalam Negeri. Tan Sri Kadir suka Tun Musa dan Tengku Razaleigh.

Tun Ghazali tidak suka Tun Musa tetapi suka pada Tengku Razaleigh. Saya sangat rapat dengan pegawai dan kakitangan tempat saya bekerja. Apabila Ismail Kamaluddin meninggal dunia, Datuk Ajib ke Johor untuk jadi menteri besar dan Tan Sri Shahril dah jadi menteri, hubungan saya dengan pejabat Tun Musa terputus.

Saya mendengar desas-desus Tun Musa bercakap mengenai apa yang beliau setuju dan apa yang beliau tidak setuju mengenai dasar dan cara Tun Mahathir.

Saya tidak peduli semua itu kerana saya tahu Tun Mahathir lebih dekat hubungannya dengan Tun Musa daripada dengan saya. Malahan, selain dari Tunku Abdul Rahman yang pernah memecat Tun Mahathir, saya juga pernah menyakitkan hati Tun Mahathir dengan menggugurkan beliau dari jawatan Pengerusi Lembaga Amanah Wisma BELIA dalam satu mesyuarat agung tergempar MAYC di dewan rumah Menteri Besar Perak Datuk Seri Kamaruddin Mat Isa pada tahun 1973.

Tun Musa tidak pernah berkelahi dengan Tun Mahathir seperti saya. Malahan Tun Mahathir menentang saya menjadi calon BN bagi kawasan Jerai pada tahun 1974.

Saya adalah pilihan Tun Abdul Razak. Sejak 1976, setelah Tun Mahathir dan saya menghubungi semula tali silaturrahim saya telah mempelajari dan memahami Tun Mahathir, membaca semua ucapan dan penulisannya dan bertanya apa yang saya tak faham sehingga saya faham dan saya dapati Tun Musa sangat jauh ketinggalan baik dari segi ilmu atau perwatakan jika dibanding dengan Tun Mahathir.

Memang ada penyokong Tun Mahathir yang tertawa apabila media mengenengahkan konsep 2M tetapi ini adalah perkara remeh yang tidak memberi kesan kepada Tun Mahathir.

2M lebih sesuai jika digandingkan Mahathir dengan Margaret Thatcher dan bukannya Musa. Bila Tun Mahathir mengumumkan hasrat Tun Musa untuk meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno barulah saya mula aktif dan ingin membantu Tun Mahathir.

Tetapi regu saya untuk mempertahankan Tun Mahathir bukanlah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Daim.

Regu saya dalam mempertahankan Tun Mahathir ialah Allahyarham (Tan Sri) Megat Junid dan Allahyarham Kip Bahadun iaitu setiausaha kerja Umno di waktu itu.

Dari risikan melalui kawan-kawan di Kementerian Dalam Negeri saya difahamkan Tun Musa cemburu dengan kedudukan Tengku Razaleigh yang dikekalkan dalam Kabinet walaupun dua kali kalah dengannya dalam pertandingan untuk jawatan timbalan presiden.

Tun Musa juga, mengikut laporan, curiga dengan kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Satu usul telah diketengahkan oleh kawan-kawan yang dekat dengan Tun Musa supaya diadakan Perhimpunan Agung Khas untuk mendesak Tun Musa kembali sebagai timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

Ini bererti, Tun Musa ingin mendapat mandat dari Umno secara langsung kerana dulunya Tun Musa menang atas sokongan Tun Mahathir. Tun Mahathir pula merasakan jika Musa menang dengan budi dan pertolongan Mahathir pun tidak boleh menyokong dasar-dasar Mahathir. Bagaimana pula jika Musa menang atas kehendak perhimpunan agung Umno tanpa sokongan Mahathir.

Tiga hari sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno saya telah dipanggil oleh Tun Mahathir dan beliau memaklumkan bahawa jika dalam mesyuarat MT keputusan dibuat untuk diadakan Mesyuarat Agung Khas Umno Malaysia Tun Mahathir akan dengan serta merta meletak jawatan kerana beliau yakin keputusan Mesyuarat Agung Khas itu pasti mendesak Tun Musa untuk kembali jadi timbalan presiden dan TPM.

Keputusan yang dipercayai akan menyatupadukan Umno sebenarnya akan menggagalkan pemerintahan Tun Mahathir.

Oleh itu saya telah bertemu dengan Datuk Senu, Tan Sri Khir Johari dan Tun Mustapha untuk mendapat nasihat mereka bagi menewaskan usul berkenaan dalam MT.

Berasaskan komen Tun Mustapha saya dan Kip serta Megat telah beroperasi.

Bila undi diadakan dalam MT pada malam berkenaan keputusan yang didapati mengejutkan sahabat-sahabat Tun Musa kerana hanya tiga orang ahli MT sahaja yang menyokong diadakan Mesyuarat Agung Khas. Adib dan Ajib tercengang dengan kekalahan yang tidak disangkakan itu.

Setelah usul itu kalah barulah wakil Umno Johor meminta supaya rombongan mereka yang sedang menunggu di Pan Pacific dibenarkan berangkat ke London untuk memujuk Tun Musa supaya menarik balik peletakan jawatan sebagai timbalan presiden Umno.

Tun Mahathir setuju Tun Musa balik sebagai timbalan presiden Umno tanpa memegang semula jawatan TPM kerana lantikan TPM adalah dalam bidangkuasa PM.

Terdengar bisikan perwakilan Johor bahawa Tun Musa perlu ambil balik jawatan timbalan presiden Umno kerana yang memegang jawatan ini juga akan menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno yang boleh memecat penyokong-penyokong Musa.

Tun Mahathir mulanya ingin menunggu Perhimpunan Agung untuk memberi peluang kepada Tengku Razaleigh mengalahkan Tun Musa. Keadaan memerlukan Tun Mahathir melantik Tun Ghafar Baba. Setelah mengetahui Tun Mahathir tidak akan menerima Tun Musa sebagai timbalan presiden Umno dalam pemilihan Perhimpunan Agung berikutnya.

Tengku Razaleigh yang sepatutnya bertanding untuk jawatan timbalan presiden Umno telah berselera untuk bertanding bagi jawatan presiden kerana sokongan Tun Musa sebagai timbalannya.

Sebagai 'political animal' Tun Musa pasti tahu bagaimana memastikan Tengku Razaleigh kalah dengan harapan beliau menang menentang Ghafar dan akan menjadi perdana menteri apabila Tun Mahathir selaku presiden menolak jawatan perdana menteri.

Takdir Allah regu Tengku Razaleigh dan Tun Musa kalah. Cukuplah setakat ini dulu. Saya akan buat huraian lebih panjang pada kesempatan lain.

TAN SRI SANUSI JUNID



Comments (0)