Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?

Posted: 16 Aug 2016 08:30 AM PDT


Sebuah posting di media sosial yang mendakwa portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan kembali disangkal bekas editornya hari ini sebagai palsu.

"Semua orang sedang berkongsi dalam Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya," kata Jahabar Sadiq, menafikan berita portal itu akan kembali selepas 5 bulan ditamatkan pemiliknya, The Edge Media Group.

"The Malaysian Insider sudah meninggal dunia pada 15.3.2016," tulis Jahabar, yang turut mengesahkan ia palsu ketika dihubungi FMT.

Katanya, jenama TMI merupakan milik The Edge Media Group, yang mengambil alih portal itu pada 2014. Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media, Ho Kay Tat, turut menafikan posting tersebut.

"Kami bukan pihak di sebalik (posting itu)," katanya kepada FMT.

Jahabar menjelaskan beliau tidak mengenali mana-mana pihak yang akan menghidupkan kembali TMI dengan menggunakan nama dan gaya sama.

"Sesiapa yang berbuat demikian menipu anda," jelas Jahabar. Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya portal itu dihidupkan semula, kata Jahabar, sebelum berseloroh: "Majulah Sukan Untuk Negara".

Bagaimanapun, pengumuman palsu itu rancak dikongsi termasuk oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

"The Malaysian Insider akan kembali! Tak sabar!" tulis Pua dalam Facebook.

TMI ditamatkan secara tiba-tiba pada 15 Mac lalu selepas beroperasi lebih 8 tahun. The Edge Media Group mendakwa ia kerugian hampir RM10 juta dalam tempoh 2 tahun memiliki portal itu.

Lebih 60 kakitangan TMI yang pernah menjadi portal dwibahasa paling banyak dilawati di Malaysia itu turut kehilangan kerja.

Tiga minggu sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menghalang akses TMI selepas menuduh portal itu ancaman terhadap keselamatan negara.

TMI sebelum itu melaporkan pelbagai pendedahan mengenai syarikat milik negara 1MDB, dan pengarang serta wartawannya beberapa kali disoal siasat polis dan SKMM lapor FMT



Penumpang Malindo Air Terkandas Akibat Perkataan 'Bom'

Posted: 16 Aug 2016 06:43 AM PDT


Tindakan sepasang suami isteri menyebut perkataan `bom' sewaktu berurusan di kaunter pendaftaran masuk terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini menyebabkan penerbangan sebuah pesawat Malindo Air terpaksa ditangguhkan hampir dua jam hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi apabila seorang kakitangan syarikat Malindo Air yang bertugas di kaunter itu terdengar perbualan suami isteri berkenaan yang menyebut perkataan bom.

Berikutan tindakan pasangan berusia lingkungan 40 dan 50-an tersebut, pesawat Malindo Air yang dijadualkan berlepas dari LTAM ke Pekanbaru, Indonesia pada pukul 12.15 tengah hari terpaksa ditangguhkan selama dua jam bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pasukan forensik dan Unit Pemusnah Bom yang membuat pemeriksaan pada beg penumpang tidak menemukan sebarang objek mencurigakan atau berbahaya.

"Soal siasat ke atas saksi mendapati kejadian itu berpunca ekoran salah faham dan tidak melibatkan ancaman bom. Kejadian ini berlaku disebabkan masalah komunikasi antara penumpang dan pekerja di lapangan terbang berkenaan," katanya ketika ditemui di lapangan terbang itu.

Menurut Shaikh Abdul Adzis, pesawat Malindo Air yang membawa 38 penumpang itu kemudian dibenarkan berlepas pada pukul 2.10 petang selepas disahkan selamat.

Pasangan penumpang yang sebelum itu ditahan untuk membantu siasatan turut berlepas ke lokasi sama petang tadi tetapi menggunakan pesawat berasingan. - UTUSAN ONLINE

Aku siarkan berita ni sebab aku antara yang terkandas tu.. flight nak balik ke Pulau Pinang pun delay dua jam lebih..buang masa betul..



Comments (0)