Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:23 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


1MDB: Azmin Fail Semakan Kehakiman Bagi 'Declassify' Laporan Ketua Audit

Posted: 15 Aug 2016 03:00 AM PDT


Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini memfailkan semakan kehakiman bagi mengelaskan semula (declassify) Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan laporan itu seharusnya bebas daripada diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan terbuka kepada orang awam.

Bertempat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Azmin menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai responden pertama; Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (responden kedua) dan Kerajaan Malaysia (responden ketiga).

CP2A5794-1024x683"Kami menuntut deklarasi mahkamah bahawa responden pertama bertindak atas konflik kepentingan dan mengarah Ambrin untuk mengklasifikasikan laporan berkenaan sebagai rahsia rasmi.

"Kami juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa klasifikasi oleh Ambrin itu menyalahi undang-undang dan 'ultra vires'," katanya dalam sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini, hari ini.

Pada 3 Mac lalu, Ambrin mengklasifikasikan laporan audit berkaitan 1MDB sebagai OSA sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Bertindak atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin turut memohon suatu Perintah Mandamus mengkehendaki responden untuk mengelaskan semula laporan berkenaan dan boleh diakses rakyat.

"Dalam isu ini, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) sudah membentangkan laporan terperinci berkenaan penyalahgunaan dana 1MDB di Amerika Syarikat.

"Jadi, ia menjadi tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat untuk menuntut laporan audit itu terbuka kepada umum," katanya lapor SelangorKini



1MDB: Switzerland Siasat Bekas Pegawai IPIC

Posted: 15 Aug 2016 01:25 AM PDT


Seorang bekas pegawai kanan kewangan Abu Dhabi sedang disiasat oleh pihak berkuasa Switzerland kerana dakwaan terlibat dalam konspirasi antarabangsa menyelewengkan dana daripada 1MDB. 

Menurut Financial Times, bekas ketua International Petroleum Investment Company (IPIC) Khadem al-Qubaisi dituduh melakukan penipuan, pengubahan wang haram dan rasuah.

Ini, kata akhbar itu adalah berdasarkan surat yang diperolehi mereka.

Financial Times juga melaporkan bahawa penyiasat Switzerland juga sedang mencari orang bawahan Khadem dan dua bekas pegawai 1MDB.

Siasatan Swiss itu diperhebatkan hanya beberapa minggu selepas Jabatan Kadilan (DOJ) Amerika memfailkan tindakan undang-undang bagi merampas aset yang diseleweng dari 1MDB berjumlah hampir AS$1 bilion.

Khadem adalah salah individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu, yang memaparkan laporan terperinci bagaimana dana 1MDB dipesongkan.

Financial Times berkata mereka tidak dapat menghubungi Khadem untuk ulasannya manakala peguamnya pula enggan mengulas lapor MalaysiaKini



'Bapa Demo'?.. Tapi Demo Apa Zahid?

Posted: 14 Aug 2016 10:17 PM PDT


Kata Zahid semalam.. demonstrasi jalanan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi oleh negara ini.

Dia kata macam tu kononnya dia tahu dan sedar mengenainya kerana pernah berpengalaman selaku 'bapa demonstrasi' suatu ketika dahulu.

Demo apa?.. bila?.. demo kerana isu apa?.. entahlah.. Ibrahim Ali pun tak tahu..



Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang sinonim dengan beberapa aksi tunjuk perasaan pada tahun 70an berkata, beliau tidak ingat jika Zahid Hamidi turut pernah terlibat dalam mana-mana demonstrasi awam ketika itu.

Kena tanya dengan Zahid Hamidi sendirilah, kata beliau.

Antara demonstrasi yang pernah disertai oleh Ibrahim pada tahun-tahun 70an ialah membantah kemiskinan di Baling dan menuntut ITM (sekarang UiTM) dinaikkan taraf sebagai universiti.

Berkaitan demonstrasi Baling, Ibrahim kemudian ditahan di bawah ISA bersama-sama dengan Anwar Ibrahim selama dua tahun.

Dalam politik pula, Ibrahim turut terlibat aktif dalam tunjuk perasaan sehingga tercetusnya huru-hara yang menyebabkan UMNO dapat mengambil alih negeri Kelantan pada tahun 1978.

Ibrahim juga terlibat dalam tunjuk perasaan berkaitan isu pribumi dan menyebabkan sekali lagi ditahan di bawah ISA selama 60 hari pada tahun 1987.

Bagaimanapun kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, beliau gembira jika Zahid Hamidi dapat menunjukkan demonstrasi mana yang pernah disertainya serta berkaitan isu apa tunjuk perasaan tersebut.

Tetapi, saya tidak ingat dan tidak pernah berjumpa beliau dalam mana-mana demonstrasi tahun 70an, tambah Ibrahim lagi.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang mengatakan demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah dalam negara kerana pernah berpengalaman sebagai "bapa demo" pada tahun 70an dahulu.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Nong Chik Akui Dapat Banyak Perniagaan Zaman Mahathir

Posted: 14 Aug 2016 07:26 PM PDT


Kata Nong Chik "Saya berterus terang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rezeki saya lebih baik semasa Dr Mahathir, baik kepada keluarga saya atau pada diri saya. Saya dapat banyak perniagaan semasa zaman Dr Mahathir. Sekarang lagi susah nak dapat perniagaan.

Secara umumnya dari kenyataan Nong Chik itu ianya boleh ditafsirkan sebagai di zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri ekonomi negara berkembang maju, jadi banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul tapi di zaman Najib.. hmmm.. apa yang berkembang entahlah, yang jelas hutang negara saja berkembang..

Selain itu kenyataan Nong Chik juga boleh ditafsirkan sebagai mengatakan beliau bukanlah kroni Najib walaupun beliau menyokong Najib.. jadi dia mahu Najib hulur sikit projeklah tu..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR : Bekas menteri Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal hari ini akui rezekinya lebih baik ketika Malaysia diperintah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nong Chik menjelaskan beliau mendapat banyak perniagaan ketika itu berbanding sekarang.

"Saya berterus terang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rezeki saya lebih baik semasa Dr Mahathir, baik kepada keluarga saya atau pada diri saya. Saya dapat banyak perniagaan semasa zaman Dr Mahathir. Sekarang lagi susah nak dapat perniagaan.

"Tetapi demi disiplin parti, UMNO Bahagian (Lembah Pantai) tetap bersama-sama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika partinya berdepan cabaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Umno seperti Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti baharu itu dikatakan akan menarik golongan ahli parti yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Nong Chik dalam masa yang sama turut menyatakan Pengerusi Perhubungan UMNO kini iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi merupakan seorang yang pemurah berbanding Muhyiddin.

"Walaupun Tan Sri Muhyiddin pernah jadi bos saya – pengerusi perhubungan – tapi dia tak lah seperti pengerusi perhubungan sekarang.

"Pengerusi perhubungan sekarang memang seorang yang pemurah. Dulu saya dengan Tan Sri Muhyiddin, saya yang terpaksa jadi pemurah," selorohnya.

Sementara itu, Nong Chik berpandangan Umno sudah menghabiskan banyak masa sedangkan ia perlu menumpukan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan dalam masa kurang daripada dua tahun lagi.

"Kita lupakan kawan-kawan lama walaupun saya cakap rezeki saya lebih baik semasa zaman Dr Mahathir, kita lupakan…demi agama dan bangsa kita patut bersama-sama dengan kepimpinan Umno," katanya ~ FMT



Comments (0)