Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:17 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Najib Belasah Mahathir Ke Ni?.. Kenapa Tak Disebut Nama?

Posted: 12 Aug 2016 02:53 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tiada bezanya kepimpinan beliau dan pemimpin terdahulu kerana kedua-duanya tidak terlepas daripada tohmahan.

Namun, Najib melahirkan kekecewaan atas sikap pemimpin tersebut yang kini memilih untuk bersubahat dengan musuh politik, walaupun pernah dituduh sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak oleh pihak berkenaan.

"Amat mengecewakan apabila seorang pemimpin lama hari ini sanggup menggadaikan perjuangan atas nama agama, bangsa dan negara semata-mata ingin bersekongkol dengan parti lain yang matlamatnya terang-terang bertentangan dengan matlamat dan nilai parti yang diperjuangkannya (pemimpin itu) dahulu.

"(Semata-mata) Demi menjatuhkan kerajaan, yakni yang beliau sendiri asaskan kerajaan hari ini," kata perdana menteri menerusi rakaman audio terbaharu di laman www.najibrazak.com.

Perdana menteri berkata umum mengetahui bahawa pemimpin tersebut sebelum ini sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menjatuhkan kerajaan hari ini, semata-mata menjaga air muka dan ego sendiri.

Najib berkata atas sebab ego, pemimpin tersebut sering melontarkan pelbagai tohmahan terhadap kepimpinan serta anggota pentadbiran kini, walaupun apa yang dilontarkan berbaur fitnah dan diperbesar-besarkan.

"Adakah beliau tidak terkecuali daripada tohmahan yang beliau lemparkan ke atas saya ketika zaman beliau memegang kuasa?

"Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak," kata perdana menteri.

Namun, di sebalik serangan pemimpin berkenaan, Najib menegaskan beliau akan meneruskan tanggungjawab serta tugas beliau dalam membangunkan agama, bangsa dan negara ~ The Malaymail Online



Pokémon GO: Menurut Pandangan Dr. Maza

Posted: 11 Aug 2016 07:38 PM PDT


Sebarang perkara yang menjurus kepada kemudaratan termasuk bermain permainan Pokémon GO yang telah mencetuskan gelombang baharu kepada seluruh umat manusia, harus dielakkan.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan apa sahaja perbuatan yang merosakkan manusia dan mengancam keselamatan diri sendiri atau orang lain adalah dilarang di dalam Islam.

"Maka jelas, sebarang perkara yang mengundang kemudaratan hendaklah dihalang bukan hanya permainan Pokémon sahaja, malah semua perkara yang memberi kesan serupa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Asri berkata semua pihak perlu peka, sesuatu kemudaratan itu bukan sahaja dalam bentuk permainan moden berkenaan malah perkara seperti tindakan, fahaman dan amalan turut boleh memusnahkan masa depan generasi dan negara.

"Jangan kita lalai kerana asyik main Pokémon dan berbincang soal permainan itu semata-mata, pada masa sama janganlah lupa memberi perhatian kepada kewujudan perkara mudarat lain yang ada di sekitar kita.

"Misalnya seorang yang merokok di tempat awam bercakap tentang bahaya Pokémon untuk diri dan orang lain. Sedangkan rokok itu telah memudaratkan manusia sejak sekian lama," katanya.

Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA itu mula memasuki Malaysia Sabtu lepas dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat ~ AstroAwani



Comments (0)