Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:29 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Video Seks Untuk Jatuhkan Ahli Politik Perkara Biasa - Ahmad Said

Posted: 11 Aug 2016 07:00 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menjelaskan bahawa tuduhan skandal seks adalah perkara biasa untuk menjatuhkan seseorang ahli politik.

"Ia satu perkara yang biasa. Sebelum ini terdapat banyak tuduhan video seks, malah baru-baru ini juga timbul viral tuduhan seperti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Rakyat kini semakin terdesak dan saya tidak mahu mengulas lebih lanjut," katanya kepada The Star. 

Beliau diminta mengulas mengenai video seks yang muncul baru-baru ini melibatkan seorang ahli politik kanan di negeri ini.

Isu tersebut dikatakan telah lama berlaku sejak 2009 dan kini ianya timbu kembali di media sosial untuk memfitnah seorang ahli politik lapor mStar



Tak Perlu Debat, Mahathir Dah Telanjangkan UMNO - Ku Nan

Posted: 11 Aug 2016 03:00 AM PDT


Debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu diadakan selepas bekas perdana menteri itu dikatakan telah mendedahkan semua hal dalaman parti kepada umum.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, negara kini berdepan masalah persepsi apabila bekas perdana menteri itu telah bertindak seolah-olah 'menelanjangkan' Umno.

"Tak perlulah berdebat, ini semua masalah persepsi, masalah yang tak ada kesahihan, nak debat apa lagi.

"Dah leraikan, dah telanjangkan kita kepada awam dengan perkara-perkara fitnah, dengan persepsi yang salah jadi nak dialog apa lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Menteri Wilayah Persekutuan itu mengulas mengenai cabaran debat isu pentadbiran negara oleh Dr Mahathir terhadap perdana menteri yang dibuat menerusi siaran di blognya, Rabu.

Dr Mahathir dipercayai menulis posting tersebut di Institut Jantung Negara (IJN), tempat beliau sedang menerima rawatan kerana mangalami jangkitan di dada.

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mengulas mengenai perkembangan mesyuarat perwakilan Umno peringkat bahagian, termasuk di bahagian yang mempunyai isu-isu berbangkit seperti di Semporna, Pagoh dan Jerlun.

Katanya, secara keseluruhan setiap mesyuarat berjalan lancar dengan beliau sendiri telah memantau mesyuarat di seluruh negara yang dijangka berakhir 15 September ini.

"Begitu juga dengan Semporna, kita telah turun ke sana untuk selesaikan masalah-masalah berbangkit di mana ahli jawatankuasa terus berikrar untuk bersama Umno, jadi tiada masalah.

"Saya juga telah berjumpa dengan pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed dan kawan saya di bahagian Jerlun, tiada masalah ia berjalan lancar," katanya lapor mStar





Ku Nan Bantah Nama 'BERSATU' Diguna Sebagai Nama Parti

Posted: 10 Aug 2016 11:54 PM PDT


Perkataan 'bersatu' tidak seharusnya digunakan sebagai nama dalam sesebuah parti, termasuk yang terbaharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. 

Setiausaha Agung Umno itu berkata, penggunaan perkataan itu boleh mengelirukan rakyat kerana ia digunakan secara umum.

"Dia nak tubuh (parti baharu) tak apa. Tapi dia tak boleh guna 'bersatu' kerana ia sesuatu yang "common".

"Jadi saya merayu kepada RoS (Pendaftar Pertubuhan) nak lulus, luluslah. Tapi kalau boleh minta mereka jangan guna pakai 'bersatu'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan sambungan Jalan Jalil Perkasa 7 ke Jalan Barat, Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, RoS seharusnya meneliti perkara seperti ini sebelum memberi kelulusan kepada mana-mana parti atau organisasi baharu.

Beliau turut mempertikaikan nama Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga merupakan perkataan biasa dan digunakan secara umum.

"Saya pun tak faham kenapa diluluskan dulu (Amanah). Amanah pun "common".

"Jadi saya harap ketua pengarah RoS boleh tengok benda-benda ini, mereka guna perkataan seperti ini untuk mengelirukan masyarakat."

Mengulas lanjut mengenai parti Bersatu yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinaungi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tengku Adnan percaya Umno masih menjadi pilihan rakyat.

Katanya, Umno telah melalui pelbagai ranjau, onak dan duri sejak penubuhannya pada 1959.

"Akhirnya kita juga akan mencapai kejayaan, itu kepercayaan saya kerana Umno merupakan parti yang mempunyai fokus, inklusif yang bersama-sama bangsa lain."

Pada Selasa, Muhyiddin menyerahkan dokumen permohonan bagi menubuhkan Bersatu. Muhyiddin berkata, parti itu memperjuangkan hak semua rakyat termasuk melakukan reformasi institusi secara menyeluruh untuk mewujudkan kerajaan yang bersih, amanah dan berintegriti ~ mStar


Beribu Turun Sambut Harijadi Anwar Di Sungai Buluh Malam Tadi..

Posted: 10 Aug 2016 09:00 PM PDT


Beribu-ribu penyokong dan keluarga turun ke perkarangan penjara Sungai Buluh malam tadi bagi menyambut harijadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ke 69.

Hampir kesemua pemimpin parti Pakatan Harapan hadir termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang, naib presiden Amanah, Hasanudin Mohd Yunus di samping pemimpin PKR dan keluarga Anwar.

Wan Azizah menerima kad ucapan gergasi untuk Anwar dari masyarakat Cina malam tadi.

Mereka memberikan ucapan selamat harijadi untuk Anwar yang berada di dalam penjara itu di samping ucapan-ucapan politik.

Pelbagai jenis kek dan kad ucapan telah disediakan oleh pelbagai pihak untuk Anwar di majlis ini. 69 klip video tentang hidup Anwar dan perjuangannya juga dimainkan sempena sambutan ini sejak siang lagi.

Selain kompilasi ucapan selamat hari jadi, aktiviti lain turut diadakan seperti pameran gambar-gambar lama, bacaan puisi, ucapan dan juga nyanyian. ADUN Semambu, Lee Chean Chung mendedangkan lagu Kantonis.

Pameran gambar-gambar mereka yang bergambar dengan Anwar juga akan diadakan, kata sekretariat kempen bebaskan Anwar.

Turut membuat penampilan sulong di khalayak ramai adalah ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang berehat di rumahnya sejak 4 April lalu selepas pengsan di parlimen.

Hanipa menjalani pembedahan kepala selepas itu dan mula sihat walaupun badannya masih lemah dan terpaksa duduk di atas kerusi roda kerana tidak boleh berdiri lama.

"Saya sudah boring duduk kat rumah kerana tidak ada BN dan Umno yang hendak dilawan," kata Hanipa dalam majlis malam tadi.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana meliwat, tuduhan liwat kedua yang dihadapinya dalam tempoh sedekad lapor MalaysiaDateline



Dalam Sakitpun Mahathir Cabar Najib Debat..

Posted: 10 Aug 2016 07:34 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar bekas anak didiknya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat di kaca televisyen.

Menulis dari katil hospital, Mahathir berkata debat tersebut perlu menjurus kepada isu tadbir urus negara dan harus disiar secara langsung.

"Saya dah tua sekarang. Tetapi Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk. Saya dengan senang hati akan menerima debat terbuka dengan Najib dan penonton mengikutinya menerusi siaran langsung.

"Debat itu hendaklah mengenai pentadbiran negara.

"Saya mungkin kalah. Wang boleh menang. Biar rakyat Malaysia menilai, tidak TV3 atau NST atau penyokong saya sendiri," kata Mahathir dalam blognya malam ini.

Mahathir kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dimasukkan pusat perubatan itu akibat jangkitan di bahagian dada.

Beliau dipercayai merujuk kenyataan Najib dalam satu temu bual dengan media Indonesia baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Najib menyatakan jika terpaksa memilih antara kepentingan negara dan bekas perdana menteri itu, beliau memilih kepentingan negara.

"Najib memberitahu penontonnya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu dengan cara saya sahaja. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ia adalah benar.

"Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu mengikut caranya, ia perlu sekurang-kurangnya menjadi sesuatu yang baik untuk negara ini. Menggalakkan rasuah sudah pasti tidak baik untuk negara atau untuk sesiapa sahaja," kata bekas doktor itu.

Mahathir berkata adalah tidak wajar bagi seseorang perdana menterti memiliki RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak kira apapun penjelasannya, apatah lagi alasan yang diberikan kurang dipercayai.

"Tiada perdana menteri Malaysia harus mempunyai jumlah Ringgit sebanyak itu dalam akaun peribadinya. Dan penjelasan dia mengenai sumber berbilion itu agak tidak masuk akal," katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Najib menemui media Indonesia untuk menjelaskan konflik dengan bekas perdana menteri yang juga mentor kepadanya itu.

Bercakap kepada MetroTV dalam satu temu bual, Najib berkata bekas perdana menteri keempat itu suka mengawal keputusan beliau meskipun tidak lagi berkuasa.

"Saya tahu saya ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, sama ada saya sebagai perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat 'nasihat' beliau, saya kata nasihat tapi mungkin arahan....

"Ataupun saya akan menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan mandat yang rakyat dan parti telah berikan kepada saya,"

"Saya tak dengar cakap dia (Mahathir) sebab saya fikir saya ada pertimbangan yang tepat untuk Malaysia," katanya dalam temu bual itu.

Sebelum ini sekutu Mahathir yang juga bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mencabar Najib untuk berdebat mengenai 1MDB lapor Malaysiakini



Comments (0)