Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:30 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


PAS Tak Terliur Pun RM90 Juta Itu.. Kata PJ PAS Pahang

Posted: 10 Aug 2016 02:55 AM PDT


Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar menegaskan RM90 juta yang dikaitkan dengan parti Islam itu tiada tandingan langsung dengan nilai sebenar pengorbanan ahli parti tersebut.

Malah katanya, nilai wang ringgit itu ditambah dengan Putrajaya sekalipun sebagai habuan tidak berbaloi jika dibandingkan dengan reda ALLAH SWT yang menanti atas perjuangan mereka.

"Tak berbaloi RM90 juta itu dengan pengorbanan ahli, RM90 juta tu bukan bandingan langsung. Semua ahli Pas tak pandang semua itu, kecuali orang yang diresapi hatinya dengan hasutan syaitan supaya menjual perjuangannya.

"Pas dah membayar dengan harga yang tidak ternilai, demi membeli tawaran dari ALLAH, bukan sahaja duit malahan nyawa demi perjuangan Islamnya dan kerana menuntut redaNYA. Apalah sangat 90 juta dan Putrajaya tu jika dibandingkan dengan reda ALLAH.

"Pas tak terliur pun RM90 juta itu, sebagaimana Pas tak terliur dengan Putrajaya yang tidak melaksanakan Islam. Kalau dapat duit tak dapat reda ALLAH, semua tak bernilai di sisi ALLAH. Reda ALLAH bukan boleh jual beli, bukan boleh tebus dengan harta," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Pas dikaitkan dengan wang sebanyak RM90 juta yang didakwa diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam usaha merayu agar Pas menjauhi gabungan pembangkang yang sedang dalam perancangan.

Namun Pas menafikan dakwaan tersebut dan bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan yang dibuat sebuah portal itu.

Dalam pada itu, Rosli menegaskan ahlinya tidak berjuang dalam Pas kerana wang ringgit kerana sesiapa yang berjuang atas nama duit, mereka tidak akan bertahan lama dalam Pas.

"Lambat laun akan lari juga tinggalkan Pas sebab yang ditunggu tak kunjung tiba. Dalam Pas ada orang kaya dan ada orang miskin. Orang yang kaya biasanya masuk Pas setelah dia kaya, bukan dia kaya kerana dapat keuntungan dari Pas, malahan harta kekayaannya dihabiskan untuk perjuangan Pas.

"Orang miskin pun begitu, bukan dia miskin setelah masuk Pas, biasanya memang dia dah sedia miskin, namun walaupun dia tahu masuk Pas tak jadi kaya, dia tetap juga berjuang dan berkorban apa yang mampu bersama Pas kerana dalam Pas banyak peluang untuk menabung bagi merebut kekayaan akhirat," katanya lapor Sinar



Pilihan Raya Tidak Lama Lagi Musa Hitam Kata

Posted: 10 Aug 2016 12:45 AM PDT


BN akan mengadakan pilihan raya umum "tidak lama lagi" sebelum Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad bertapak, ramal bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam.

"Saya nak beritahu anda yang saya fikir BN akan adakan pilihan raya tidak lama lagi.

"Jika benar, cabaran terbesar bagi mereka yang menentang kerajaan adalah untuk bersama dan menjadi kuasa yang padu," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku terbarunya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata satu lagi cabaran untuk pembangkang adalah mengenai pengagihan kerusi.

"Mereka mesti menang pilihan raya dan untuk memenangi pilihan raya, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi. Itulah kemuncaknya.

"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil," kata bekas timbalan presiden Umno itu.

Musa, bagaimanapun, enggan meneka bilakah tarikh tepat pilihan raya umum akan datang lapor Malaysiakini



PERKASA Pun Hairan Kenapa PAC Enggan Buka Semula Kes 1MDB

Posted: 09 Aug 2016 08:29 PM PDT


PERKASA melahirkan rasa kecewa dan hairan dengan keengganan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin untuk membuka semula siasatan terhadap 1MDB.

"Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA berpendirian bahawa siasatan PAC terhadap 1MDB tersebut perlu dibuka semula memandangkan siasatan PAC yang terdahulu pun masih kurang lengkap, lebih-lebih lagi apabila PAC gagal untuk memanggil Jho Low serta Riza Aziz, dua nama penting yang sering disebut terkait dengan skandal 1MDB tersebut.

"PAC sepatutnya mengemaskini siasatan mereka seiringan dengan pendedahan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat melalui Peguam Negaranya, Loretta E. Lynch," kata setiausaha biro tersebut, Muhammad Faiz Na'aman dalam satu kenyataan semalam.



Katanya, siasatan semula PAC itu penting kerana Amerika Syarikat mendakwa bahawa wang yang dicuri dari 1MDB telah digunakan oleh beberapa individu tertentu untuk membeli aset seperti lukisan mewah, hartanah mewah, jet peribadi dan pembiayaan filem "Wolf of Wall Street" yang dikaitkan dengan Riza Aziz dan Jho Low.

PERKASA mempersoalkan alasannya Hasan bahawa laporan jawatankuasa tersebut telah dibentang di parlimen, dan isi laporan tersebut juga telah dilaporkan oleh media, dan tindakan tegas telah diminta diambil terhadap pengurusan 1MDB.

Antara yang mendesak siasatan semula tersebut ialah beberapa anggota PAC itu sendiri seperti Tony Pua, Datuk Takiyuddin Hasan dan Timbalan Pengerusi PAC Tan Seng Giaw.

Pua telah keluar dari mesyuarat PAC pada hari Isnin selepas keengganan Hasan untuk membuka semula siasatan PAC, manakala ahli parlimen pembangkang dalam jawatankuasa, kecuali Tan, dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat semalam sebagai tanda protes terhadap keputusan Hasan itu.

Laporan penuh sila baca di SINI

Comments (0)