Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:41 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


DAP Takut Pada PKR, Rela Batal PRN, Dakwa Gerakan

Posted: 01 Aug 2016 12:03 AM PDT


Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan cadangannya mengadakan pilihan raya mengejut menunjukkan mereka takut kepada PKR.

Naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata walaupun DAP mempunyai 19 kerusi di dewan undangan negeri berbanding 10 yang dikuasai PKR, parti itu masih perlu mengikut kehendak PKR kerana mereka tidak memiliki keberanian.

"DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini berkata DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut.

Menurut Lim, keputusan itu diambil kerana cadangan DAP tidak mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan, PKR, yang menghadapi risiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Sebelum ini, Gerakan mengumumkan mereka akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditimbulkan DAP selepas Lim dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini ~ The Malay Mail



Comments (0)