Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Bongkar! Putrajaya bukan sasaran sebenar DAP

Posted: 03 Jul 2016 11:35 PM PDT

DAP pada saya objektifnya sangat realistik.

Dia tak peduli pun pasal nak ke PUTRAJAYA.

Kertas rancangan sebenar dia adalah cuma untuk mengukuhkan penguasaan ke atas Pulau Pinang dan menang di kawasan kawasan berkepadatan penduduk bukan Melayu yang ramai sahaja. Keutamaan kawasan bandar yang mempunyai banyak jaringan perniagaan bukan melayu. Pihak Berkuasa Tempatan PBT adalah sasaran penguasaan mereka.

Retorik ke PUTRAJAYA hanya untuk memuaskan kehausan orang melayu yg bersemangat tinggi untuk tumbangkan BN sahaja. Supaya di kerusi campuran, undi Melayu kepada DAP boleh memenangkan mereka.

DAP tahu tanpa sokongan orang melayu, mustahil ke Putrajaya. Tapi mereka tetap memainkan isu yg menambah kemarahan orang melayu Islam. Kerana isu isu itu mengukuhkan sokongan bukan melayu kepada mereka.

Mereka telah memanipulasi kemarahan rakyat khususnya bukan melayu kepada pemerintahan UMNOBN dengan mengasiosiasikan (mengaitkan) ini sebagai berpunca dari 'perbuatan jahat pemimpin pemimpin melayu Islam'. Kerana itu apa yg orang melayu marah dan bukan melayu suka, terus dimainkan oleh mereka.

DAP selesa dalam Pakatan Harapan kerana PKR dan PAN tidak akan berani sanggah mereka kerana undi Pakatan Harapan adalah 80% dari bukan melayu. Jika PAS ada, dan PAS bertambah kuat dengan kemenangan, maka pengaruh DAP akan hilang.

DAP lebih rela PAS kalah dan biar UMNO yang menang.

Sebab DAP memang begitu. Rasis semulajadi yang sangat jelas chauvinist nya.

Tn. Haji Ahmad Amzad Hashim

Comments (0)