Followers

Nuffnang

waadat

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:08 PTG | Posted in

sumber :-

waadat


Di sebalik maki hamun bas rempuh kereta

Posted: 11 Jul 2016 05:09 AM PDT

Memang mengerikan melihat video bas ekspres yang merempuh beberapa buah kereta di lebuhraya petang semalam.

"Kurang ajar," getus hati Demang serta merta.

Demang mainkan semula rakaman video dan lihat dengan lebih cermat. Nampaknya bas tersebut hilang kawalan. Baru Demang terfikir apa yang berlaku sebenarnya!

Ya, jelas bahawa bas tersebut hilang kawalan. Mungkin breknya rosak. Keadaan jalan yang sedang menurun memaksa bas meluncur ke bawah dengan amat deras. Rasa bersalah pulak Demang kerana cepat sangat menghukum pemandunya.

Apabila Demang buka media sosial, Demang lihat kemalangan itu dah jadi viral. Bahkan ramai yang mencela dan menyeranah sang pemandu malang.

Ramai yang lupa bahawa itu adalah suatu kemalangan.

Kita biarkan pihak berkuasa melakukan siasatan samada ia berpunca kecuaian teknikal manusia atau sikap pihak penyelenggara sehingga brek bas gagal berfungsi. Mari kita lihat bagaimana pemandu bertindak pantas dan cekap menguasai keadaan yang tidak menyebelahi beliau.

Pemandu bijak memandu basnya ke tengah jalan berlorong dua itu. Tindakannya menyebabkan geseran dengan kenderaan lain sekaligus memperlahankan bas dan akhirnya memberhentikannya.

Memang berlaku kerosakan namun ia jauh lebih baik berbanding membiarkan bas terus meluncur deras dan menyerah pada keadaan. Risikonya lebih besar. Bas mungkin akan menghentam kenderaan lain 'secara penuh' yang mengakibatkan kesan lebih buruk.

Jika pemandu cuba mengelak daripada menghimpit kenderaan lain, beliau dan puluhan nyawa penumpang di dalam bas akan berdepan dengan kemungkinan lain yang lebih bahaya seperti terjunam ke dalam gaung.

Maklumat daripada portal rasmi memaklumkan cuma dua orang cedera dan tiada sebarang kematian dalam kemalangam tersebut.

Alhamdulillah. Dalam keadaan orang terlibat tidak ada apa-apa, janganlah kita pula yang buat dosa memaki hamun dan membuatkan hati para pemandu bas lain terasa.

Barangkali ada kalangan pemandu bas yang tak pasal-pasal disindir itu adalah saudara mara dan rakan taulan kita juga.

Selamat hari raya.

Comments (0)