Followers

Nuffnang

tun faisal dot com

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:02 PTG | Posted in

sumber :-

tun faisal dot com


Tertubuhnya PAKATUN, terkuburnya PAKATAN #MariBelajarSejarah

Posted: 14 Jul 2016 11:04 PM PDT


Siapa kata Mahathir tak men'yumbang'?

Sejarah penubuhan PAKATUN sebenarnya amat panjang. Ia bermula sejak Tun Dr Mahathir Mohamad pertama kali menulis di blognya mengenai "dana 1MDB sebanyak RM42 bilion yang lesap". Selepas itu, apabila Mahathir menyedari kesilapannya, jumlah ini diubah kepada RM27 bilion lesap. Selepas itu, jumlah ini ditukar lagi kepada RM1 bilion lesap, seterusnya AS$700 juta lesap sehingga akhirnya tiada apa-apa yang lesap dan RM42 bilion tersebut adalah pinjaman.

Ada juga pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahahthir membuat tuduhan bahawa terdapat bukti Najib melesapkan wang, kemudian kununnya wang itu dilesapkan oleh Jho Low, kemudiannya kununnya digunakan oleh anak tiri Najib untuk membeli rumah mewah beratus juta di New York, dan selepas itu apabila diminta bukti tersebut, Mahathir kata, ia hanyalah andaian dan dia tidak cukup bukti.

Terdapat riwayat juga yang menyebut bahawa PAKATUN bermula selepas Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat, tetapi tidak dianggotai oleh Pkr kerana gerakan ini ditolak oleh Dr Wan Azizah dan Pas, kerana Datuk Seri Hj Hadi Awang enggan memberi sokongan. Riwayat tersebut menyebut bahawa akhirnya, ia bukan Deklarasi Rakyat, tetapi hanya Deklarasi Mahathir - Kit Siang, kerana hanya diterajui oleh Mahathir, Dap dan proksi Dap, iaitu PAN.

Antara pendapat lain yang muktabar menyebut bahawa PAKATUN tertubuh apabila pada mulanya Mahathir duduk sepentas dengan Dap untuk menggulingkan Najib, tetapi akhirnya yang terguling adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang terguling dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, kemudiannya jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya keahlian UMNOnya dan yang terguling adalah anaknya Mukhriz Mahathir, iaitu dari jawatan Menteri Besar Kedah kerana defisit keyakinan dan ditolak oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di bahagian-bahagian dan negeri, ditolak oleh anggota Dewan Undangan Negeri dan tidak disokong oleh Istana Kedah.

Ada satu lagi pendapat yang menyebut bahawa PAKATUN tertubuh selepas Mahathir memulakan kempen menjatuhkan Najib melalui mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO, tetapi gagal. Ia kemudiannya bertukar kepada gerakan menjatuhkan Najib melalui usul di Parlimen dan apabila gagal, Mahathir terpaksa turun ke Bersih4 dan cuba menjatuhkan Najib belalui demonstrasi jalanan. Selepas gerakan ini juga gagal, Mahathir terpaksa duduk sepentas dengan Dap bagi memulakan gerakan untuk menjatuhkan Najib. Selepas dikritik hebat Mahathir menafikan dia menyokong Dap dan PAKATAN. Gerakan ini kemudiannya bertukar kepada kempen menjatuhkan Najib melalui Pilihan Raya Negeri Sarawak, dan bertukar lagi kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar. Gerakan ini bertukar lagi pendirian, dari hanya untuk menggulingkan Najib kepada gerakan mengalahkan BN di dalam PRK KK dan Sungai Besar, kepada kerjasama politik jangka pendek dengan Dap, Pkr dan proksi Dap, PAN semata-mata untuk mengalahkan BN kepada gerakan untuk menukar kerajaan menggantikan BN dalam PRU14.

Adapun pendapat paling popular adalah PAKATUN tertubuh selepas deklarasi yang kononnya Deklarasi Rakyat, tapi sebenarnya lebih merupakan Deklarasi Mahathir - Kit Siang yang pada mulanya mendapat lebih 1.26 juta tanda tangan 'rakyat Malaysia', sehingga Mahathir dan Datuk Seri Padukang Khairuddin Abu Hassan beriya-iya berpelukan sambil menangis-nangis, tetapi kemudiannya kantoi, kerana rupanya tanda tangan itu tanda tangan palsu yang dibuat sendiri, termasuk melibatkan nama anggota-anggota tentera, polis, penduduk Sabah dan Sarawak yang pada ketika itu masih belum menerima kunjungan Mahathir dan team deklarasi serta nama orang-orang yang telah mati.

Adapun begitulah SEJARAH PENUBUHAN PAKATUN, seperti yang dirakamkan oleh para perawi dan juga munshi.

*Nota kaki - PAKATUN = PAKAT-PAKAT JADI KARTUN :D

Comments (0)