Followers

Nuffnang

The Unspinners

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 12:14 PG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kenapa DOJ USA tidak dakwa bawah UNDANG2 JENAYAH? [Terkini]

Posted: 22 Jul 2016 07:12 PM PDT


Analisis Kisah Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS ke atas 1MDB

1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB.

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat?

Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa?

Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit.

New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York and California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini?

Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan seorang lagi yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini?

Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset ini. Kedua, selepas pemilik aset ini ditentukan, mahkamah perlu memutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset ini benar-benar berpunca dari sumber yang haram. Selepas semua ini dibuktikan, barulah kerajaan AS boleh merampas aset ini.

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini?

Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia.

8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat?

1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.

Perlu fahami isu ini dengan jelas.

1. Pihak pembangkang (jika tak silap PKR) buat aduan rasmi ke DOJ Amerika untuk siasat kemungkinan ada money laundering dan kecurian dana awam di Malaysia yang digunakan untuk pembelian harta peribadi.

2. Selepas aduan dibuat, pihak DOJ buat siasatan dan semalam mereka buat pengumuman bahawa mereka memasuki langkah berikutnya untuk menggunakan Kleptocracy Enforcement untuk mencari harta-harta yang ada dalam tuduhan tersebut termasuk membeku dan menahan hak ciptanya.

3. Belum ada pendakwaan yang dibuat di mahkamah US, kerana ia masih di peringkat siasatan lanjut.

4. Media Malaysia khususnya MKini telah memainkan sentimen membentuk persepsi bahawa pihak tertuduh telah bersalah dan yang lebih sensasi, wang 1MDB itu diguna untuk bayar hutang judi. Sedangkan dalam statement DOJ tu sebut, terkandung dalam aduan (PKR) itu, mereka menuduh, dana awam tu digunakan untuk bayar hutang judi. Digunakan untuk bayar hutang judi tu bukan dapatan siasatan DOJ, tetapi tuduhan yang terkandung dalam aduan. MKini sebut tu macam ia satu dapatan kajian.

Ramai yang faham lebih baik BI dan isu undang-undang dalam group ni. Kita baca dengan hati terbuka dan neutral baru dapat kesimpulan sebenar. Amerika guna Kleptocracg Enforment buat pertama kali sejak tahun 2010. Jika aku tak silap peruntukan tu asalnya untuk sita harta-harta terrorist.

Sumber dari WA

Tambahan:



Tunku Aziz turut menulis:

The most obvious to us who have been lectured to by Americans about the rule of law, democracy and natural justice at every turn has been the total absence of communication with 1MDB, the subject of the complaints or allegations that have triggered the FBI investigation, and the attendant hype, upheaval  and excitement.

How anyone could conduct a thorough and professional investigation without seeking and obtaining information from primary sources such as 1MDB officials and other relevant authorities, including Malaysian law officers, is something we should all learn from Attorney-General Lynch and his talented and dedicated officers.

It is a modern day wonder.

Given that corruption is a serious crime against the state and society, and assuming in good faith that they have irrefutable evidence that can stand up in their law courts, why have they not pursued the matter under criminal law?

Filing the complaints under civil law would seem a little odd. Surely, they are keen on securing a conviction and sending the wrong doers to jail.

Read more in Malaysia Outlook di http://www.malaysiaoutlook.com/fbi-has-nothing-to-pin-on-najib/

Tindakan USA seolah-olah mempunyai agenda politik dan geoblobal . Baca di Snapshot2016 http://snapshot2016.blogspot.my/2016/07/imperialism-underlying-doj-civil-lawsuit.html?m=1

KEMASKINI:



Comments (0)