Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:56 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Antara Fakta Zakat Fitrah Yang Mesti Anda Ketahui

Posted: 02 Jul 2016 11:01 PM PDT




Siapakah Yang Berhak Terima Zakat Fitrah?

Ibnu Abbas radhiallahu anhuma mengatakan, "Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri … sebagai makanan bagi ORANG MISKIN …." [Hr. Abu DaudL dinilai hasan oleh Syekh Al-Albani]

Apa Yang Dimaksudkan Dengan "ORANG MISKIN"


Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, "Orang fakir lebih susah daripada orang miskin. Orang miskin adalah orang yang punya harta/pendapatan, namun tidak mencukupi, sedangkan orang fakir tidak punya harta/pendapatan sama sekali. Ini adalah pendapat asy-Syafie serta jumhur ahli hadis dan ahli fiqih." Ini juga pendapat Ibnu Hazm azh-Zhahiri.


Apa Dan Berapa Kadar Zakat Fitrah?

"Dari Abu Said radhiallahu anhu, dia berkata: "Kami memberikan zakat fitrah di zaman Nabi sebanyak 1 sha' dari makanan, 1 sha' kurma, 1 sha' gandum, ataupun 1 sha' kismis (anggur kering)"." [HR. Al-Bukhari no. 1508 dan 1506, HR Muslim no. 2280]


Bentuk zakat: Makanan asasi/ruji (beras, gandum dll)

Kadar:
- 3 kg. [Fatwa Al-Lajnah, 9/371, diketuai Asy-Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz]
- 2.04 kg [Fatawa Arkanil Islam, hal. 429, Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin]


Bolehkah Menggantikan Zakat Fitrah Dengan Wang?
Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Syafie mengatakan TIDAK SAH menggantikan zakat fitrah dengan wang. Anda akan menjumpai majoriti ulama menyatakan hal yang sama tentang permasalahan ini.


Sebahagian kecil orang Malaysia yang kurang tahap kecerdasan minda biasanya akan melabel siapa sahaja yang tidak mengikut Mazhab Syafie sebagai Wahhabi.


Namun kita tidak perlulah mengikut jejak langkah kurang bijak mereka dengan melabel seluruh orang Islam di Malaysia termasuk pusat zakat, pemimpin, Raja-Raja dan Agong sebagai Wahhabi kerana membayar zakat fitrah menggunakan wang.


Apa yang perlu kita lakukan adalah teruskan mendidik dan menyatakan kebenaran dengan sabar dan hikmah tentang perintah supaya membayar zakat fitrah dengan makanan ruji seperti yang telah dicontohkan Nabi sallallahu alaihi wa salam.


https://www.facebook.com/abuaqifstudio/posts/897982923643904

ANIH BERHAD MANTAPKAN OPERASI DI KLK DAN LPT 1 UNTUK HADAPI PERTAMBAHAN TRAFIK PADA CUTI AIDILFITRI

Posted: 02 Jul 2016 10:36 PM PDT

Puan Radzimah Mohd Radzi, Naib Presiden Kanan, Ketua Pengurusan Aset Tol 
dan 
Encik Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, Pengarah ANIH Berhad 
mengagihkan kuih raya kepada pengguna Lebuhraya di Plaza Tol Gombak.

Kuala Lumpur, 1 Julai 2016 – Sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, ANIH Berhad selaku pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) menjangkakan purata 264,258 kenderaan sehari akan menggunakan KLK dan LPT 1 pada waktu puncak.

Ia merupakan peningkatan lebih daripada 87 peratus berbanding purata 141,000 kenderaan yang menggunakan KLK dan LPT 1 pada hari-hari biasa. Waktu puncak pada musim perayaan Aidilfitri ini dijangkakan bermula 1 hingga 3 Julai 2016 dan 8 hingga 10 Julai 2016.

Sehubungan itu, syarikat konsesi kepada KLK dan LPT 1 itu kini bersiap sedia dengan mengatur pelbagai strategi dalam memantapkan lagi operasi dan tahap perkhidmatan untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di sepanjang lebuh raya kendaliannya.

Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, antara langkah-langkah utama yang akan diambil pada musim perayaan ini adalah meningkatkan jumlah kakitangan tol sebanyak 20% kepada 400 orang bagi membantu mempercepatkan lagi transaksi pembayaran tol secara elektronik dan tunai di semua plaza tol.

"Seramai 112 anggota pasukan LPT-Ronda akan ditugaskan membuat rondaan selama 24 jam, manakala 15 orang petugas koordinasi trafik turut akan ditugaskan selama 24 jam di Pusat Kawalan Trafik (TCC) bagi menjawab panggilan dari pengguna-pengguna berhubung pertanyaan, bantuan kecemasan dan lain-lain. Selain itu, hampir 70 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut akan bersedia 24 jam di lokasi strategik untuk menyalurkan sebarang bantuan tambahan dan kecemasan kepada pengguna.

"ANIH Berhad juga turut menempatkan kira-kira 200 anggota RELA sehari di semua plaza tol serta kawasan rehat dan rawat manakala semua kerja penyelenggaraan dan naik taraf lebuh raya juga dihentikan sementara bermula 30 Jun sehingga 13 Julai ini," katanya selepas Majlis Pemberian 5,000 Balang Biskut dan Kuih Raya Kepada Pengguna Lebuh Raya di Plaza Tol Gombak, di sini hari ini.

Program edaran biskut dan kuih raya kepada pengguna lebuh raya itu diadakan setiap tahun sebagai salah satu daripada langkah Syarikat menghargai sokongan pengguna lebuh raya serta menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Persiapan-persiapan lain dalam menghadapi pertambahan trafik termasuk:

  1. Menyediakan Cadangan Waktu perjalanan bagi memastikan perjalanan yang lancar dan jumlah trafik yang terkawal. 
  2. Mengaktifkan lorong tambahan di setiap plaza tol apabila berlaku peningkatan trafik.
  3. Menempatkan kakitangan tambahan di hadapan setiap lorong tambahan untuk melakukan transaksi tol (mobile transaction in tandem) bagi mempercepatkan lagi transaksi.
  4. Menyediakan waktu operasi selama 15 jam sehari dari 7 pagi hingga 10 malam di Pusat Khidmat Pelanggan (PKP) Plaza Tol Gombak, Bentong, Karak, Temerloh dan Kuantan. Servis yang ditawarkan termasuk tambah nilai kad TnG, jualan kad TnG, jualan On Board Unit (OBU) SmartTAG dan kaunter aduan dan pertanyaan pelanggan.
  5. Menyediakan khidmat tambah nilai dan pembelian kad TnG menerusi kiosk layan diri TnG di Hentian Sebelah Gombak dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah.
  6. Meningkatkan kekerapan tugas rondaan dan pemantauan, khususnya di lokasi-lokasi utama kesesakan atau kemalangan bagi membantu pengguna-pengguna lebuh raya yang terbabit dalam kecemasan, kemalangan, kerosakan dan lain-lain.
  7. Menyediakan lori tangki untuk membekalkan sumber air bersih di R&R Gambang, Pahang susulan tekanan air yang rendah.


Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Posted: 29 Jun 2016 12:11 AM PDT

Posted: 25 Jun 2016 11:21 PM PDT

Comments (0)