Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:56 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Rapiji Sotong Sudah Lenyapkan Beribu Peluang Pekerjaan Gara-Gara Terlajak Bijak... Memang Malang Malaysia Miliki Rakyat Sepertinya... #SahabatSMB

Posted: 28 Jul 2016 08:53 AM PDT

PUAK PEMBANGKANG PAKATUN HARAMJADAH DI MALAYSIA MEMANG SUPER HEBAT... SETIAP ENTITI YANG MEREKA FITNAH, PASTI TUMBANG...


MALAYSIA mencatatkan hanya mampu mengeluarkan daging lembu dan kerbau dalam lingkungan 28 peratus atau 170,000 tan metrik, menyebabkan 70 peratus terpaksa di import daripada Australia, Thailand dan India.
Keperluan daging lembu bukan hanya untuk makanan harian kebanyakan penduduk di negara ini, bahkan juga kepada penduduk Islam yang merupakan keperluan untuk melaksanakan ibadah qurban setiap musim perayaan aidiladha.
Menyedari keperluan ini, sebuah syarikat telah ditubuhkan untuk mengatasi pergantungtan terhadap import dan dalam masa sama memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada sebahagian besar penduduk.
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dengan bantuan pembiayaan pinjaman daripada kerajaan sebanyak RM250 juta, telah ditubuhkan sekitar tahun 2007 bagi memulakan perladangan lembu besar-besaran di seluruh negara.
Pembiayaan itu tentunya bukan hanya untuk membina ladang lembu dan menternak lembu, tetapi sebagai entiti perniagaan yang tentu merangkumi hal-hal pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perakauanan dan pengurusan sumber manusia bagi memastikan projek ini berjalan lancar.
Keperluan daging juga perlu dibekalkan kepada hypermarket seperti Carrefour, Cold Storage, Giant dan pasar raya lain selain keperluan untuk katerer dan keperluan hotel.

Sebagai sebuah perladangan besar-besaran seperti di negara maju, peluang pekerjaan secara automatik akan muncul – keperluan kepada pegawai pemasaran, perakaunan, konmputer, agen jualan, hal-hal perkeranian dan usahawan lembu, khususnya di kalangan Bumiputera.
Ini bermakna perusahaan lembu ini memberi berjuta-juta kebaikan secara langsung dan tidak langsung, bukan hanya untuk rakyat tempatan khususnya Bumiputera bahkan juga kepada negara Malaysia.
Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
NFC diserang dengan pelbagai fitnah dan laporan polis, atas alasan penyelewengan wang pinjaman berkenaan digunakan untuk membeli kondo mewah.
Maka, serangan dibantu media sosial waktu itu, gambar-gambar kondo dan isteri Pengerusi Eksekutif NFC, iaitu Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikartunkan dengan wajah lembu, untuk menarik kebencian orang ramai kepada NFC.
November 2011 kes ini menjadi viral dan cakap-cakap orang ramai, seolah-olah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail seorang yang jahat dan menyelewengkan pinjaman RM250 juta dari kerajaan.
Memang seronok dan menjadi 'hero' jika boleh menuduh silap kerajaan, apa lagi projek NFC ini diberikan kepada suami seorang Menteri waktu itu.

Ketika menjawab fitnah Mohd. Rafizi Ramli yang mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat waktu itu menyalahgunakan dana NFC sebanyak RM250 juta untuk membeli seunit kondominium mewah dengan harga RM9.8 juta, Dr Mohamad Salleh berkata:
"Keputusan Pusat Fidlot Nasional (NFC) membeli kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu merupakan satu langkah yang bijak dalam mengukuhkan kewangan syarikat itu. Ini berdasarkan kepada kajian syarikat itu, sekiranya wang berkenaan disimpan di dalam bank ia hanya akan memberi pulangan sebanyak 2.6 peratus berbanding sektor hartanah.
Katanya, pelaburan dalam sektor hartanah di kawasan mewah itu dibuat memandangkan ia mampu menjana keuntungan pada masa depan.
"Apa yang dapat kita lihat melalui pelaburan sektor hartanah yang dibuat, ia dijangka mampu memberi pulangan yang lebih tinggi sebanyak 12.9 peratus. Malah rebat tunai dan sewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 disalurkan kepada syarikat dan bukannya untuk individu.
"Pada masa sama masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan. Jadi, sementara menunggu pelaksanaan projek itu, geran berkenaan perlu dilabur supaya mendapat keuntungan," katanya.
Persepsi buruk yang dibina tidak dapat memadam fitnah itu.
lembu nfc
Pada 12 Mac 2012, Dr Mohamad Salleh, 67, yang juga pengarah NFCorp didakwa di mahkamah atas pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Mohamad Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.
Ketika pendakwaan itu dan hiruk pikuk kes berkenaan, aset NFC juga dibekukan dan perladangan lembu sudah tidak boleh dilaksanakan selicin sebelum itu.

Jatuhlah perladangan Bumiputera dan hilang banyak peluang pekerjaan anak-anak bangsa.
Pemfitnah mungkin hanya tersenyum melihat kejatuhan perniagaan berkenaan.
Selepas hampir lima tahun, perladangan besar-besaran ini juga sudah digagalkan, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Dr Mohamad Salleh atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan dua pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, supaya anak guamnya dilepaskan dan dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Ini bermakna selepas lima tahun baru kebenaran menjelma, dan keadaan perniagaan Bumiputera ini sudah tidak mampu bangun lagi.
Sumber  : Penyu Sakti

Comments (0)