Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:28 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[INFO JENAYAH] Senapang Patah Yang Digunakan Dalam Kes Tembak Bill Kayong Ditemui... Siasatan Kes Selesai... #SahabatSMB

Posted: 06 Jul 2016 05:28 AM PDT

SIASATAN KES TEMBAK CALON PKR PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK, BILL KAYONG SELESAI...


Polis selesaikan kes bunuh Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong selepas seorang daripada enam suspek membawa polis ke lokasi dia menyembunyikan senapang patah yang digunakan untuk menembak Bill, petang tadi.

Pesuruhajaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil soal siasat, polis di bawa suspek ke rumahnya di Jalan Hai Nam Lama,

"Polis kemudiannya merampas senapang patah berkenaan bersama beberapa butir peluru serta satu kelongsong peluru yang sudah digunakan.

"Dengan rampasan senapang patah dan peluru, polis yakin dapat menyelesaikan kes pembunuhan itu," katanya.


Suspek antara enam individu masing-masing lima lelaki dan seorang wanita berusia 22 hingga 41 tahun yang ditahan polis antara 30 Jun hingga 1 Julai lalu.
Kejayaan pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar turut mendapat pujian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya


Comments (0)