Followers

Nuffnang

RIDHUAN TEE

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:20 PG | Posted in

sumber :-

RIDHUAN TEE


Antara seksi dan hedonisme

Posted: 24 Jul 2016 04:37 PM PDT

Antara seksi dan hedonisme (Sinar Harian 25 Jul 2016)

Semua yang ada di dunia ini adalah ciptaan dan kurniaan Allah. Seksi atau tidak, cantik atau hodoh, buruk atau baik, ajal maut dan sebagainya. Faham belaka. Persoalannya, wajarkah seksi itu dipertontonkan atau diperagakan?

Apatah lagi jika seksi ditambah gedik. Hebat sungguh mendengar pemimpin ultra kiasu Melayu berkata kenapa perlu teruja dengan seksi? Dia faham atau tidak maksud seksi?

Mungkin ultra kiasu ini perasan dia kacak, sehingga mungkin ada lelaki lain turut tergoda. Adakah ini juga ketentuan Tuhan jika kita sengaja menggoda? Ya, memang Allah 'membenarkan' penggodaan tersebut.

Seperti mana ajal maut ditangan Tuhan. Apakah tidak maut jika dalam keadaan tidak tahu berenang, kita perlu terjun di laut dalam? Bila dah maut, maka kita pun berkata, "dah ajal Tuhan". Tuhan sentiasa "dimangsakan". Perbuatan buruk kita yang sengaja dilakukan bagaimana?

Ini kejahilan pemimpin bila tidak menggunakan otak bila bercakap. Adakah orang sebegini layak memimpin sebuah negeri atau negara? Biar rakyat yang menentukan.

Isu utama bukan soal seksi atau tidak? Mencemar bulan syawal yang mulia seolah-olah bulan lain tidak mulia? Asasnya, hari, bulan dan tahun yang dijadikan oleh Allah semuanya mulia. Tidak timbul soal ada hari yang mulia atau ada yang tidak mulia.

Kita disunatkan puasa Isnin Khamis, sedangkan Jumaat adalah penghulu segala hari. Adakah ini bermakna Jumaat tidak mulia? Bagaimana hari yang lain, termasuk Ahad yang dimuliakan Kristian? Bagaimana pula  negeri yang bercuti Jumaat dan Ahad?

Seolah-olah dalam Islam ada masa tertentu buat baik, ada masa tertentu buat jahat. Jika begitu caranya, rosaklah Islam. Isu pokok bukan soal seksi atau hari dan bulan, tetapi soal budaya berhibur atau hedonisme.

Jiran saya terkejut apabila saya berkata di rumah saya tidak ada siaran TV sama ada berbayar atau percuma. "boleh hidup ke tanpa TV dan radio", katanya. Saya jawab, "tak matipun, zaman hutan dahulu mana ada semua ini, manusia hidup juga".

Kenapa ada pemimpin cuba mempertahankan? Inilah yang saya pelik. Jika terlalu mahu menjaga kuasa, kedudukan dan sokongan ultra kiasu, duduk diam sahajalah. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata menyesatkan orang. Hina sangat.

Apakah kita sudah kekeringan artis tempatan sehingga terpaksa berbelanja begitu banyak wang mengimport artis luar? Apakah benar lirik dan lagunya begitu hebat? Sejak bila pula ultra kiasu ini menonton siseksi dan sigedik tuh? Apakah beliau salah seorang peminatnya? Saya tidak menolak hiburan, tetapi menolak hiburan melampau.

Inilah yang dikatakan hedonism mengundang kepada shopaholic. Golongan ini beranggap wang boleh membeli kebahagiaan dan memuaskan hawa nafsunya. Sedangkan dalam kehidupan, belum tentu wang boleh membeli tidur lena meskipun wang boleh membeli tilam tebal dan empuk.

Kedua, hedonisme akan menyebabkan  narsismeiaitu satu sifat mencintai diri sendiri secara berlebihan. Mereka sanggup berhabisan untuk diri sendiri sedangkan orang lain yang lebih memerlukan dibiarkan bergelandangan.

Ketiga, hedonisme boleh menyebabkan hilang rasa malu. Mana tidaknya, percampuran lekaki perempuan tidak terkawal. Penonton terjerit-jerit  macam hilang akal. Bersorak sana sini sehingga hilang rasa malu. Apakah kita sudah lupa ketika konsert K-Pop tahun lepas menjadi sensasi apabila penonton pergi pentas memeluk artis Korea? Seksi itu menggoda atau tidak?

Saban kali kita mendengar laporan selepas sahaja apa jua konsert, pekerja-pekerja bandaraya dan tukang sapu akan akan terjumpa alat seks kondom selepas konsert berakhir. Terfikirkah kita bagaimana mereka melakukan seks ketika konsert berlangsung?

Jelas di sini bahawa mereka yang terpengaruh dengan hedonisme sudah tidak peka lagi dengan orang lain. Mereka lebih mementing diri sendiri daripada perasaan orang lain. Matikah kita tanpa hiburan?

Lebih malang lagi apabila wujud tindakan memecat mereka yang mempertahankan ilmu, manakala mereka yang mempertahankan hedonisme dikekalkan dan dinaikkan pangkat. Politik rimba apakah ini?

Saya minta pemimpin ultra kiasu jawab soalan ini.  Apakah tujuan hidup kita? Apakah kita sudah bahagia dengan kehidupan ini? Banggakah orang tua kita dengan apa yang kita lakukan ini?

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri.  Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah jahannam dan jahannam itu adalah tempat yang seburuk buruknya.  (Surah al-Imran: 196-197).

Saya harap umat Islam tidak terpedaya. Hari ini, ultra kiasu hari ini menggunakan wang mereka untuk melalaikan umat Islam, agar kita cair dan terpengaruh dengan agama mereka. Saya yakin yang memenuhi stadium nanti bukan mereka, tetapi kita.


Saudaraku, hiburan bukannya isu antara hidup dan mati. Paling penting dalam kehidupan adalah, "Ya Allah, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, jalan yang Engkau redhai". 

Comments (0)