Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:40 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Panduan Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Sempena Raya Aidilfitri 2016 @f_kedaulatan

Posted: 01 Jul 2016 08:43 PM PDT


1) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Lebuhraya Karak, Bentong, Raub, K.ipis, Gua Musang.

→ Sebagai laluan utama dengan jarak 456KM.
→Sangat sesak pada musim perayaan.

→Alternatif ialah :
● Bypass Bandar Bentong – Selepas Tol Bentong, jangan exit ke Bentong Barat, sebaliknya teruskan ke Kg Sertik, Kg Cinta Manis atau Mempaga.

●Ambil susur keluar ke kiri dan teruskan perjalanan melalui Felda Mempaga, Kg Lebu dan tembus semula ke jalan utama Bentong-Raub.

●Bypass Bandar Bentong dan Raub-Selepas melepasi Felda Mempaga, susur ke kanan melalui papan tanda 'Jalan Alternatif ke Gua Musang'.

→ Anda akan merentasi Felda Krau, Felda Lembah Klau, dan Ulu Gali.

→Akhir sekali, anda akan keluar di sebelah Sek Men Sains Tengku Abdullah(SEMESTA) dan masuk ke laluan utama Raub-Lipis.

●Alternatif dari Bandar Raub ke Sungai Koyan

→selepas memasuki bandar, pilih laluan ke Jalan Cheroh dan sampai di simpang Sg Koyan, ambil laluan kanan.

→Anda akan sampai ke laluan utama di Padang Tengku.



2) Kuala Lumpur ke Gua Musang melalui Simpang Pulai, Cameron Highland, Lojing.

→ Jarak perjalanan ialah 536KM

→ Sesuai bagi perjalanan yang santai sambil menikmati pemandangan.

→ Melalui PLUS-Ipoh-Simpang Pulai sehingga ke simpang tiga Kg Raja, Cameron Highland.
Sampai di Kg Raja, ambil laluan ke Gua Musang melalui Lojing.
Jarak yang agak sedikit jauh dan bertol.



3) Kuala Lumpur ke Kelantan melalui Karak, LPT 1 dan LPT 2 (Jarak Perjalanan 575KM)

→ Dari KL, terus memasuki LPT 1, dan LPT 2 sehingga sampai di Tol Jabor.

→ Teruskan pemanduan sehingga persimpangan Gemuruh di K.Terengganu.

→ Isi minyak penuh tangki dan sediakan wang untuk membayar Tol.


KESIMPULAN LALUAN :

●Lebuhraya Utara Selatan(PLUS)

●Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1&2.

●Jalan Persekutuan FT008( Bentong-Gua Musang-Kota Bharu)

●Jalan Persekutuan FT185( Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang)

☎SENARAI NOMBOR TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MAKLUMAT TRAFIK.☎

✔Lembaga Lebuhraya Malaysia (1-800-88-7752)
✔IPD Bentong (09 222222)
✔IPD Raub (09-3562003)
✔IPD Gua Musang (09-9125428)

Sebarkan kepada perantauan.

Comments (0)