Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:33 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Zuraida Akui Ada 7 Kereta Mewah Buatan Jepun Sahaja #PRKRasuah

Posted: 11 Jul 2016 10:30 PM PDT


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai memiliki sembilan kenderaan mewah adalah berniat jahat dan palsu.

Beliau yang juga anggota parlimen Ampang berkata, dakwaan tersebut adalah satu pembohongan semata-mata yang mengatakan salah sebuah kereta yang digunakan milik seorang 'tauke cina' atau mana-mana syarikat swasta.

"Saya melihat tuduhan-tuduhan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan politik ini secara serius dan sedang berunding dengan peguam saya," kata Zuraida dalam kenyataan, hari ini.

Pada 20 Jun yang lalu, pengguna Facebook dengan nama 'Rafi Awang Kechik' mendakwa Zuraida milik lapan kereta mewah dan satu motosikal dengan turut menyenaraikan jenama serta nombor plat dalam laman itu.

Rafi Awang Kechik turut mendakwa bahawa salah sebuah kereta Zuraida yang berjenama Mercedes- Benz didaftarkan atas nama 'syarikat Cina'.

"Gaji anggota parlimen (MP) ialah RM16,000. Adakah anda fikir ia sepadan dengan pendapatan beliau?" kata Rafi Awang Kechik lagi.

Dakwaannya itu turut disebarkan oleh beberapa blog pro-Umno lain yang menuntut jawapan daripada Zuraida.

Mengulas lanjut, Zuraida menegaskan, beliau hanya memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan di bawah nama beliau.

Beliau juga bukan pemilik bermanfaat, katanya.

"Ini bukan kenderaan mewah; kebanyakannya model Jepun dan termasuk van serta trak pikap," kata Zuraida lagi.

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Akan Hantar Memorandum Kepada DAP Petang Ini !

Posted: 11 Jul 2016 07:23 PM PDT


ISU: NGA KOR MING

Penyerahan memo pada DAP pusat bagi mendesak Nga Kor Ming selaku MP untuk memohon maaf pada umat Islam di atas kenyataan beliau berkenaan duit raya dan bendera Amerika.
Pejuang Bangsa dan Agama diminta bersatu dan berkumpul bersama di:


12 JULAI 2016 (Selasa)
2 PETANG
PEJABAT UMNO CHERAS, JALAN PEEL

BERPAKAIAN MERAH/HITAM

Desakan ini adalah sebahagian tanggungjawab kita terhadap mereka yang menganiaya Islam dan bagi memberi kesedaran kepada kaum lain bahawa pemikiran seperti Nga Kor Ming bakal meletakkan perpecahan kaum.

Terima Kasih


Comments (0)